You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi


71500 Tanjung Ipoh
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. Tel/Faks : 06-4818380 / 06-4843099

Ruj. Kami : SKAT.100-13/1/4 Jld.5 ( )


Tarikh : 18 JULAI 2022
Kepada:

YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
Pejabat Parlimen Kuala Pilah, No 1 PT-48 Taman Damai, Jalan Melang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Yang Berhormat Dato’,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DAN


PENINGKATAN KOKURIKULUM GURU TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Peningkatan Akademik dan
Peningkatan kokurikulum dalam kalangan guru yang akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:-

Program Peningkatan Akademik


Tarikh : 25.7.2022, 2.8.2022 & 9.8.2022
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Ampang Tinggi

Program Peningkatan Kokurikulum


Tarikh : 27.8.2022 (Sabtu)
Masa : 8.00- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan SK Ampang Tinggi

3. Objektif Program Peningkatan Akademik adalah bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi


guru dalam Bahasa Inggeris dan bagi Program Peningkatan kokurikulum pula adalah untuk
meningkatkan kemahiran asas guru dalam aktiviti melibatkan badan beruniform.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan kewangan bagi
menampung perbelanjaan program ini. Bersama ini kami sertakan kertas kerja untuk rujukan pihak
Yang Berhormat Dato’.

4. Sumbangan kewangan dalam bentuk cek/pindahan wang boleh dibuat ke akaun BANK
ISLAM no akaun 05030010107371 (atas nama PIBG SK AMPANG TINGGI).
5. Keperihatinan dan sumbangan pihak Yang Berhormat Dato’ kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………..
(AHMAD ROSLAN BIN AHMAD BALIA)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi
71500 Tanjung Ipoh
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like