You are on page 1of 2

TEKS MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2022

SK SUNGAI TUNGKU

AGENDA TEKS
Ucapan alu-aluan ***sambungan teks selepas ucapan guru bertugas
pengerusi majlis
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi.

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan
peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Untuk makluman hadirin,


Majlis ini diadakan bagi memperingati perjuangan kebebasan yang dikecapi
negara kita setelah dijajah oleh kuasa asing di samping dapat memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’, marilah kita bersama-sama


menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam diri kita untuk meneruskan
perjuangan dalam mengekalkan kebebasan yang dikecapi sejak 31 Ogos 1957.

Ucapan penyelaras Tanpa melengahkan masa lagi, dijemput Cik Hasliza binti Che Ismail selaku
Bulan Kebangsaan penyelaras Bulan Kebangsaan SK Sungai Tungku untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

***Terima kasih diucapkan kepada Cik Hasliza atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Bulan Kebangsaan
Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar
hati menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Nor Lalily binti Alias, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Sekolah
Kebangsaan Sungai Tungku bagi tahun 2022.

Majlis mempersilakan.

Gimik pelancaran ***sambungan teks selepas gimik berakhir

Majlis sekali lagi menjemput Puan Hajah Nor Laily binti Alias, Guru Besar SK
Sungai Tungku, diiringi oleh Encik Ng Yew Cheong, Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menerima dan mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ sebagai simbolik
perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Tahun 2022. Dipersilakan.

1
***Demikian tadi upacara perasmian Bulan Kebangsaan SK Sungai Tungku
Tahun 2022.
***Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Nor Laily dan Encik Ng Yew
Cheong atas kesudian merasmikan majlis.

Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati,


patriotik
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan kita pada hari ini,
marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu ‘Keluarga
Malaysia Teguh Bersama’ dan ‘Jalur Gemilang’. Hadirin dipersilakan berdiri.

***Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang
penuh semangat daripada para guru dan murid. Hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan murid Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan daripada


saudara Mohamad Aiman Danish daripada Kelas 6 Bestari yang akan
menyanyikan lagu Warisan. Dipersilakan.

Penutup ***Dengan berakhirnya, persembahan sebentar tadi maka berakhirlah sambutan


Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Sungai Tungku Tahun 2022.

Saya, ________________________ (nama murid) memohon ampun dan maaf


jika terdapat salah dan silap yang telah dilakukan sepanjang mengacarakan majlis
pada hari ini.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Salam kemerdekaan untuk semua. Sekian, terima kasih.

You might also like