You are on page 1of 2

Doa Khatam Al-Quran

‫ِيـم‬ َّ ‫آلر ْح ٰم ِن‬


ِ ‫آلرح‬ َّ ِ‫ـــــم آهلل‬
ِ ‫ِب ْس‬

‫ص ْحبِ ِه‬ ِِ ٍ ِ ِ ‫ والْعاقِب ةُ لِل‬.‫ حم ًدا َش اكِ ِرين‬.‫ب الْع الِ ِمين‬ ِِ
َ ‫الس اَل ُم َعلَى َر ُس ولنَا ُم َح َّمد َو َءال ه َو‬
َّ ‫الص اَل ةُ َو‬
َّ ‫ َو‬.‫ين‬
َ ‫ْمتَّق‬
ُ َ َ َ َ ْ َ َ َ ِّ ‫ْح ْم ُد للَّه َر‬َ ‫اَل‬
.‫ين‬ ِ
َ ‫َأج َمع‬
ْ

‫ْح ِّق َوِإلَى‬ ِ ِ ِ ِ َّ ‫ت‬ َ َّ‫اَللَّ ُه َّم َر َّبنَ ا َت َقبَّ ْل ِمنَّآ ِإن‬
َ ‫ َو ْاه دنَا َو َو ِّف ْقنَ ا ِإلَى ال‬.‫اب ال َّرح ْي ُم‬ ُ ‫َّو‬ َّ ‫ت الت‬ َ ْ‫ك َأن‬َ َّ‫ب َعلَْين ا ِإن‬
ْ ُ‫ َوت‬.‫الس م ْي ُع ال َْعل ْي ُم‬ َ ْ‫ك َأن‬
‫ اللَّ ُه َّم ذَ ِّك ْرنَا ِم ْنهُ َما‬.ً‫ورا َو ُه ًدا َو َر ْح َمة‬ ِ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫ َو‬.‫ اللَّ ُه َّم ْار َح ْمنَا بِال ُق ْر َءان‬.‫ بَِب َر َكة الْ ُق ْرءآن ال َْعظ ْي ِم‬.‫ص َراط ُم ْستَق ْي ِم‬
ً ً‫اج َعلْهُ لَنَا ِإ َم ًاما َون‬
ٍ ِ
ِ َ ‫آء الَّْي ِل َوَأط َْر‬ ِ ِ ِ
.‫ين‬ َ ‫ب ال َْعالَم‬ ْ ‫ َو‬.‫َّها ِر‬
َّ ‫اج َعلْهُ لَنَا ُح َّجةً يَا َر‬ َ ‫اف الن‬ َ َ‫ َو ْار ُزقْنَا تاَل َوتَهُ َءان‬.‫ َو َعلِّ ْمنَا م ْنهُ َما َج ِهلْنَا‬.‫نَسينَا‬

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ َوَأ ْدخلْنَ ا ال‬.‫ َوَألْبِ ْس نَا بِخل َْع ة الْ ُق ْر َءان‬.‫ َو َش ِّر ْفنَا بِ َش َرافَة الْ ُق ْر َءان‬ .‫ َوَأ ْك ِر ْمنَ ا بِ َك َر َام ة الْ ُق ْر َءان‬.‫اَللَّ ُه َّم َز ِّينَّا بِ ِز ْينَ ة الْ ُق ْر َءان‬
َ‫ْجنَّة‬
ِ ‫اَأْلخر ِة بِحرم ِة الْ ُقرء‬ ِ ِ ‫الد ْنيا وع َذ‬ ِ ِ
.‫ان‬ َ ْ َ ْ ُ َ ‫اب‬ َ َ َ ُّ ‫ َو َعافِنَا م ْن ُك ِّل بَآَل ء‬.‫ان‬ ِ ‫اع ِة الْ ُقرء‬
َ ْ َ ‫ب َش َف‬
ِ

.‫ْجن َِّة َرفِ ْي ًق ا‬ ِ ِّ ‫ و َعلَى‬.‫ وفِى ال ِْقيام ِة َش ِفيعا‬.‫ وفِي الْ َقب ِر مْؤ نِس ا‬.‫الد ْنيا قَ ِرينًا‬ ِ
َ ‫ َوِإلَى ال‬.‫الص راط ُن ْو ًرا‬ َ ًْ ََ َ ً ُ ْ َ ْ َ ُّ ‫اج َع ِل الْ ُق ْر َءا َن لَنَا فى‬ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
َ ‫ك َو ُج ْو ِد َك َو َك َرِم‬
.‫ك يَا َك ِريْ ُم‬ َ ِ‫ضل‬ ِ ‫ وِإلَى الْ َخ ْي‬.‫وِمن النَّا ِر ِس ْترا و ِحجابا‬
ْ ‫ بَِف‬.‫رت ُكلِّ َها َدلِْيالً َوِإ َم ًاما‬ َ ًَ َ ً َ َ

‫ َو َك ِّف ْر َعنَّا َس يَِّئاتِنَا بِتِاَل َو ِة‬.‫ان‬


ِ ‫ض يلَ ِة الْ ُق رء‬ ِ
ِ ‫ وارفَ ْع َدرجاتِنَ ا بَِف‬.‫ان‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َْ َ َ ْ َ ‫ َونَ ِّجنَا م َن الن ِّْي َران بِ َك َر َامة الْ ُق ْر َء‬.‫اَللَّ ُه َّم ْاهدنَا بِ َه َدايَة الْ ُق ْر َءان‬
.‫ان‬ِ ‫ض ِل واِإْل حس‬ ِ
َ ْ َ ْ ‫ يَا َذا الْ َف‬.‫الْ ُق ْر َءان‬

.‫ص ْحبِ ِه َو َس لَّ َم‬ ِِ ٍ ِ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬


َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى َءاله َو‬ َ ‫و‬.
َ ‫اب النَّار‬
َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َوفي األخ َرة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
.‫ب ال َْعالِ ِم ْي َن‬ ِ ‫ والْحم ُد‬.‫ وسلم َعلَى الْمرسلِ ْين‬.‫ص ُفو َن‬
ِّ ‫ِهلل َر‬ ْ َ َ َ َ ُْ
ِ ِ ِ ِّ ‫ك ر‬
ٌ َ َ ْ َ‫ب الْع َّزة َع َّما ي‬ َ َ ِّ‫حن َرب‬
َ ‫ُس ْب‬

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-
orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke
atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah
kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah,
kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya,
petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa
dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan
kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang,
dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara
sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan
kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan
pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga
dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari
akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam
kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya
penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan
pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan
ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu
jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api
neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan
sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab
membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan.
Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami
dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan
yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat
sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

You might also like