You are on page 1of 2

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BICARA BUKU

TAHUN 2022
1. Program ini mensasarkan murid sekolah rendah dan menengah (7 tahun
– 17 tahun)
2. Terbuka kepada sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Dua penyertaan sahaja bagi setiap sekolah iaitu:
a) Sekolah Rendah
i) Kategori Bahasa Melayu ii) Kategori Bahasa Inggeris
b) Sekolah Menengah
i) Kategori Bahasa Melayu ii) Kategori Bahasa Inggeris
4. Pihak sekolah hanya perlu menghantar hasil video ke Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya selewat-lewatnya pada 12
Mei 2022 (Khamis).
5. Video terbaik setiap kategori akan mewakili Wilayah Persekutuan
Putrajaya ke peringkat kebangsaan.
6. Video-video pemenang peringkat kebangsaan akan dimuatnaik dalam
pelantar Pembelajaran Digital (DELIMa) atau mana-mana media sosial
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai dorongan kepada
murid-murid lain.
7. Video-video yang diterima akan menjadi hak milik Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan digunakan untuk diterbitkan
semula.
8. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal oleh
mana-mana pihak
PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO PERTANDINGAN BICARA BUKU
TAHUN 2022
1. Murid akan membaca buku kegemaran sendiri (terbuka bebas)
2. Tema : Bebas dan sesuai dengan tahap murid.
3. Durasi maksimum rakaman video ialah 6 minit.
4. Murid boleh berpakaian sekolah atau mengikut tema.
5. Kandungan yang perlu ada di dalam video :
a) Nama Sekolah
b) Kod Sekolah
c) Nama Murid
d) Tajuk Buku / Tema
e) Penulis Buku
f) Jumlah Muka Surat (Murid mesti memilih buku mengikut kesesuaian
kategori rendah dan menengah)
g) Idea dan kreativiti untuk mengulas kandungan buku
h) Lain-lain yang sesuai dan berkenaan
6. Murid perlu mengupas/mengulas buku tersebut dari segi kandungan idea
secara kreatif.

You might also like