You are on page 1of 1

KELAB ANAK MUDA WAWASAN

KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH TEL:


LOT 26 KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH Pengerusi: 019-2274516
34100 SELAMA PERAK Setiausaha: 016-5000902

Kepada,

Tuan Mustoffa Bin Aliman


Ketua Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Dan Tanah Selama
34100 Selama Perak,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

BANTAHAN PROJEK KUARI PASIR DI KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH.

2. Merujuk perkara di atas kami selaku warga belia di kampung sungai siputeh selama perak,
membantah sekeras-kerasnya projek kuari pasir ini diteruskan.Ini kerana, projek ini bakal
menggangu gugat aktiviti-aktivi sukan air yang terkenal di Kawasan ulu selama dan juga projek ini
bakal mencacatkan persekitaran sungai dan merosakkan persekitaranya yang akan mengundang
kemerosotan pelancong luar justeru menggangu sumber pendapatan anak muda selaku operator
aktiviti sukan air di sini

3. Sehubungan itu, Kawasan ulu selama juga merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong
yang termasuk dalam senarai ikon pelancongan ke-12 negeri perak kerana persekitaran
semulajadinya yang indah terutama sungai yang terjaga dan juga merupakan pusat kegiatan aktiviti
kokurikulum negeri perak.

4. Kawasan yang dijadikan tapak kuari pasir ini,merupakan laluan utama aktiviti river cruise
yang di Kelola oleh selama rafting dan juga pusat kegiatan kokurikulum negeri bersama-sama warga
belia kampung sungai siputeh.

5. Maka kami warga belia kampung sungai siputeh amat sangat berharap pihak tuan
mempertimbangkan permohonan kami supaya projek kuari sungai di kampung kami dibatalkan
dengan segera demi menjaga kelestarian sungai dan ekonomi anak muda serta masyarakat
setempat.

Sekian Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

You might also like