You are on page 1of 1

Ketua Kampung

Sungai Siputeh
34140 Rantau Panjang
Selama Perak
Perak Darul Ridzuan

Encik Taquddin Azmy Bin Zawawi


Jurutera Daerah
Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Pengairan Dan Saliran
Larut Matang Dan Selama,
34000 Taiping Perak
Perak Darul Ridzuan. 12 September 2022

Tuan,

BANTAHAN PROJEK KUARI PASIR DI KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH.

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.

2. Merujuk perkara di atas saya selaku ketua kampung sungai siputeh dan wakil masyarakat
setempat yang telah menerima aduan dari orang ramai, membantah sekeras-kerasnya projek kuari pasir
ini diteruskan.ini kerana projek ini bakal menggangu gugat aktiviti-aktivi sukan air yang terkenal di
Kawasan ulu selama yang menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Justeru menggangu
sumber pendapatan masyarakat setempat dan juga projek ini bakal mencacatkan persekitaran sungai
dan merosakkan persekitaranya, malah akan menyebabkan berlakunya runtuhan tebing sungai yang
mebahayakan warga.

3. Sehubungan itu, Kawasan ulu selama juga merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong
yang termasuk dalam senarai ikon pelancongan ke-12 negeri perak kerana persekitaran semulajadinya
yang indah terutama sungai yang terjaga dan juga merupakan pusat kegiatan aktiviti kokurikulum negeri
perak.

4. Kawasan yang dijadikan tapak kuari pasir ini,merupakan laluan utama aktiviti river cruise yang di
Kelola oleh selama rafting dan juga pusat kegiatan kokurikulum negeri Bersama-sama warga belia
kampung sungai siputeh.

5. Maka saya selaku ketua kampung dan wakil masyarakat kampung sungai siputeh amat sangat
berharap agar tuan mempertimbangkan permohonan kami supaya projek kuari pasir sungai di kampung
kami dibatalkan dengan segera.

Sekian Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

You might also like