You are on page 1of 5

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN FORUM

PIALA MENTERI BESAR PERAK


PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-11, 2021

BIL SYARAT-SYARAT

Syarat Umum
1 Peserta terdiri daripada tiga orang ahli panel dan seorang pengerusi
forum serta seorang peserta simpanan
2 Pertandingan akan dijalankan secara maya.
3 Setiap pasukan boleh memilih sama ada berada di satu tempat atau
berlainan tempat menggunakan peranti masing-masing. Namun
persembahan akan dibuat secara berkumpulan.
4 Setiap pasukan mesti memastikan peranti yang digunakan berada
dalam keadaan yang baik dan bersesuaian.
5 Setiap pasukan perlu memastikan tiada masalah teknikal bagi
mengelak gangguan proses persembahan dan pemarkahan.
6 Setiap pasukan perlu memastikan keperluan kelajuan Internet yang
stabil.
7 Pihak penganjur akan menghantar pautan yang akan digunakan
dalam pertandingan .
8 Pasukan yang telah membayar yuran penyertaan sahaja yang akan
dibenarkan menyertai pertandingan
9 Setiap institusi boleh menghantar lebih daripada satu pasukan.

ETIKA BERFORUM
1 Berpakaian kemas ketika berforum
2 Para peserta perlulah berada di lokasi yang sama semasa forum
berlangsung
3 Sentiasa peka dengan masa dan perjalanan forum
4 Mematuhi adab berforum.
SYARAT & PERATURAN FORUM TAHUN 2021

1. Setiap pasukan terdiri daripada LIMA (5) orang peserta (seorang pengerusi dan 3 orang
ahli panel) serta seorang (1) peserta simpanan.
2. Terdapat 2 peringkat pertandingan iaitu Peringkat Awal & Peringkat Akhir.
3. Pusingan Awal : ( 3 orang hakim)
4. Peringkat Akhir 5 orang hakim.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5. Pengerusi forum akan diberikan markah ketika pengendalian Forum.
6. Sesi forum akan dikendalikan oleh pengerusi institusi masing-masing
7. Undian akan dibuat bagi setiap pasukan untuk memilih tajuk yang disediakan oleh
pihak penganjur.
8. Ahli Panel Forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat
ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya, markah maksimum
yang boleh dipotong ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.
9. Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan dibunyikan
sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat.
10. Hujah yang disampaikan oleh ahli forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan
dikira.
11. Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, Pengerusi Forum akan memberikan
ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan.
12. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding. Tempoh
masa ketika ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira.
13. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada ketiga–tiga ahli panel bagi
menjawab soalan tersebut.
14. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila
masa tamat.
PEMARKAHAN

15. Markah penuh bagi Pengerusi Forum ialah 45 markah dengan pecahan seperti berikut:
1. Memulakan perbincangan (5 markah)
2. Mengendalikan perbincangan (10 markah)
3. Menggulung perbincangan (5 markah)
4. Bahasa (25 markah)

16. Markah penuh bagi Penyampaian Ahli Panel ialah 30 markah dengan pecahan seperti
yang berikut:
1. Adab dan Kesantunan (10 markah)
2. Gaya Perlakuan (10 markah)
3. Kelancaran tutur kata (10 markah)

17. Markah bagi isi Ahli Panel sebanyak 45 markah adalah untuk prestasi pasukan.
1. Markah penuh bagi setiap isi ialah 15m, iaitu :
2. Pernyataan isi : 2x3 isi
3. Huraian/penjelasan : 2x3 huraian isi 15 markah
4. Contoh : 1x3 contoh

18. Markah bagi Bahasa Ahli Panel sebanyak 34markah merangkumi empat aspek berikut:
1. Sebutan baku : (20 markah)
2. Tatabahasa : (10 markah)
3. Pertautan : ( 5 markah)
4. Diksi : (5 markah)

19. Markah bonus sebanyak 3 markah untuk menjawab soalan spontan hakim. (Ahli Panel
mengulas soalan yang dikemukakan oleh Ketua Hakim) Jawapan yang memuaskan
daripada setiap ahli panel forum diberikan 3 markah. ( maksimum 1 markah untuk
Pengerusi Forum)
20. Jumlah markah keseluruhan satu pasukan sebanyak 310 markah (Pusingan 1)
21. Markah Pengerusi : 45m + ( Markah Bonus : 1m) = 46m
22. Markah setiap ahli panel : 88 markah (Bahasa + Penyampaian + Isi dan Markah Bonus)
23. Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan meneruskan pertandingan Peringkat
Akhir (4 pasukan yang memperoleh markah tertinggi sahaja)
24. Penentuan pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan, Tempat Ke-3, & Tempat ke-4, dan
Pengerusi Terbaik, Tempat Ke-2, Ke-3 & Ke-4 dan Ahli Panel Terbaik di peringkat akhir
akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri.
25. Pada peringkat awal, keputusan 4 orang hakim akan diambil kira dan jika keputusannya
seri barulah keputusan Ketua Hakim pula diambil kira.
26. Keputusan Hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dilayan..
27. Syarat masa pertandingan secara maya:
- berada di premis masing-masing (IPGK/UA/US/Rumah)
- Buka kamera apabila bercakap
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap aspek teknikal peserta
BORANG JAWAPAN
PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR
PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN, KALI KE-11,
(2021)

Kepada :

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, 31150 Hulu
Kinta,
Ipoh, Perak
(u.p. Puan Rozita binti Omar)

Tel : 05 – 533 1311/ 019-4788598


Faks : 05 – 533 2743
E‐mel : rozita@ipgmipoh.edu.my

Sila hantar sebelum 10 SEPTEMBER 2021

Nama Institusi

SENARAI PESERTA:

No. Kad
Bil Nama No. Telefon
Pengenalan
1
2
3
4
5

PENSYARAH BERTANGGUNGJAWAB:

Bil Nama No. KP No. Telefon


1
2.

Pengesahan:

You might also like