You are on page 1of 1

KATA GANDA

Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan
dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian
tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
- Kata ganda penuh
- Kata ganda separa
- Kata ganda berentak/berirama
- Kata ganda berimbuhan
- Kata ganda majmuk

Jenis Contoh
Penggandaan meja-meja, budak-budak, calang-calang, cerpen-cerpen
penuh
Penggandaan lelaki, pepohon, gegelang, gegelung, tetikus, sesiku, jejari
separa
Penggandaan kuih-muih, dolak-dalik, anak-pinak, simpang-siur
berentak
Penggandaan mudah-mudahan, berangan-angan, tawar-menawar
berimbuhan
Penggandaan beg-beg tangan, surat-surat khabar, gambar-gambar rajah
majmuk

You might also like