You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...

Yang saya hormati GPK 1 Encik Arman Bin Haji Saini, GPK HEM Puan Ramlah Hj
Tahang, GPK Ko-kurikulum Puan Rosnie Binti Semong, GPK Petang Puan Hainon
Binti Hajirul, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia


dan keizinan-Nya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam majlis
perasmian bulan kemerdekaan ke-65 peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan


‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan
konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman,
kebersamaan dan kesyukuran.

Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh


Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat
sebuah keluarga. Semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus
disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dalam usaha kita
menyejahterakan kehidupan rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi global.

Murid-murid yang dikasihi,

Sambutan bulan kemerdekaan diadakan bagi memperingati perjuangan


kebebasan yang dikecapi Keluarga Malaysia dalam mengurus pentadbiran
negara sendiri setelah dijajah oleh kuasa asing. Walaupun tidak lagi dibelenggu
penjajah, namun Keluarga Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran yang
datang dari luar yang boleh menggugat keharmonian yang terjalin selama ini.

Setelah kita berjuang memerangi Pandemik COVID-19 sejak dua tahun


lepas, negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan Keluarga Malaysia
mula menikmati kesejahteraan hidup seperti sebelum pandemik melanda
dunia.

Murid-murid yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama menyambut kemerdekaan dengan rasa bersyukur dan


mengikuti program-program yang diatur oleh jawatan kuasa guru dengan
penuh keinsafan, bahawa kita dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan
keseronokan, bergembira, kebebasan tanpa rasa takut dan bimbang.

Kita seharusnya bersyukur kerana dapat melihat suasana sebegini


kerana ia akan menaikkan semangat patriotisme dalam diri kita untuk
meneruskan perjuangan dalam mengekalkan kebebasan yang dikecapi sejak 31
Ogos 1957. Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga sk kunak 1 supaya
menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan mewarnai dan
menghiasi sekolah dengan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan
tanah air.

Sekali lagi, syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam perancangan
dan persediaan Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sk Kunak 1
bagi tahun 2022.

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022 di peringkat


sekolah yang diadakan ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara
dan menghargai erti kemerdekaan. Murid-murid akan lebih bersyukur dan
menghargai pengorbanan pejuang tanah air tercinta di samping bersyukur
berada di negara Malaysia yang aman makmur. Semoga aktiviti–aktiviti yang
dijalankan dapat memupuk murid-murid supaya berjiwa patriotik yang sayang
serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri sendiri.

Khazanah batik warisan terindah;

Kekal setia perpaduan bergema;

Semangat patriotik semarak megah;

Keluarga Malaysia teguh bersama.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya melancarkan Program


Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sk Kunak 1 bagi tahun 2022.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like