You are on page 1of 4

KELAB BOLA SEPAK SKBB 2

PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

Kertas Kerja
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH

1.0
PENGENALAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam takwim
Unit Bola Sepak SK Batu Berendam 2. Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahun 4 –
Tahun 6. Setiap pasukan menyenaraikan lima orang pemain termasuk seorang penjaga gol.

Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK Batu Berendam 2. Aktiviti
ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping untuk memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum. Pertandingan
ini juga diadakan untuk mencungkil bakat baharu dan mencari pemain yang dapat mewakili
sekolah ke peringkat seterusnya.

2.0
MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Pertandingan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam
setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Pertandingan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang
strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.

Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola
sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam pertandingan ini. Pertandingan ini juga
akan dapat memberikan peluang kepada sekolah bagi menyediakan pasukan bola sepak
untuk pertandingan pada tahun ini.

3.0
OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah pasukan.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
memerlukan daya ketahanan fizikal yang tinggi.
| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 1
KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

3.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0
4.1
KUMPULAN SASARAN

Semua murid lelaki Tahun 4 – Tahun 6

5.0
CADANGAN PELAKSANAAN
7.1 Tarikh : Setiap selasa (Waktu 1M1S)

7.2 Tempat : Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2

7.3 Penganjur : Unit Bola Sepak, SKBB 2

7.4 Masa : 3.00 petang – 4.00 petang

6.0
JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Penasihat : Puan Mastura Lim binti A. Ghani, Guru Besar


Pengerusi : Cik Norazah binti Abdullah, GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : Hj. Norazman bin Ghauth, GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Pn. Samsiah binti Wadio, GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : Pn. Hajah Rozita bt Abdul Ghani GPK PPKI
Penyelaras : En. Muhammad Usaid bin Jamal, Ketua Unit Bola Sepak
Setiausaha : En. Norhezri bin Othman, Setiausaha Unit Bola Sepak
Bendahari : Nur Syazana Binti Mohd Sopian, Bendahari Unit Bola Sepak

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 2


KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

Ahli Jawatankuasa

BIL TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS


1. JK 1. En. Norhezri bin Othman 1. Menguruskan
Pertandingan 2. En. Mohd Nasrul Hadi bin pendaftaran
dan Urus setia Mohd Zin. pasukan.
3. Nur Syazana Binti Mohd 2. Menjadi urus setia
Sopian. semasa hari
4. Pn. Zarifah binti Mustafa pertandingan.

2. Foto Dan 1. Pn. Siti Nurulhuda Aisyah binti 1. Mengambil


Dokumentasi Tajudin gambar semasa
pertandingan.
2. Menyediakan
laporan
pertandingan.
3. Penyediaan 1. En. Muhammad Usaid bin 1. Menyediakan
Padang. Jamal. padang untuk
2. En. Norhezri bin Othman pertandingan.
3. En. Mohd Nasrul Hadi bin 2. Memastikan
Mohd Zin padang dalam
4. En. Mohd Faizal Iqbal bin keadaan bersih
Abdul Manan. semasa dan
selepas
pertandingan.
4. Hadiah dan Sijil 1. Pn. Zuhairani binti Zahib. 1. Menyediakan
Penyertaan medal, hamper dan
sijil penyertaan.
5. Seranta 1. En. Muhammad Usaid bin 1. Mempromosikan
Jamal. pertandingan kepada
semua murid Tahun
4 – Tahun 6.
6. Makanan dan 1. Pn. Nor Zakiah binti Mohd 1. Menyediakan
Sani makanan dan
minuman.
minuman semasa
hari pertandingan.
7. Pengadil 1. Muhammad Usaid Jamal 1. Menjadi pengadil
2. 3 orang guru lelaki pertandingan.
8. Peralatan 1. En. Mohd Faizal Iqbal bin 1. Menyediakan
Abdul Manan. peralatan
pertandingan
seperti bola, meja
urus setia, dan
payung.
2. Menyediakan alat
pembesar suara.

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 3


KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

7.0
PERBELANJAAN

BILANGAN
BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH
UNIT
1. Medal RM 5 24 RM 144
2. Sijil Penyertaan RM 0.50 100 RM 50
3. Minyak hitam RM100

Jumlah keseluruhan RM 294

8.0
SUMBER KEWANGAN

 BSS

9.0
PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

( MUHAMMAD USAID BIN JAMAL) ( MASTURA LIM BINTI A. GHANI)


Penyelaras, Guru Besar,
Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.
Melaka.

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 4

You might also like