You are on page 1of 11

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE – 21

MAKLUMAT AM MAJLIS KONVOKESYEN


Tarikh (Raptai): 2 Jun 2022 (Khamis)
Tarikh (Konvokesyen): 3, 4 dan 5 Jun 2022
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai
Hari Konvokesyen: Jumaat, Sabtu dan Ahad

* Pastikan anda memakai pelitup muka, sepanjang hari raptai dan konvokesyen berlangsung.

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN


1. Aturcara Hari Raptai Konvokesyen
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 21
HARI RAPTAI
TARIKH: 2 JUN 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

GRADUAN MASA ATURCARA TEMPAT

8.15 pg Graduan Berkumpul


PERKARANGAN LUAR
DEWAN SERI MUTIARA
8.30 pg Perarakan Masuk Graduan Ke
Dewan
8.45 pg – 9.00 pg Kata-kata Aluan Pengarah

9.00 pg – 10.15 pg Taklimat Konvokesyen


Raptai Konvokesyen dan
DEWAN SERI MUTIARA
SEMUA GRADUAN Raptai Penerima Anugerah
10.15 pg – 12.00 tgh
Cemerlang Akademik dan
Projek
• Pendaftaran Graduan
• Pendaftaran Alumni
• Pengambilan Kad Nama
12.00 tgh
Pengambilan Jubah di Rumah RUMAH JUBAH
Jubah (Bersebelahan Kompleks
Sukan)

1
2. Aturcara Hari Majlis Konvokesyen
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 21
HARI PERTAMA
TARIKH: 3 JUN 2022 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

JABATAN MASA ATURCARA TEMPAT


JABATAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK 7.30 pg Graduan Berkumpul
PERKARANGAN LUAR
DIPLOMA KEJURUTERAAN DEWAN SERI MUTIARA
7.45 pg Perarakan Masuk Ibu Bapa/
ELEKTRONIK (KOMPUTER) Waris

DIPLOMA KEJURUTERAAN 8.15 pg Perarakan Masuk Graduan DEWAN SERI MUTIARA


ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
Perarakan Masuk VVIP &
DIPLOMA KEJURUTERAAN 8.45 pg DEWAN SERI MUTIARA
VIP
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
9.00 pg - 11.45 pg Majlis Konvokesyen DEWAN SERI MUTIARA
DIPLOMA PROFESIONAL
RUMAH JUBAH
Mengembalikan Jubah dan
PENERIMA ANUGERAH 12.00 tgh - 2.00 ptg (Bersebelahan Kompleks
Mortar Board
PENGARAH Sukan)

PENERIMA ANUGERAH
AKADEMIK SETIAP
JABATAN Mengambil Diploma DI JABATAN INDUK
2.00 ptg – 4.00 ptg
JKE
PENERIMA ANUGERAH
PROJEK TERBAIK JABATAN

2
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 21
HARI KEDUA
TARIKH: 4 JUN 2022 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

JABATAN MASA ATURCARA TEMPAT

JABATAN TEKNOLOGI
MAKLIUMAT & 7.30 pg Graduan Berkumpul PERKARANGAN LUAR
KOMUNIKASI DEWAN SERI MUTIARA
7.45 pg Perarakan Masuk Ibu Bapa/
DIPLOMA TEKNOLOGI Waris
MAKLUMAT
8.15 pg Perarakan Masuk Graduan DEWAN SERI MUTIARA
JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL Perarakan Masuk VVIP &
8.45 pg DEWAN SERI MUTIARA
VIP
DIPLOMA KEJURUTERAAN
MEKANIKAL 9.00 pg - 11.45 pg Majlis Konvokesyen DEWAN SERI MUTIARA
DIPLOMA KEJURUTERAAN
RUMAH JUBAH
MEKANIKAL (PEMBUATAN)
12.00 tgh - 2.00 ptg Mengembalikan Jubah dan (Bersebelahan Kompleks
DIPLOMA KEJURUTERAAN Mortar Board Sukan)
MEKANIKAL (LOJI)
DIPLOMA KEJURUTERAAN DI JABATAN INDUK
2.00 ptg – 4.00 ptg
MEKANIKAL (TEKSTIL) Mengambil Diploma JTMK
JKM

3
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 21
HARI KETIGA
TARIKH: 5 JUN 2022 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

JABATAN MASA ATURCARA TEMPAT

JABATAN PERDAGANGAN 7.30 pg Graduan Berkumpul


PERKARANGAN LUAR
DIPLOMA AKAUNTANSI DEWAN SERI MUTIARA
7.45 pg Perarakan Masuk Ibu Bapa/
Waris
DIPLOMA PENGAJIAN
PERNIAGAAN 8.15 pg Perarakan Masuk Graduan DEWAN SERI MUTIARA

DIPLOMA KEWANGAN &


PERBANKAN ISLAM 8.45 pg Perarakan Masuk VVIP & VIP DEWAN SERI MUTIARA

DIPLOMA PENGURUSAN 9.00 pg - 11.45 pg Majlis Konvokesyen DEWAN SERI MUTIARA


LOGISTIK & RANGKAIAN
BEKALAN RUMAH JUBAH
12.00 tgh - 2.00 ptg Mengembalikan Jubah dan (Bersebelahan Kompleks
Mortar Board Sukan)

2.00 ptg – 4.00 ptg Mengambil Diploma DI JABATAN INDUK


JP

4
3. Yuran Konvokesyen

Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran melalui BIMB terlebih dahulu sebelum membuat
Pendaftaran Konvokesyen.

Kaedah bayaran adalah melalui "bill presentment" yang tidak memerlukan nombor akaun.
Pilih “bill presentment” RM300 atau RM240 mengikut situasi anda berdasarkan jadual di bawah.

Bayaran boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu:

a) Mesin Juruwang Automatik (ATM) BIMB


b) Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine CDM) BIMB
c) Perbankan Internet BIMB sahaja *Kaedah pembayaran ini yang amat digalakkan!

JUMLAH BAYARAN
BIL SESI TIDAK KAEDAH BAYARAN
HADIR HADIR
Bayar melalui Perbankan Internet/ Mesin ATM/
1 DISEMBER 2020 RM300 RM240 Mesin Cash Deposit (CDM) Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB) atas nama KOP POLI S. PERAI

NOTA:

• Patuhi arahan ketika membuat pembayaran di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
• Politeknik Seberang Perai tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang
berlaku dalam proses pembayaran yang dilakukan.
• Setiap resit bayaran yuran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

4. Pendaftaran Konvokesyen
Graduan DIWAJIBKAN mendaftar sama ada HADIR atau TIDAK HADIR setelah membuat bayaran
konvokesyen.

5. Kemaskini Maklumat Graduan


5.1 Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di PSP. Bagi melancarkan proses
konvokesyen anda, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah MENYEMAK DAN
MENGESAHKAN maklumat peribadi anda.
5.2 Sebarang pertanyaan/permasalahan sila berhubung terus di talian:
Puan Nor Atiqah Binti Ahmad - 04-538 3322 samb 5118

5
6. Kajian Pengesanan Graduan
6.1 Para graduan Sesi Disember 2020 WAJIB mengisi Kajian Pengesanan Graduan selepas
membuat pembayaran yuran Konvokesyen ke-21.
6.2 GRADUAN yang TIDAK MENGISI Kajian Pengesanan Graduan, DIPLOMA dan
TRANSKRIP DITAHAN sehingga graduan menjawab Kajian Pengesanan Graduan.
6.3 Sebarang pertanyaan/permasalahan berkenaan Pengesanan Graduan Sahaja, sila berhubung
terus di talian berikut atau whatsapps kepada:
En. Mohamad Tarmizy Bin Ahmad (019 – 4424132) / pengesanan.graduan.psp@gmail.com

7. Pendaftaran Persatuan Alumni


Semua graduan Politeknik WAJIB menjadi ahli Persatuan Alumni Politeknik KPM (Cawangan PSP).
Yuran bagi setiap ahli Persatuan Alumni adalah sebanyak RM50.00 untuk keahlian seumur hidup dan
termasuk dalam bayaran yuran konvo.

8. Tempahan Cenderahati
Kelab Kakitangan Bukan Akademik (KKBA) Politeknik Seberang Perai mengadakan jualan Cenderahati
kepada graduan yang berminat dengan bayaran sebanyak RM80.00 (RINGGIT MALAYSIA: LAPAN
PULUH RINGGIT SAHAJA). Tempahan dibuat melalui laman web Daftar Konvokesyen Ke-21.
Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 22 Mei 2022 ke akaun berikut:
NAMA BANK: MAYBANK BERHAD
ATAS NAMA: KELAB KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK POLITEKNIK SEBERANG PERAI
NO. AKAUN: 557090524835
BAYARAN CENDERAHATI: RM80.00

MAKLUMAT PENGAMBILAN CENDERAHATI:


Tarikh: 02 Jun 2022 (HARI RAPTAI)
Lokasi: Perkarangan Luar Dewan Seri Mutiara
Masa: 11.15 pagi - 2.00 petang

Sila isi maklumat dalam laman web Daftar Konvokesyen Ke-21 di ruangan Tempahan Cenderahati dan
Tarikh Pembayaran dibuat. Sila pastikan maklumat nama graduan tiada kesilapan ejaan.
Bagi pengesahan bayaran para graduan DIWAJIBKAN membawa slip bank/resit ASAL pada hari
raptai konvokesyen nanti.
Sebarang masalah, sila rujuk kepada:
SITI MASZUIN BINTI MOHD RADZI (012-5549868)
NORASLINDA BINTI DIN (017-4580327)

6
9. Lain-lain Maklumat
a) GAMBAR GRADUAN
i. Semua pengambilan gambar semasa Istiadat Konvokesyen akan diuruskan oleh
jurugambar rasmi yang dilantik oleh PSP.
ii. Bayaran untuk perkhidmatan ini diuruskan oleh pihak PSP.
iii. Semasa majlis konvokesyen, graduan dan tetamu/ibubapa dilarang mengambil
gambar bagi memastikan kelancaran majlis.
iv. Studio Fotografi turut disediakan bagi mereka yang ingin mengabadikan kenangan
dengan bergambar secara peribadi/bersama keluarga (perbelanjaan sendiri).

b) BARANG-BARANG PERSENDIRIAN
i. Graduan adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk makanan dan minuman
serta barang-barang persendirian seperti beg,kamera,telefon bimbit,alat kelui (pager)
atau lain-lain alat yang boleh mengganggu majlis konvokesyen.
ii. Pastikan semua barangan berharga disimpan ditempat yang selamat.
iii. PSP tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan/kehilangan
barangan.

c) KUASA POLITEKNIK SEBERANG PERAI


i. Graduan yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan terutama cara berpakaian
dan penampilan diri yang sesuai adalah dilarang daripada menyertai majlis
konvokesyen.
ii. Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.

10. Peminjaman dan Pemulangan Jubah Konvokesyen


AKTIVITI GRADUAN TARIKH & MASA TEMPAT
HARI
PENGAMBILAN SEMUA JABATAN 2 JUN 2022 11.00PG – 3.00PTG
JUBAH
KHAMIS
JKE & DIP. 3 JUN 2022
RUMAH JUBAH
PROFESIONAL
JUMAAT (SEBELAH
PEMULANGAN KOMPLEK SUKAN)
JKM & JTMK 4 JUN 2022 12.00TGH – 3.00PTG
JUBAH SABTU
JP 5 JUN 2022
AHAD
Perhatian
1. Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja majlis konvokesyen tamat.
2. Kelewatan memulangkan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.
3. Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma ditahan oleh Unit Peperiksaan.
4. Sebarang kerosakkan dan kehilangan akan dikenakan bayaran gantirugi seperti berikut:
i. Jubah – RM150.00
ii. Mortar board – RM50.00
iii. Tali mortar board – RM10.00

7
11. Etika Pemakaian
11.1 Pakaian Graduan Lelaki:-
i. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PSP).
ii. Sepasang Baju Melayu lengkap warna gelap, atau
iii. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam, atau
iv. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher gelap dan
berseluar panjang berwarna hitam.
v. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
vi. Songkok tidak diperlukan
vii. Seluar Jeans,Baju Seragam dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN.

11.2 Pakaian Graduan Perempuan:-


i. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PSP).
ii. Semua graduan Islam dimestikan memakai baju kurung tradisional ATAU Kebaya
labuh/Kebarung dan memakai kasut (bertutup). Graduan yang mengandung boleh
memakai pakaian yang bersesuaian.
iii. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan
(pleat) di bahagian hadapan.
iv. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
v. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

8
vi. Memakai kasut (bertutup).
vii. Semua graduan bukan Islam boleh memakai pakaian formal pilihan masing-masing
dan memakai kasut(bertutup).
viii. Anda dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata seperti pendek,
jarang, ketat atau mendedahkan.
ix. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
x. Pakaian gaun atau ‘skirt’ atas paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan
seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

11.3 Pakaian Tetamu

Pakaian Tetamu Lelaki:-


i. Baju Kebangsaan, atau
ii. Batik, atau
iii. Lounge Suit, atau
iv. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-


i. Baju Kebangsaan atau
ii. Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ di atas paras lutut,
‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN)

9
12. Pengambilan Diploma dan Sijil

Graduan boleh mengambil Diploma di Jabatan masing-masing sebaik sahaja majlis konvokesyen
berakhir setelah graduan mengesahkan pemulangan jubah.

Pegawai yang bertanggungjawab di jabatan ialah:

BIL TEMPAT MENGAMBIL DIPLOMA PEGAWAI BERTUGAS


1 JP Pn Rozana Binti Che Bidi
2 JKE Pn Masliza Binti Maskin
3 JTMK Pn Siti Farrah Binti Md Hashim
4 JKM Pn Sharizan Binti Halim

Tuntutan Diploma/Sijil selepas hari Konvokesyen boleh dibuat di Unit Peperiksaan Politeknik
Seberang Perai.

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan:

PN. NUR HAZWANI BT MOHAMED NASIR


04-5383322 samb 1023 atau e-mail hazwani@psp.edu.my

PN. NOR ATIQAH BINTI AHMAD


04-5383322 samb 5119 atau e-mail atiqah@psp.edu.my

10
SENARAI SEMAK GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE – 21

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN


1. ( ) (i) Layari laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP ke – 21.
( ) (ii) Baca dan memahami Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen Ke-21.
( ) (iii) Semak aturcara Majlis Raptai dan Majlis Konvokesyen(mengikut jabatan)
2. Yuran Konvokesyen
( ) Bayar yuran konvokesyen mengikut cara bayaran yang diterangkan sebelum membuat
pendaftaran konvokesyen.
3. (i) Pendaftaran Konvokesyen
( ) Lengkapkan Pendaftaran Konvokesyen di laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP
ke – 21.

(ii) Pendaftaran Persatuan Alumni


( ) Lengkapkan pendaftaran Persatuan Alumni di dalam menu Pendaftaran Konvokesyen di
laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP ke – 21.

(iii) Tempahan Cenderahati


( ) Sila isi maklumat di ruangan Tempahan Cenderahati dan Tarikh Pembayaran setelah
pembayaran dibuat. (Jika berminat mendapatkan Cenderahati)

4. Kemaskini Maklumat Graduan


( ) Sila semak maklumat nama, no pendaftaran dan bidang pengajian. Jika terdapat
sebarang pembetulan sila hubungi pegawai yang berkenaan.
5. Kajian Pengesanan Graduan
( ) Kajian Pengesanan Graduan WAJIB diisi selepas anda membuat pembayaran
yuran Konvokesyen.
6. Peminjaman Jubah Konvokesyen
( ) Peminjaman jubah konvokeyen hendaklah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
7. Tiba awal (selewat-lewatnya jam 7:15 pagi) di tempat berkumpul bersebelahan Dewan
( ) Seri Mutiara dengan mematuhi etika pakaian menghadiri Majlis Konvokesyen:
i. Jubah Konvokesyen dan Mortar Board
ii. Pelitup Muka
iii. Kad Sebutan Nama
SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
8. Pemulangan Jubah Konvokesyen
( ) Pemulangan jubah konvokeyen hendaklah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
9. Pengambilan Diploma dan Sijil
( ) Graduan boleh mengambil Diploma di Jabatan masing-masing sebaik sahaja majlis
konvokesyen berakhir setelah graduan mengesahkan pemulangan jubah.

11

You might also like