You are on page 1of 12
PEJAGAT TIMBALAN KETUA PENGARAM PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR. GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA 'SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 4 BLOKE2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEXE PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: 603-8664 9302 (62604 PUTRAIAYA Foks 4603-8888 6680 NALAYSIA, edslte :hioanwnumen gousny! Rujukan Kami : KBM.600-14/1/60 JLO.5 (68 ) Tarikh lac 2017, SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017 Adalah dimakiumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah untuk membantu pihak sekolah mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan, 2. — Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan lampiran berkaitan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berterusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini supaya setiap potensi murid dapat digembleng secara ‘optimum menerusi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika, 3. Semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki__memantau secara berterusan sepanjang tahun untuk memastikan pematuhan garis panduan Kerjasama dan perhatian YBhg, Datuk/Tuan didahului dengan ucapan terima kasih, Sekian. “SEHATLSEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ya yang mel\rut perintah, Kementerian Pendidikan Malaysia sk. Rektor, Institut Pendicikan Guru Malaysia, Pengarah, Institut Aminuddin Baki ‘Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kuallt Pengarah, Bahaalan Pengurusan Sekolah Harian Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas engarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan 1. Pengarah, Bahaglan Sukan 10. Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta ‘1. Pengaran, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian NOmhene SENARAI EDARAN Pe ena sxe " 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 24. 22. 23, 24, Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah, Bahagian Pendidikan (slam Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah, Sahagian Pendidikan Khas Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berastama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah, Bahagian Sukan Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Melaka Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Lampiran GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH 1, Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Panduan dan rujukan pelaksanaan perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) ialah Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2. Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) Waran perjawatan GBKSM di sekolah hendaklah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan dan mempunyai guru yang berkelayakan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Arahan pelaksanaan perkhidmatan GBKSM hendaklah dipatuhi seperti mana yang terkandung dalam surat-surat pekeliling dan surat-surat siaran KPM seperti berikut: i, Pelantikan Kaunselor Sepenuh Masa (Kaunselor Pelajar) KP(BS-HEP)8543/60/(91) bertarikh 18 Mac 1996 Surat Pekeliling Iktisas Bil. 341996: Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah KP(BS)B5911Niid. VIIV(35) bertarikh 11 Julai 1996 ii, Pelaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS)85911/Jid.VII(58) bertarikh 6 Mei 1997 iv. Tugas dan Peranan Kaunselor Pelajar Pelaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS/PSR)8542/019/Jld.11(9) bertarikh 27 Mei 1998 v. Penempatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa KP(BS/HEP)8543/019/JId.1145) bertarikh 21 Mac 1999; dan vi. Perjawatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah KP(PP)0051/4/Jld,8/(24) bertarikh 3 Ogos 2001 vi, Pengurusan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jid 2 (56) bertarikh 26 Ogos 2008 vili, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 JId 3 (19) bertarikh 03 Disember 2008 ix, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jid 3 (23) bertarikh 17 Disember 2008 Semua GBKSM yang telah ik oleh Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah dikecualikan daripada tugas mengajar secara tetap dan berjaduat bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan secara optimum. Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai waran perjawatan GBKSM, pihak sekolah hendaklah membuat pelantikan secara dalaman dalam kalangan guru-guru sedia ada. Pelantikan tersebut adalah sah dalam tempoh setahun bagi merancang dan melaksanakan program-program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mengikut keperluan sebagaimana yang diarahkan oleh KPM. ‘Tugas guru tersebut bukanlah sepenuh masa sebagaimana GBKSM kerana fokus utama masih kepada tugas pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Walau bagaimanapun, waktu mengajar guru tersebut boleh dikurangkan atas budi bicara Guru Besar atau Pentadbir, 3. Waktu Bertugas dan Cuti GBKSM Waktu bertugas dan cuti GBKSM adalah sama seperti guru akademik yang lain iaitu mengikut waktu sesi persekolahan. Walau bagaimanapun GBKSM hendaklah melaksanakan arahan Ketua Jabatan dari masa ke semasa meliputi waktu bertugas pada hujung minggu jika diperiukan merujuk kepada program-program fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Surat siaran Pojabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM, KP(BPSH-SPPK)601/3JId.3(23) bertarikh 47 Disember 2008 adalah dirujuk. 4, Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan Tugas Pihak sekolah hendaklah melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat lebih daripada seorang GBKSM di sekolah, Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh dilantik berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut : a. Kekananan GBKSM dalam perkhidmatan, atau b, Kekananan GBKSM di sekolah, atau ¢. Budi bicara Pengetua dan Pentadbir sekolah berdasarkan kredibilit! dan profesionalisma seseorang GBKSM. 5. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Keanggotaan Jawatankuasa ini hendaktah terdiri daripada Penolong Kanan HEM, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan/Tahun, Guru Disiplin dan Ketua Guru Asrama (Sekolah Berasrama) 6. Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah membuat perancangan program: yang teratur sepanjang tahun berdasarkan kepada analisis kajian keperluan murid di peringkat sekolah. KPM telah menetapkan supaya fokus Perkhidmatan Bimibingan dan Kaunseling adalah berdasarkan kepada; a. Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid; b. Peningkatan disiplin diri murid; ¢. Pendidikan kerjaya murid; dan d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid Surat siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 JId.4(5) bertarikh 16 April 2012 Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah hendakiah dirujuk. 7. Sasaran Kerja GBKSM Sasaran kerja seseorang GBKSM di sekolah pada setiap minggu hendaklah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti berikut: Bil. Perkhidmatan ‘Sasaran Seminggu 1_| Sesi Kaunseling individu 5 waktu il_['Sesi Kaunseling Kelompok ‘Twaktu iii | Pelaksanaan Kelas Ganti ‘8 waktu (Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) | _(maksima) iv_[Pelaksanaan Program Empat Fokus Bidang 8 waktu v_| Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan B&K | 10 wakiu Jumlah waktu seminggu 32 waktu 8. Jadual Waktu Perkhidmatan GBKSM ‘Setiap GBKSM hendaklah menyediakan Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling persendirian berdasarkan sasaran kerja mingguan yang diselaraskan bersama-sama GBKSM yang Iain bagi_mengelak pertembungan penggunaan bilik- bilik sesi kaunseling. Jadual waktu tersebut hendaklah mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Kelas Gantt bagi tujuan penyelarasan menyusun atur waktu kelas-kelas ganti. Pihak pentadbir sekolah sebaik-baiknya memberi kelas ganti berdasarkan kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh GBKSM bagi mengetak pertembungan sesi kaunseling yang telah dirancang terlebih awal. Dengan itu GBKSM boleh mengubah suai jadual waktu pada hari berkenaan berdasarkan keperluan tanpa mengganggu waktu sesi kaunseling yang telah diatur terlebih awal. Jadual waktu perkhidmatan setiap GBKSM hendakiah dipamerkan dalam setiap Kelas dan papan kenyataan utama Bimbingan dan Kaunseling sekolah bagi memudahkan murid membuat rujukan untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 9. Kebenaran Mengikuti Sesi Kaunsoling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah hendakiah membenarkan GBKSM ‘menjalankan sesi Kaunseling individu atau kelompok semasa sesi PdPc dilaksanakan dengan prosedur yang telah ditetapkan. Rasionalnya, mutid yang bermasalah atau menghadapi tekanan emosi dan sebagainya jika dibiarkan terus berada dalam kelas akan memberi tekanan yang berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid-murid yang lain. 10. Kelas Ganti dan Penggunaan Set Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setiap GBKSM boleh mengambil kelas ganti tidak lebih dua waktu pada setiap hari dan tidak melebihi lapan waktu seminggu. Semasa kelas ganti, GBKSM hendaklah melaksanakan Modu! Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang telah disediakan oleh KPM. Modul ini hendaklah digunakan semasa kelas ganti ataupun dalam program-program khas yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Sebaik-baik kelas ganti hendaklah diatur secara seimbang antara kelas dan tingkatan/tahun supaya modul tersebut dapat dilaksanakan semaksimum mungkin oleh GBKSM di sekolah. Modul tersebut hendakiah digunakan bersama-sama dengan senaral semak pelaksanaan modul untuk memastikan penggunaan modul tiada pertindihan tajuk antara GBKSM yang memasuki kelas-kelas ganti. 411. Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setiap GBKSM mesti mempunyai sebuah Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini akan melaporkan segala aktivii harian GBKSM dari aspek Pengurusan, pelaksanaan sosi kaunsoling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan program yang dilaksanakan sotiap hari. Buku rekod ini juga mengandungi analisis sesi kaunseling secara mingguan, bulanan dan tahunan. Selain itu, buku rekod tersebut mengandungi rekod pergerakan, perancangan kewangan serta jadual waktu perkhidmatan seseorang GBKSM, Buku fekod ini hendakiah lengkap dan dikemas kini pada setiap minggu dan dihantar kepada pihak pentadbir- sekolah untuk disemak dan ditandatangani, Kepentingan buku rekod ini sebagai satu bahan bukti kerja buat GBKSM dan semakan pihak-pihak tertentu sekiranya diperlukan oleh pihak berkepentingan. 12. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Pihak sekolah hendaklah sedaya upaya menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling dan kemudahan-kemudahan yang secukupnya bagi memudahkan pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, Sebaik-baiknya dalam bil Bimbingan dan Kaunseling hendakiah mempunyai satu bilik sesi kaunseling individu, satu billk ses! kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu. Semua bilik sesi kaunseling hendaklah diselaras penggunaannya sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling dan digunakan secara maksimum 4 berdasarkan sasaran kerja utama mingguan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1976, KP(BS) 8548/Vo11(49) bertarikh 5 Mei, 1976 dan Buku Panduan Pelaksanaan Porkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, KPM 2015 hendaklah dirujuk. 43, Profil Murid Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah menyediakan dan menyimpan profil murid kumpulan khusus yang boleh dijadikan rujukan bagi pembangunan potensi murid serta program intervensi untuk menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid. Antara kumpulan penting yang perlu dikenal pasti adalah seperti berikut Pengesanan Hala Tuju Murid Lepasan Sekolah Testimonial Kejayaan Murid Kumpulan Ponteng Kumpulan Bergaduh terutama petgadunan antara kaum Kumputan But Kumputan Pendidikan pencegahan Dadah (PPDa) Kumpulan Terlibat Jenayah Krisis dan Permasalahan Seksual @N BARNA Profil murid mestiiah mengandungi makiumat mengenai latar belakang murid, tatar belakang ibu bapa dan penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca ‘masalah, sesi kaunseling dan status tindakan penyelesaian dan sebagainya. 14, Pengurusan Kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendakiah merancang pengurusan Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling sekolah secara teratur dan berhemah sorta mematuhi perafuran penggunaan wang berkenaan mengikut Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2012, KP(BKEWIBT)1800/G-03 Jid.2 9s.k 6)(16) bertarikh 17 Jun 2013. 4. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Pinak sekolah hendakiah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang mesti diteruskan sepanjang ‘masa dan dijadikan budaya datam kalangan guru di sekolah, Dalam Pelaksanaan ‘Amalan Guru Penyayang, 3 elemen penting yang mesti dilaksanakan adalah seperti berikut : a, Mengalu-alukan kehadiran murid di sekolah b. Memberi penghargaan kepada murid c. Program Mentor Mentee Program Mentor Mentee hendaklah dilaksanakan sepenuhnya dengan melibatkan ‘semua murid dan semua guru di sekolah, Surat Siaran KPM, Bilangan 4 Tahun 5 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02JId.3(43) bertarikh 8 Februari 2012, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang hendakiah dirujuk, Petaksanaan Amalan Guru Penyayang juga telah menjadi petunjuk keberhasilan utama (KPI), KPM yang akan dipantau sepanjang masa dengan melengkapkan pelaporan Penilaian Kenditi Amalan Guru Penyayang dua kali setahun (Januari hingga Jun-Fasa 1 dan Julai hingga Oktober-Fasa 2). 46. Program Minda Sihat Semua sekolah menengah perlu melaksanakan Program Minda Sihat sepanjang masa bagi memastikan murid-murid sekolah yang mengadapi masalah kesihatan mental dan emosi dapat dibantu dengan segera. Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah untuk kes-kes yang memeriukan rujukan pakar perubatan. Pelaporan Program Minda Sihat perlu. dilengkapkan dua setahun (Januarl hingga Jun-Fasa 1 dan Julai hingga Oktober-Fasa 2). Soal Selidik Masalah Murid digunakan untuk mengenal pasti punca masalah murid stres, anxiety dan kemurungan. Soal selidik berkenaan boleh dirujuk pada halaman 124 Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah. 17. Dasar Warga Emas Negara (OWEN) Pinak sekolah hendakiah melaksanakan Dasar Warga Emas Negara (OWEN) mengikut Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(BPSH-SPKD)601/62/ Jid. 8 (14) bertarikh, 6 Jun 2013. Program ini hendaklah ditaksanakan secara berfokus dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru sivik dan kewarganegaraan hendaklah menyelaras serta melaporkan program dan aktiviti DWEN yang dilaksanakan di sekolah. Pelaporan program dan aktivitl WEN perlu dilengkapkan dua kal setahun (Januari hingga Jun-Fasa 1 dan Julai hingga ‘Oktober-Fasa 2). 18. Program Pendidikan Kerjaya (Pentaksiran Psikometrik) Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pendidikan Kerjaya kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam Surat Siaran, KP(BPSH-SPKD)601/01 Jld.9 (70) bertarlkh 24 April, 2014 hendaklah dirujuk. Setiap murid hendaklah disediakan Profil Hala tuju Pendidikan dan Kerjaya yang mana murid peru menjalani ujian-ujian inventori kerjaya untuk mengenal pasti potensi dan kekuatan diri bagi merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan. Murid-murid juga perlu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran membuat resume dan menjalani proses temuduga di samping pengayaan kemahiran, maklumat dan pengetahuan lain yang berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya. Pentaksiran psikometrik perlu diurus secara sistematik dan terancang. Data dan maklumat pentaksiran psikometrik perlu dianalisa dan diambil tindakan susulan sebagai langkah intervensi mengikut arahan yang berkuat kuasa mengikut keperluan secara menyeluruh dan berterusan. Dapatan pentaksiran psikometrik hendaklah dibentangkan kepada semua guru sama ada dalam Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Guru atau Mesyuarat Pentaksiran 6 Berasaskan Sekolah (PBS). Semua GBKSM boleh memuat turun maklumat berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di laman portal Sistem eProfil Kerjaya Murid (SePKM) https:/epkm.moe.gov.my 19, Program Kaunseling Berfokus Program Kaunseling Berfokus hendaklah diteruskan pada peringkat sekolah dengan memberi fokus kepada kumpulan pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid. Setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 fokus berbeza daripada 4 jenis fokus bidang contohnya kumpulan kaunseling berfokus yang terdiri dari kumpulan ponteng (peningkatan disiplin murid) dan kumpulan pengurusan emosi (psokososial dan kesejahteraan mental. Modul Kaunseling Berfokus, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian boleh dijadikan panduan pelaksanaan Program Kaunsefing Berfokus. 20. Outreach Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling GBKSM digalakkan melaksanakan outreach juga kajian tindakan_berkaitan dengan bidang bimbingan kaunseling dan yang bersesualan. GBKSM juga digalakkan berkongsi hasil oufreach dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah untuk menyampaikan maklumat tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaun: serta berkongsi dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membina budaya sihat dan penyayang dalam katangan warga sekolah. 24, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah yang akan menjadi sayap kanan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah, Di samping itu, ahli PRS ini juga boleh menjadi pembimbing kepada takan-rakan sebaya dalam pelbagai aspek. Ahli-ahii PRS hendaklah dipilih dan dilatih secara berterusan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran asas menolong bagi memastikan mereka berperanan menjadi PRS sekolah yang berkesan. PRS juga diharap dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dengan falsafah ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’. Modul Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2009, KPM hendaklah diguna pakai dalam melatih PRS peringkat sekolah. 22. Kelab Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya GBKSM periu menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya. GBKSM hendaklah merancang dan melaksanakan aktivit-aktiviti bagi menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk perkembangan menyeluruh selaras penglibatan aktif murid dalam kokurikulum. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid dan tidak terhad kepada PRS sahaja. 23. Penglibatan GBKSM Dalam Program dan Aktiviti Luar GBKSM hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan perkhidmatannya di sekolah. Bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar dan sempuma, pihak sekolah hendaklah mengawal sebarang penglibatan GBKSM dengan program dan aktiviti Ivar kecuall program dan aktivii yang releven dengan perkhidmatannya yang dikendalikan oleh pinak KPM, JPN dan PPD. Surat siaran KPM Bil,12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jid.4 (5) bertarikh 16 April 2012, Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah yang berkaitan jumlah hari yang dibenarkan keluar untuk menjalankan aktivti ar sekolah hendaklah diguna pakai. 24, Bidang Tugas dan Tanggungjawab GBKSM Dalam Pelibatan Kokurikulum, GBKSM di sekolah tidak diberikan jawatan utama seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Juruiatih Permainan, Guru Pusat Sumber dan Ketua Penasihat Kelab kecuali Ketua Guru Penasihat kepada Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya. Surat siaran KPM, KP(BPSH-SPPK) 604/3

You might also like