You are on page 1of 4

HBLS3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL 2.

SOALAN DUA Terdapat tiga jenis sistem saliran bawah tanah iaitu: ( i ) Sistem Bergabung.

Rajah 1: Sistem Paip Air Buang Jenis Bergabung Sistem bergabung ialah sisa kumbahan seperti najis, air basuhan dari sinki, tandas dan sebagainya akan terus mengalir ke dalam longkang di sekeliling rumah sebelum masuk ke dalam pembentungan ribut dan seterusnya ke dalam parit atau pun sungai. Kelebihan sistem ini ialah ia menjimatkan kos. Ini kerana pemilik premis seperti rumah-rumah di kawasan kampung dan setinggan tidak perlu membayar kos pengurusan sisa pepejal oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Kekurangan sistem ini pula ialah pembentungan ini akan melimpahkan keluar air yang mengandungi sisa perbandaran apabila tiba musim hujan, ini boleh menyumbang kepada peningkatan peluasan pencemaran alam sekitar dan boleh mengakibatkan penyebaran pelbagai penyakit seperti taun dan denggi.

( ii ) Sistem Berasingan

HBLS3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Rajah 2: Sistem Paip Air Buang Jenis Berasingan Sistem berasingan ialah sisa kumbahan tandas, bilik air dan sinki dapur akan dikumpulkan dalam luring sebelum disalur ke dalam sistem pembentungan perkhidmatan dan seterusnya dihantar ke pusat rawatan air sisa. Manakala bagi rumah awasan kampung kumbahan tandas akan disalur terus ke tangki septik dan seterusnya ke medan jubin bagi pelupusan tapak manakala air dari bilik mandi dan sinki dapur disalurkan ke pembentungan rebut dan seterusnya disalurkan ke parit atau anak sungai. Kelebihan sistem ini ialah kita dapat meminimunkan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan penghuninya. Manakala kekurangan sistem ini ialah melibatkan kos yang tinggi untuk membinanya dan menyelenggarakannya.

( iii) Sistem Berasingan Separa.

HBLS3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Rajah 1: Sistem Paip Air Buang Jenis Berasingan Separa Sistem berasingan separa ialah sisa kumbahan seperti najis, air basuhan dari sinki, tandas dan Sistem berasingan ialah sisa kumbahan akan terus mengalir ke dalam paip saliran bawah tanah yang terdapat di premis seperti rumah kediaman dan bangunan kilang. Sisa kumbahan ini akam melalui satu pembentung perangkap yang terdapat di luar kawasan rumah untuk melalui proses enapan sisa-sisa najis. dan dialirkan ke longkang utama. Manakala bagi sesetengah kawasan perumahan yang terancang, air sisa buangan tersebut akan dialirkan ke tangki pembetung yang dibina oleh pihak pemaju dan akan melalui proses bagi mengasingkan sisa najis dan air kumbahan. Kelebihan sistem ini ialah kita dapat meminimunkan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan penghuninya. Manakala kekurangan sistem ini ialah melibatkan kos yang tinggi untuk membinanya dan menyelenggarakannya.

HBLS3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

You might also like