You are on page 1of 1

Assalamualaikum wbt

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Safuan Bin Virdani,
Guru-guru Penolong Kanan.
Yang diraikan Cikgu Wan Syamsul Azimi b. Wan Ab Rahman, Cikgu Norazlan b Abu Hassan dan Cikgu Siti Nur Alis bt
Jamal, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada hari ini.

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini diadakan khusus untuk guru-guru yang amat kita sayangi iaitu Cikgu Wan
Syamsul, Cikgu Norazlan dan Cikgu Nur Alis. Mereka bertiga telahpun meninggalkan kita untuk bertugas di sekolah
baharu kerana sekolah tersebut mengalami kekurangan guru yang mengajar subjek tertentu seperti Biologi, Pendidikan
Jasmani dan Bahasa Melayu.

Kami berasa amat sedih atas pemergian cikgu-cikgu. Pemergian cikgu-cikgu merupakan satu kerugian yang amat besar
untuk sekolah kerana banyak sumbangan yang cikgu-cikgu telah berikan kepada sekolah.

Cikgu Wan Syamsul, kita tahu beliau merupakan contoh guru yang terlalu rajin di sekolah. Saya tahun lepas di sesi
petang keliru Cikgu Wan ni sesi yang mana? Datang awal pagi dari Mersing balik lewat sampai ke petang, thumb print
balik sama-sama dengan cikgu sesi petang, beliau memang seorang yang sangat komited dengan tugasnya.

Cikgu Norazlan atau nama komersialnya, Cikgu Aaron. Sahabat saya, seorang guru yang sangat berdedikasi , sentiasa
menceriakan suasana dengan lawaknya, beliau juga seorang guru sukan yang banyak memberikan sumbangan dalam
bidang sukan di sekolah kita. Dan yang paling penting beliau merupakan bapa kepada anak-anak di kelas peralihan, kita
dapat lihat ramai graduan TP telahpun berjaya kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh cikgu Aaron dalam memastikan
pelajar TP ini tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tahniah cikgu saya ucapkan.

Seterusnya Cikgu Nur Alis, saya tidak sempat nak kenal lebih rapat dengan cikgu, saya nak ucap terima kasih kerana
pernah menjadi setiausaha kelab KGK walaupun hanya sekejap sahaja berpeluang untuk cikgu memberikan bantuan
kepada saya dan rakan-rakan guru yang lain, saya harap cikgu dapat meneruskan khidmat dan dipermudahkan segala
urusan cikgu di sekolah baharu.

Kami berharap agar cikgu-cikgu tidak melupakan kami setelah berpindah ke sekolah baharu. Kami berjanji akan sentiasa
mengingati nasihat dan tunjuk ajar yang telah cikgu-cikgu berikan kepada kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak guru-guru dan murid-murid sekolah ini mengucapkan Selamat Berpisah. Maafkan segala
salah dan silap kami selama ini. Semoga cikgu-cikgu beroleh kejayaan di sekolah baharu. Kejayaan cikgu-cikgu akan
menjadi pendorong kepada kami.

Sekian, terima kasih

You might also like