You are on page 1of 6

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – DRAMA HADIAH

A. SINOPSIS

Drama Hadiah : Sinopsis

Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan


hidup. Dia dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung
hidup dengan bapanya, Pak Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu,
Yati yang belajar di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana Yati masih
berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.

Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga
mereka, Yati pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail
mengatakan bahawa dia telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung
dengan masalah mereka. Yati memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah
memaklumkan masalahnya kepada pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam
bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan mereka dua beranak.

Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian
Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk
menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu,
Encik Musa pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi
menyara persekolahan anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu,
Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail
memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama semula dan meminta Yati
belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh belajar semula.
Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian
Encik Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih.
Pak Mail menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

B. TEMA
Kegigihan menuntut ilmu.Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana
tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH


2

C. PERSOALAN

i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.


Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang
terkorban semasa bertugas di sempadan.

ii. Gigih meneruskan pelajaran.


Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi
meneruskan pelajarannya.

iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah.


Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh
keluarga mereka kepada penghulu.

D. WATAK & PERWATAKAN

a. Hayati
i. Gadis yang berusia 15 tahun.
ii. Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii. Gigih berusaha
Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga
mereka kepada guru besar.
iv. Tabah.
Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
v. Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap
gambarnya apabila dia pulang ke kampung.
vi. Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi
meneruskan pelajarannya.

b. Fauziah
i. Ibu kepada Hayati.
ii. Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
iii. Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

c. Pak Mail
i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii. Tabah.

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH


3

Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa


keluarga mereka.
iii. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-
cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.
iv. Penyayang.
Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

d. Datuk Penghulu
i. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang
disampaikan oleh Pak Mail.
ii. Amanah
Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila
berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh keluarga Pak Mail.

e. Encik Musa
i. Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii. Amanah
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek
penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar
dalam mempertahankan tanah air.

E. LATAR

a. Latar Masa

i. Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan
masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.

ii. Petang
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian
Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada
keluarga Pak Mail.

b. Latar Tempat

i. Rumah Pak Mail

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH


4

Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan


untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.

ii. Pejabat guru besar


Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh
keluarganya kepada guru besar.

iii. Asrama sekolah


Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

iv. Perbatasan Negara


Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

c. Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan
masalah yang dihadapi oleh mereka.

ii. Masyarakat yang berusaha gigih.


Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama
Hayati.

iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.


Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.


Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan
dengan redha.

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH


5

F. GAYA BAHASA

i. Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii. Kata ganda


Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii. Sinkope
Contoh: mak, tuk, nak, dah

iv. Simpulan bahasa


Contoh: minta diri

v. Bahasa Arab
Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.

G. NILAI

a. Nilai kasih sayang.


Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

b. Nilai ketabahan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

c. Nilai kegigihan.
Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang
dihadapinya.

d. Nilai bekerjasama.
Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH


6

H. PENGAJARAN
 Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.

Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun


menghadapi masalah kewangan.

 Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk


negara.

Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada


keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di
sempadan negara.

 Kita hendaklah percaya kepada Tuhan

Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang
dalam kesusasahan.

 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan


kewangan.

NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH

You might also like