You are on page 1of 2

CONTOH ISI 1

AT Apakah keburukan membawa telefon bimbit ketika murid berada dalam kelas?
Antara kesan buruk penggunaan telefon bimbit di sekolah ialah murid tidak fokus
ketika belajar.
AH Mengapakah murid tidak fokus belajar?
Hal ini terjadi kerana murid lebih sibuk melayani telefon bimbit daripada mendengar
apa-apa yang diajar oleh guru.
AC Contoh aktiviti murid yang membawa telefon bimbit.
Misalnya, mereka leka dengan permainan yang terdapat dalam telefon, melayari
internet dan sebagainya.
AS Kesan kepada pembelajaran?
Kesannya mereka fokus semasa guru mengajar dan tidak memahami apa-apa yang diajar guru.

Antara kesan buruk penggunaan telefon bimbit di sekolah ialah murid


tidak fokus ketika belajar. Hal ini terjadi kerana murid lebih sibuk melayani
telefon bimbit daripada mendengar apa-apa yang diajar oleh guru. Tamsilnya,
mereka leka dengan permainan yang terdapat dalam telefon, melayari internet
dan sebagainya. Kesannya mereka tidak fokus semasa guru mengajar dan tidak
memahami apa-apa yang diajar guru.
Selain itu, masalah kecurian akan timbul akibat membawa telefon bimbit
ke sekolah. Hal ini berlaku apabila murid yang nakal akan mula mencuri. Sebagai
analoginya, kecurian ini biasanya berlaku Ketika waktu rehat atau ketika
pergerakan murid lain ke makmal atau bengkel. Tegasnya, masalah ini akan
menyusahkan pihak sekolah terutamanya unit disiplin.
………….Perenggan isi 3…………….
………….Perenggan isi 4………….
ISI 3 (Tukarkan isi 3 dalam bentuk perenggan)
AT Apakah keburukan telefon bimbit semasa proses pengajaran guru?
Seterusnya, telefon bimbit juga boleh menganggu proses pengajaran guru di
dalam kelas.
AH Mengapakah mambawa telefon bimbit mengganggu proses pengajaran guru?
Hal ini demikian kerana, bunyi telefon bimbit yang bising menyebabkan murid
lain hilang fokus.
AC Apakah Tindakan guru?
Misalnya, guru terpaksa berhenti mengajar untuk menegur dan melarang murid
tersebut.
AS Kesan kepada murid?
Impaknya, murid belajar dalam keadaan yang tidak tenang.

ISI 4 (Lengkapkan isi 4 dan tukar dalam bentuk perenggan)


AT Apakah keburukan telefon bimbit semasa Ketika peperiksaan?
Disamping itu,………………………………
AH Bagaimanakah murid meniru dengan menggunakan telefon bimbit?
Situasi ini berlaku apabila ………………………………….

AC Nyatakan aplikasi yang boleh membantu murid meniru?


Sebagai contohnya……………………

AS Kesan kepada murid?


Akibatnya, ………………………………

TUGASAN :
Hasilkan empat perenggan isi yang lengkap dengan penanda wacana yang sesuai dan ejaan
yang betul berdasarkan maklumat yang telah diberikan.
Buat dalam buku karangan/penulisan.

You might also like