You are on page 1of 3

Ruj.

Kami : SKBB / 600 / 05 /5 ( )


Tarikh : 16 Oktober 2018
Kepada,

KETUA BALAI
BALAI BOMBA & PENYELAMAT MANTIN
SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN BOMBA & PENYELAMAT


SEMPENA KARNIVAL HARI USAHAWAN SK BATANG BENAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Sekolah Kebangsaan Batang Benar dengan


kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan Karnival Hari
Usahawan seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 25 OKTOBER 2018


HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : SK BATANG BENAR

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput
pihak tuan untuk mengadakan pameran pada Karnival Hari Usahawan berikut.
Pameran ini penting bagi memberi ilmu dan pendedahan kepada semua murid
disini tentang bidang tugas bomba dan penyelamat.

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Norasyikin Binti Shujaudin


(Penyelaras Karnival Hari Usahawan) di talian 013-5100315

5. Segala kerjasama pihak Tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,


SHAHRIN BIN KAMARUDIN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batang Benar
Mantin, Negeri Sembilan.

You might also like