You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 17(1)

SEKOLAH TS25
No.1,Jalan P17C, Presint 17

Email:gb.skpp171@gmail.com

Ruj.Tuan
Ruj. Kami SKPP17(1)/700-8/1( )
Tarikh 14 SEP 2022

Pengarah/Ketua Jabatan/Ketua Pegawai Operasi:


Institusi / Agensi Awam berkenaan
Ibu Pejabat Polis
Daerah Putrajaya,
Presint 7, 65200,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tuan,
•'
JEMPUTAN PENCERAMAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA SK PUTRAJAYA
PRESINT 17(1)TAHUN 2022

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan
pameran seperti di atas buat julung kali pada tahun ini. Karnival Minggu Kerjaya ini diadakan
bertujuan untuk membimbing dan meningkatkan lagi motivasi para pelajar untuk terus belajar di
samping merancang matlamat pembelajaran dan halatuju kerjaya mereka kelak. Pameran
adalah dijadualkan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)


Masa Pameran : 9.00 pagi – 1.00 tengahari.
Kami menyediakan : 4 buah meja kecil + 3 buah kerusi
(Persediaan boleh dilakukan seawal pukul 8.00 pagi)

Masa Taklimat Kerjaya : 8.00 pagi – 8.40 pagi


Tempat : Tapak Perhimpunan SK PP17(1).

2. Sehubungan itu sukacitalah agar pihak tuan mengesahkan penyertaan dengan mengisi-
lengkapkan Borang Jawapan yang disertakan dan emailkan kepada:

Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) (u.p: Unit Bimbingan & Kaunseling), emel kepada SK
Putrajaya presint 17(1) di alamat emel: wba2014@moe.edu.my dan cc kepada
athiahhassan@gmail.com sebelum atau pada 6 Oktober 2022

4. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, Pn. Athiah Bt Mohd Hassan di
talian 013- 256 2866. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HANIZAD B ISMAIL)


Guru Besar
SK Putrajaya Presint 17(1)
"ILMU AMAL BUDI"

You might also like