You are on page 1of 1

Salim bin Saleh

33, Lorong Sedidik,


Taman Sedidik,
56789 Kota Tinggi,
Johor
_________________________________________________________________________
Pengurus
Idea Bijak Sdn Bhd,
Kawasan Pejabat Indah,
56789 Kota Tinggi,
Johor 10 Julai 2022

Tuan,
PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH MELAPOR DIRI / BERTUGAS
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin menyatakan bahawa:
2. Saya tidak dapat melapor diri / bertugas mengikut surat arahan yang bertarikh 05
Julai 2022 yang telah dihantar oleh pihak tuan kepada saya. Berdasarkan surat lapor diri /
bertugas yang diterima, menyatakan bahawa saya perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di
pejabat Idea Bijak Sdn Bhd jam 900 pagi.

3 Hal ini kerana saya terikat dengan urusan hal serah menyerah tugasan serta
mengikut notis bekerja sebulan dan akan berakhir pada 04 Ogos 2022 nanti. Jadi, saya
perlu mengikut prosedur syarikat sepertimana yang telah dipersetujui di dalam dokumen
kontrak kerja saya sebelum ini.

4. Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada pihak tuan memberi
kebenaran kepada saya untuk menangguhkan tarikh lapor diri daripada 25 Julai 2022
kepada 05 Ogos 2022 setelah semua tugasan saya selesai.

5. Saya memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dialami dan segala
pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

_____________

(Salim bin Saleh)

You might also like