You are on page 1of 2

冷宜培群华文小学

SJK (C) PEI CHUN, DANGI,


73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN.
TEL: 06-4369580
___________________________________________________________________________
Ruj.kami : SPCD/800/03/04(01)
Tarikh : 04 MAC 2019

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dangi,
73100 Johol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG SK DANGI DAN FASILITI BAGI


AKTIVITI SUKAN TAHUNAN SJK(C) PEI CHUN DANGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan sekolah kami akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 14 April 2019
Hari : Ahad
Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan agar memberi kebenaran kepada
sekolah kami untuk menggunakan padang sekolah tuan untuk mengadakan aktiviti Temasya Sukan
Tahunan Sekolah. Hal ini adalah kerana sekolah kami tidak mempunyai padang untuk menjalankan
aktiviti sukan tahunan tersebut.

4. Pihak kami juga memohon jasa baik tuan untuk menyediakan 3 buah meja panjang dan100
buah kerusi untuk kegunaan warga sekolah kami pada hari temasya tersebut.

5. Bersama-sama ini juga disertakan LAMPIRAN 1 iaitu Jadual Penggunaan Padang Sekolah
untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diperlukan dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
( YANG WAI KONG )
Guru Besar
SJKC Pei Chun Dangi,
73100 Johol,
Negeri Sembilan.

Sk : Fail
LAMPIRAN 1

Jadual Penggunaan Padang

TARIKH HARI PERKARA MASA

13 Mac 2019 Rabu Pemilihan Peserta untuk Acara 7.30 am - 10.00 am


Sukan

10 April 2019 Rabu Latihan Acara Sukan 7.30 am - 10.00 am

12 April 2019 Jumaat Raptai Hari Sukan Tahunan 7.30 am - 10.00 am

14 April 2019 Ahad Hari Sukan Sekolah 8.00 am - 1.00 pm

Cadangan

TARIKH HARI PERKARA MASA


1 April 2019 Akan diberitahu Melukis garisan 8:00am - 11:00am /
hingga kelak melalui telefon padang sekolah mengikut keperluan
5 April 2019 semasa

You might also like