You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang No Tel : 07-3882120


D/A : SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Pej Am : 07-3881203
Bandar Baru Kota Puteri 81750 MASAI, No Fax : 07-3881203
JOHOR BAHRU, JOHOR Web: www.ppdpgudang.edu.my
e-mel : ppdpgudang@moe.gov.my

Ruj. Kami : PPDPG.PB.600-10/2/16( )


Tarikh : Januari 2020

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Tuan,

ARAHAN LAWATAN BIMBINGAN PEGAWAI SEKTOR PEMBELAJARAN TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap menerima lawatan bimbingan Pegawai Sektor
Pembelajaran PPD Pasir Gudang bermula 1 Januari 2020 kepada semua sekolah dan akan memberi
fokus kepada sekolah-sekolah berdasarkan data dan keutamaan bimbingan berdasarkan isu dan
masalah yang dikenai pasti mengikut keperluan sekolah dan daerah.

3. Diharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama sepanjang lawatan bimbingan tersebut.
Lawatan bimbingan ini berfokuskan aspek bimbingan berdasarkan alat pengurusan kualiti sekolah
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan instrumen bimbingan yang bersesuaian
mengikut keperluan unit dan sektor masing-masing.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En. Muhammad Suhairi Bin
Muhammad Room di talian 016-715 2908 dan Pn. Nurhassanah binti Abd Rahman di talian 019-668 1705
Sektor Pembelajaran PPD Pasir Gudang.

Sekian, terima kasih.

”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ.KUSWANDI BIN TAYEN)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

MSMR/uak/FailPengurusan)/SektorPembelajaran

You might also like