You are on page 1of 14
Prone Sina Keboneson Mai Dekon Poon Unveri a 2018 shall yal || "Popa Sion tn Lot to Sa CeO ‘Mohamad ie UNISZA ISBN 97S9OPE-O83 OID, hs mss cammede 18 AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU *CHoy Mun We! & Mou IzHaM Mou HaMzaH Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia *winniechoy_$8@hotmail.com “Abstrak: Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan kubuaganaya dengan tahap kepuasan kerja guru. Kertas kousep ini adalah berasaskan Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel serta Teori McShane dan Gilnow ‘yang diubahswai daripada Teori Dua Faktor Herzberg. Dapatan kajian lepas dari kajian literatur ‘mennajukkan tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan tahap kepuasan kerja guru secara ‘keseluruban adalah berada pada tahap yang tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan. Kajian lepas dari kajian literaror juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap amalan Aepimpinan transformasioual pengetua mengikut fakior umur, tabap pendidikan, tempol perkhidmatan ddan jawatan yang disaudang, manakala wujudaya perbezaan signifikan terhadap tahap kepvasan kerja guru mengikut faktor umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Kertas konsep ini diharapkan dapat merealisasikan anjakan ke-S PPPM 2013 - 2025 jaity memastiken kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolab. Selain itu, kestas konsep ini juga diharapkan dapat memberi implilasi ‘kepada unit pembangunan profesional guru terutamanya dari segi perancangan latihan kepimpinan peagetua. Kesimpulanaya, amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan peagetua adalah penting ‘dan mempuayai hubuagan dengan kepuasan kerja gum, ‘Kata kunet: Kepimpinan Transformasional, Kepuasan Kerja, Pengetwa PENGENALAN Pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada keberkesanan dan kelangsungan sistem pendidikan. Sebagai penjana tenaga kerja masa depan, sekolah diberi tanggungjawab untuk membangunkan modal insan dengan kepakaran, kualiti dan kuantiti yang. bersesuaian agar negara dapat berdaya saing dalam era ekonomi global (Mohamed Khaled 2008). Dalam kata lain, organisasi pendidikan merupakan faktor penting dalam pembentukan generasi_ masa hadapan (Rahimah 2005). Ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025 di mana bidang pendidikan menjadi semakin penting dan mencabar menjelang 2025 sebagai persediaan membentuk modal insan. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu berusaha bagi memastikan pengurusan Kepimpinan techadap guru-guru adalah cemerlang supaya kecemerlangan sesebuah sekolal dapat ditingkatkan kerana modal insan yang berjaya bermula dari pendidikan di sekolah (Fullan 2011; Harris 2005; Muhyiddin 2013; Parise & Spillane 2010). Ini bermaksud kejayaan sesebual sekolah adalah berkait rapat dengan kecemerlangan Kepimpinan yang diamalkan oleh pengetuanya di sekolah (Hussein Mahmood 2005; Kantrowitz & Wingert, 2000). Oleh int, ‘transformasi dalam amalan Kepimpinan diberi perhatian kiusus oleh Kementerian Pendidikan ‘Malaysia (KPM) melalui anjakan ke-S, PPPM 2013-2025 iaitu memastiken Kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, Hal ini demikian kerana kepimpinan ialah tunjang dalam institusi pendidikan yang melibatkan bidang pentadbiran dan pengurusan pada peringkat global. Justeru, pengetua mahupun guru besar menjadi pemain utama dalam usaba | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 438) MEDC 2018 transformasi sekolah bagi menyediaken panduan dan penyelesaian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pembangunan profesionalisme guru (Fullan 1992) Kepimpinan pentadbir yang mengaplikasikan amalan kepimpinan yang pelbagai akan membawa implikasi yang berlainan terhadap sekolah. Dalam membina kecemerlangan, pemimpin sekolah harus mengenalpasti rintangan secara terperinci dan memberikan perhatian terhadap keputusan dan kualiti yang mau dicapai, Oleb hal yang demikian, Leithwood dalam Beharom et al. (2009) menyatakan babawa Kepimpinan transformasional lebih bertepatan dengan pengetua sekolah yang berperanan sebagei pembuat perubahan dalam organisasi pendidikan, dan dalam masa yang sama cuba mengubah cara guru-guru berfikir dan bertindak seterusnya menghasilkan kualiti institusi pendidikan yang diinginkan, Koh (2008) menyatakan bahawa dengan Kepimpinan transformasional, pengetua sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru melalui keupayaan Kepimpinan guru-guru iaitu merujuk ‘kepada penglibatan meluas dan berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin. Kajian deskriptif yang dijalankan terhadap guru teknikal daerah Johor Bahru di mana terdapat beberapa faktor yang mempengarulhi Keptiasan Kerja guru, antaranya ialah Kepimpinan pengetua (Norani & Ruzilayati 2011). Sabir et al. (2011) juga menyatakan bahawa komitmen organisasi dan kepuasan kerja dipengarubi oleh gaya Kepemimpinan. Rabarjo (2006) secara lebih spesifikt menyataken bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja adalah Kepemimpinan di mana tinggi rendahnya kepuasan kerja, komitmen organisasi dan prestasi ppekerja tidak terlepas dari peranan atasan terhadap bawahan. Pendek kata, perhatian dan ubungan yang baik antara pengetua dengan guru dapat meningkatkan Kepuasan kerja sehingga guru akan merasakan ditinya merupakan sebahagian yang penting dati organisasi kerja Rasid (2007) mendefinisikan amalan Kepimpinan transformasional sebagai cara Kepimpinan holistik yang boleh digunakan ke arah Kecemerlangan individu dan dapat menyumbangkan sesuatu yang bererti kepada organisasi dan konmmiti. Pernyataan ini turut disokong oleh kajian Abdul Ghani (2008) yang menegaskan bahawa pengamalan gaya atau amalan kepemimpinan transformasional oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru, sikap guru dan kepuasan kerja guru. Kajian Vicky dan Caroline (2001) juga mendapati tabap pencapaian dan kepuasan kerja yang tinggi sering kali diksitkan dengan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasional Kebanyakan kajian mengenai kepuasan kerja guru yang dijalankan oleh para pengkaji berseruju bahawa kepuasan Kerja adalah berhubung kait dengan kepimpinan transformasional ppengettia secara positif. Justeru, setiap masalah perlu dikenalpasti pada masa yang lebih awal Piak pemimpin dan organisasi boleh menguruskan aktiviti yang lebih efektif untuk mengatasi masalah dan memastikan tabap kepuasan kerja guru untuk menghindarkan guru-guru meletalskan jawatan, Oleh itu, hl ini penting agar pibak berkenaan mampu mengetalnui babawa amalan Kepimpinan transformasional pemimpin institusi mempunyai hubung kait dengan epuasan kerja pendidik. KONSEP. Konsep Kepimpinan Transformasional Pada asalnya, konsep Kepimpinan transformasional telah diperkenalkan oleh James McGregor Bums (1978) dan kemudian diperkembangkan oleh Bass (1985). Bums (1978) membentuk konsep Kepimpinan transformasional daripada kajian beliau ke atas pemimpin politik. Teori epimpinan transformasional juga dikenali sebagai Kepimpinan karismatik (Max Weber, 1968) dan kepimpinan inspirasional atau institusional (Hunsaker, 1986). Pemimpin transformasional adalah mampu mencetus minda kakitangan dan mengenalpasti minat kakitangannya untuk fokus tujuan sebagai asas kepada teori ini. Bass (1999) memerhati gelagat perhubungan seseorang pemimpin transformasional melalui empat gaya transformasional, iaitu: (1) keunggulan gelagat, (2) menumpu kepada setiap individu, (3) motivasi berinspirasi dan (4) merangsang secara intelek. Namun demikian, | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 499) MEDS 2018, Leithwood (1994) telah mengkonsepsikan kepimpinan transformasional dalam lapan dimensi iaitu: (1) membina visi sekolah, (2) menetapkan matlamat-matlamat sekolal, (3) memberikan stimulasi intelek, (4) menawarkan sokongan secata individu, (5) memberi contoh amzalan- amalan terbaik dan nilai-nilai organisasi yang penting, (6) menunjukkan ekspektasi prestasi yang tinggi, (7) membina budaya sekolah yang produktif dan (8) membentuk struktur-straktur ‘untuk menggalakkan penglibatan dalam pembuatan keputusan di sekolab, Kepimpinan transformasional menjadi salah satu daripada konsep atau amelan Kepimpinan yang selama ini sering digunakan. Ini disebabkan oleh konsep Kepimpinan transformasional ini selati dan terbilang serta moden berbanding dengan beberapa amalan Kepimpinan yang lain (Robiah 2003). Konsep Kepimpinan transformasional ini lahir dan menjadi jawapan kepada kegagalan beberapa konsep atau amalan Kepimpinan sebelumnya. Kepimpinan transformasional dikatakan lebih sesuai dalam mengurus perubahan yang terjadi dalam organisasi. Menurut Case (2003), terdapat beberapa perbezaan dalam mendefinisikan Kepimpinan transformasional, tetapi secara umum masyarakat akan melihat pemimpin transformasional ini sebagai agen perubaban, Di samping itu, kepimpinan ini juga dilitvat lebih Konsisten dengan trend revolusi dalam reformasi pendidikan seperti keupayaan, perkongsian, Kepimpinan dan pembelajaran organisasi (Fuziah 2011). Konsep Kepuasan Kerja Pengkaji sains sosial menaruh minat yang mendalam tentang konsep kepuasan Kerja ekoran ‘wujudnya keperluan memenuhi keperluan pekerja dengan andaian akan meningkatkan kualiti dan output organisasi, Djokosantoso Moeljono (2005) menyatakan kepuasan kerja merupakan satu generalisasi terhadap sikap-sikap tethadap pekerjaan yang berdasarkan aspek-aspek pekerjaannya yang pelbagai kerana kepuasan Kerja adalah keadaan yang dirasakan sebagai kkebahagiaan yang disokong oleh usaha dalam kaedah prestasi kerja serta imbuhan upah yang Jjelas dan wajar. Kepuasan kerja juga dipandang sebagai perasaan seronok atau tidak seronok ‘yang mempunyai lmbungan yang berbeza dari pemikiran objektif dan keinginan perilalu kerana perasaan yang berkaiton dengan sikap seseorang. Maka, kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai sebuah sikap pekerja yang timbul berdasarkan penilaian terhadap situasi di mana mereka bekerja (Cantike & Yuli Sri Budi 2005). Dalam konteks kepuasan kerja guru, Bogler (2001) yang menjalankan kajian dalam kalangan guru menjelaskan kepuasan Kerja adalah bersangkutan dengan prestij pekerjaan guru, harga diri guru, awtonomi di tempat kerja dan pembangunan diri. Ali Yessin et al. (2013) menjelaskan kepuasan kerja banyak dipengaruhi oleh faktor organisasi seperti gaji, autonomi kerja, keselamatan kerja dan persekitaran tempat kerja, Selain faktor organisasi, gaya kepimpinan dalam organisasi juga boleh mempengarubi tabap kepuasan kerja secara keseluruhan atau umum dalam pelbagai aspek kepuasan yang memberi kesan tethadap komitmen dan produktiviti pekerjanya (Ali Yassin et al. 2013; Voon & Ayob 2011). Kepimpinan berkesan dan kepuasan kerja pekerja adalah dua faktor yang menjadi asas kejayaan sesebuah organisasi. Pekerja yang mempunyai kepuasan Kerja yang tinggi mungkin memberi uusaha yang lebih dalam tugas jabatan mereka dan mengejar Kepentingan organisasi. Sebual organisasi yang menggalakkan kepuasan kerja pekerja yang tinggi juga lebih mampu mengekalkan dan menarik pekerja dengan kemahiran yang diperlukan (Voon & Ayob 2011), TEORI DAN MODEL Model Kepimpinan Transformasional oleh Slocum dan Hellrigell (2007) Intipati model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegell (2007) melibatkan suatu Keupayaan pemimpin dalam mempengaruhi pengikutnya melalui tingkah laku kepimpinan yang diamalkan, Ta melibatkan tingkah laku yang menjadi teladan dalam menjangkakan masa depan organisasi, menjadi inspirasi dalam Kalangan pengikut, membangunkan pengikut ke arah | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 440] MEDC 2018 ‘menjadi pemimpin atau pemimpin yang lebih baik serta membimbing ke arah menjadi komuniti ‘yang boleh menyahiut cabaran. Kertas konsep ini memilih model kepimpinan tansformasional ini kerana model ini paling relevan dengan organisasi sekolah. Hal ini kerana organisasi pendidikan mempunyai staf dan warga kerja yang ramai. Oleh sebab ita, sukar untuk mendekati seorang demi seorang dari setiap warga kerja tersebut. Melalui proses kepimpinan trausformasional yang mengambil pendekatan kemanusiaan, pendekatan kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja dapat dibentuk dengan baik. Secara tidak langsung terdapet inovasi dalam hubungen pemimpin dan subordinat dalam pekerjaan. Impaknya, antara pemimpin dan warga kerja akan wujud Komtunikasi berkesan dan seterusnya meningkatkan kepuasan kerja guru (Abdul Ghani 2005) Model ini lebih ringkes dan padat di mana Kesemua Konstruk dalam Kepimpinan transformasional Leithwood (1994) terdapat dalam Model Kepimpinan Transformasioanal Slocum dan Hellriegell (2007). Terdapat empat konstruk dalam kepimpinan transformasional iaitu (i memupuk pengaruh yang ideal, (ii) memunjukkan pertimbangan berasaskan individu, it) menyediakan motivasi berinspirasi dan (iv) membina rangsangan intelektual. Menyediakan motivasi beringpirasi Menunjukkan pertimbangan berasaskan individu Kepimpinan ‘Transformasional ‘Memupule pengaruh yang ideal Rajah 1. Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Heliriegell (2007). i Memupuk pengaruh yang ideal ‘Memupuk pengaruh yang ideal adalah sejauh mana pemimpin berkelakuan dengan cara yang berkarisma yang menyebabkan pengikut terpengaruh dengan pemimpin tersebut (Slocum & Heliriegel 2011). Joyce & Timothy (2004) pula menyatakan dimensi memupuk pengaruh yang ideal mengacu pada pemimpin yang memiliki perilaku, moral dan etika tinggi dan dilaksanakan dengan keperibadian yang tinggi. Lazimnya pengikut lebih mudah terpengaruh, percaya dan mengagumi pemimpin yang menunjukkan teladan yang baik sehingga menjadi ikutan orang lain kerana bolel meninggalkan kepentingan peribadinya demi kepentingan orang lain yang lebih memerlukan. Kepimpinan ini memiliki perhatian penuh dan sentiasa berusalia membantu dan menyokong kejayaan para pengikuinya (Muksin Wijya 2005). Antara perlakuan yang boleh ditunjukkan oleh pemimpin adalah seperti mengamalkan nilai moral dan etika yang tinggi, berani mengambil risiko bersama-sama dalam matlamat bersama, mengutamakan Keperluan orang lain melebihi keperluan sendiri dan menggunakan kuasa untuk menggerakkan pengiktut ke arah: meneapai visi dan misi sekolah dan bukannya kepentingan sendir ii, Menunjukkan pertimbangan berasaskan individu, Pertimbangan berasaskan individa adalah sejauh mana pemimpin mampu menyediakan Keperluan pengikut, bertindak sebagai mentor dan mendengar kepada permintaan pengikut (Slocum & Hellriegel 2011), Menurut Joyce & Timothy (2004), pertimbangan berasaskan individu mengacu pada perilaku pemimpin yang bertujuan mengenali pertumbuhan, emampuan, keperluan dan perkembangan pengikut yang unik bagi pembinaan pengikut. Maka, | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 441] MEDC 2018 pemimpin tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membuat tanggapan negatif terhadap seseorang pengikut. Setiap pengikut perlu diberi peluang untuk meningkatkan kemaliiran masing-masing supaya kemahiran dan keterampilan diti pengikut akan meningkat iii, Menyediakan motivast berinspirasi ‘Motivasi berinspirasi adalah sejauh mana pemimpin mampu menyvarakan visi yang menatik ‘kepada pengikutnya dalam visi-visi memmupuk perubahan (Slocum & Hellriegel 2011). Meaurut Zaliha (2009), motivasi berinspirasi bermaksud pemimpin transformasional membimbing pengikutnya, iaitu melihat subordinat sebagai potensi untuk dibina ke tahap yang lebib tinggi. Pemimpin transformasional mencetus inspirasi dalam kalangan pengikutnya melalui perbuatan dan kata-katanya, kerana inspirasi wujud dari kesan tingkah aku yang ditunjukkan oleh seseorang pemimpin itu melalui komunikasi, pemikiran dan teladan yang baik (Owens 2001). Tidak dinafikan, banyak agenda kecemerlangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan herkesan sekiranya guru-gurm bermotivasi tinggi. Justeru, motivasi berinspirasi mengacu kepada pemimpin yang memiliki visi yang kuat untuk masa hadapan berdasarkan nilai-nilai dan cita- cita (Joyce & Timottry 2004), iv. Membina rangsangan intelektual Membina rangsangan intelektual adalah sejauh mana pemimpin mengandaikan cabaran. mengambil risiko dan memujuk pengikut untuk membina idea-idea untuk berfikir di luar Kotak (Slocum & Hellriegel 2011). Menurut Joyce dan Timothy (2004), membina rangsangan intelektwal_membawa maksud pemimpin tansformasional adalah seorang yang berani mempersoalkan sebarang andaian dengan meneroka idea-idea dan kaedah-kaedah baharu serta menghadapi sebarang situasi dengan cara baharu, menantang norma-norma organisasi, mendorong pemikiran divergen dan mendorong pengikutnya untuk mengembangkan inovatif strategi. Maka, Kepimpinan transformasional tidak mempertahankan pendapat dirinya, tetapi {juga terbuka untuk saranan atau pendapat daripada staf bawahan Teori McShane dan Gilnow (2000) yang diubahsuai daripada Teori Dua Faktor Herzberg (4985) MeShane dan Gilnow (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang selaras dengan kepetluan individu. Manakala, Schultz dan Schultz (2001) menyatakan bahawa kepuasan Kerja merujuk kepada sikap individu tentang gurvannya iaitu sama ada secara positif atau negatif terhadap kerjanya. Sikap positif terhadap kerja menunjukkan individu tersebut mempunyai kepuasan tethadap kerjanya. Sebalikaya sikap negatif menggambarkan individu yang merasai kketidakpuasan terhadap kerjanya Teori Dua Faktor Herzberg (1985) telah menjelaskan bahawa kepuasan kerja boleh diklasifikasikan mengikut fungsinya, sama ada faktor kepuasan Kerja iaitu motivator (keperluan tinggi) dengan faktor ketidakpuasan kerja iaitu hygiene (keperluan tendah). Tehap keperluan tinggi ini merangkumi beberapa aspek intrinsik iaitu pengiktirafan, pencapaian, tanggungjawab, pekerjaan dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluan rendah merupakan suasana tempat kerja, polisi kerja, penyeliaan, gaji dan hubungan interpersonal (Dinham & Scott 2000). i Faktor Motivast Menurut MeShane dan Gilnow (2000), faktor motivasi dikaitkan dengan motivasi pekerja yang tidak melibatkan faktor luaran sebaliknya berkaitan dengan nilai intrinsik (dalaman) yan membolehkan kepuasan kerja diperoleh daripada pekerjaan itu sendiri. Faktor ini memberi motivasi kepada setiap pekerja, pekerjaan itu sendiri mestilah mencabar dan mempunyai peluang untuk pembangunan diri dan menarik minat pekerja untuk terus kekal dalam organisasi McShane dan Gilnow (2000) juga menyatakan faktor motivasi meliputi faktor seperti rugas sebenar pekerjaan, beban kerja, pengiktirafan, pencapaian dan peluang kenaikan pangkat. | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 442] MEDC 2018 ii, Faktor Hygiene Menurut McShane dan Gilnow (2000), faktor hygiene menerangkan faktor-faktor menyebabkan pekerja tidak berpuas hati, bersifat ekstrinsik (Iuaran) dan penting untuk mewujudkan motivasi di tempat kerja. Sekiranya faktor hygiene tidak wujud atau tidak mencukupi boleh menyebabkan rasa ketidakpuasan hati yang serius dalam kalangan pekerja. Dalam erti kata lain apabila faktor hygiene dipenvhi atau mencukupi, ini dapat menenangkan pekerja dan mengelakkan mereka daripada tidak berpuas hati. Faktor hygiene melibatkan aspek seperti pampasan, Keselamatan kerja, politik organisasi, keadaan kerja, kwvaliti kepimpinan dan hhubungan antara penyelia, orang bawahan dan rakan-rakan sekerja. TUSUAN Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan tahap kepuasan Kerja guru sekolah mengikut dapatan kajian-kajian lampau DAPATAN Kepimpinan Transformasional Pengetua Kebanyakan dapatan Kajian-Kajian lepas menunjukkan tabap amalan kepimpinan pengetua mahupun guru besar di pelbagai jenis dan kategori sekolah adalah tinggi, Merujuk kajian Nor Fadhilah dan Azlin (2014) yang melibatkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di ‘Negeri Sembilan mendapati bahawa tahap amalan kepimpinen transformasional pengetua di sekolah tersebut berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian tersebut adalah selari dengan kajian Sentot (2011) yang menguji kepimpinan transformasional Sekolah-sekolah Muhammadiyah di Indonesia. Dalam sebuah kajian perbandingan oleh Jezmi (2009) mendapati pengetua SMK. dan SMKA adalsh lebih dominan dalam mengamalken kepimpinan transformasional berbanding dengan Kepimpinan transaksi. Selain itu, kajian tersebut juga membuktikan tidak terdapat perbezaan tahap pengamalan kepimpinan transformasional pengetua sama ada di SMK. atau SMKA. Selain dapatan kajian yang melibatkan sekolah aliran agama, terdapat juga kajian yang ijalankan ci SMK turut menunjukken dapatan yang sama seperti sekolah aliran agama. Kajian ole Nor Hanin (2013) yang mengkaji persepsi guru terhadap kepimpinan pengetua SMK harian Wilayah Persekutuan Putrajaya mendapati babawa tabap amalan kepimpinan transformasional adalah tinggi ‘Namun, wujudaya percanggaban hasil kajian-kajian lepas tentang kepimpinan transformasional. Antaranya Kajian Hezereen (2014) mendapati tabap amalan kepimpinan transformasional pengetua di kedua-dua buah sekolah iaitu SMK cemerlang dan Kurang cemerlang di Sarawak hanya pada tahap sederhana. Ini turut disokong oleh kajian Aziah et al. (2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kajian Aziah et al. (2005) mendapati amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah tersebut tidak dipengarubi oleh kepimpinan transformasional pengetua dan berada pada talsap sederhana. Bass (1985) menyatakan bahawa Kepimpinan transformasional yang tulen boleh ditentukan dengan berapa tingginya nilai daripada keempat-empat dimensi yang membentuk Kepimpinan transformasional tersebut. Kajian Muhd Al-Muzzammil dan Nazri (2007) melibatkan sekolal di daerah Batu Pahat, Johor merumuskan bahawa keempat-empat dimensi dalam amalan Kepimpinan transformasional yang diamalkan adalah tinggi. Namun begitu, adalah didapati dimensi Karisma merupakan dimensi dalam Kepimpinan transformasional yang paling diamalkan oleh pengetua tersebut diikuti dengan dimensi motivasi berinspirasi, stimulasi infelek dan akhir sekali ialah dimensi pertimbangan individu. | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 443] MEDC 2018, Ini turut disokong oleh kajian Mohamad Radzi Saidin et al. (2014) yang melibatkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekolah rendah. Kajian juga mendapati kesemua pengalaman dimeasi dalam kepimpinan transformasional adalah tinggi di mana dimensi katistma merupakan dimeasi yang dominan dan paling diamalkan oleh guru besar. Ini diikuti oleh dimensi motivasi berinspirasi, dimensi stimulasi intelek dan dimensi yang paling kurang diamalkan adalah dimensi pertimbangen. ‘Namun begitu, dalam kajian Hishamuddin Shah et al. (2013) yang mengkaji amalan Kepimpinan transformasional guru besar Sekolah Kurang Murid (SKM) mendapati hanya dimensi pertimbangan individu berada pada tabap tinggi manakala dimensi yang lain hanya pada tahap sederhana. Kajian tersebut merumuskan bahawa dimensi pertimbangan individu merupakan amalan yang paling kerap dilaksanakan oleh guru besar jike dibandingkan dengan dimensi stimulasi intelek, ciikuti dengan dimensi karisma dan dimensi motivasi berinspiras Kepusan Kerja Guru Berdasarkan Kajian-kajian lepas, terdapat pelbagai dapatan yang boleh merumuskan tahap Kepuasan pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam Konteks pendidikan, Kajian Rosmawati (2003) mendapati tahap kepuasan kerja guru SMK daerah Seremban, Negeri Sembilan berada pada tahap tinggi. Dalam kajian Rosmawati (2003), aspek usaha, efektif dan kepuasan adalah pendorong kepada tahap Kepuasan Kerja guru yang tinggi. Namun begitu, kajian Nor Fadhilah dan Azlin (2014) yang dijalankan di SBK dengan menggunakan konstruk yang sama dalam menentukan Kepuasaa Kerja guru menuajukken dapatan yang berbeza. Hasil analisis Nor Fadhilah dan Azlin (2014) mendapati tabap kepuasan kerja guru secara keseluruhannya pada tahap sederhana. Dapatan kajian tersebut juga mendapati aspek usalia dan efektif kecuali aspek “kepuasan’ masih kurang ditekankan oleh pengetua. Dalam satu kajian perbandingan, Kajian Nadiah dan Azlin (2014) mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru SMK adalah lebih tinggi berbanding dengan guru-guru di SBP dan guri-gum di SMKA. Melalui kajian tersebut didapati faktor gaya Kepimpinan dan kerja berpesuisan adalah peayumbang kepuasan kerja guru yang tinggi di ketiga-tiga kategori sekolah berkencan, Selain itu, basil kajian Jamalul Lail et al. (2014) meaunjukken guru-guru sekolah rendah di daerah Temerloh mempunyai tabap kepuasan kerja yang tinggi. Depatan kajian tersebut menunjukkan kebanyakan guru bersetuju bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi adalah disebabkan mereka dapat mengusahakan perkara yang mereka gemati Kajian Raihana (2012) yang menggunakan Teori Dua Faktor Herzberg (1985) sebagai asas menentukan kepuasan kerja mendapati bahawa tahap kepuasan kerja tenaga pengajar IPMa adalah tinggi. Dapatan kajian tersebut juga mendapati nilai skor min bagi faktor hygiene ialah 4.13 adalah lebih tinggi daripada faktor motivator initu 3.90. Pengkaji tersebut menggambarkan bahawa tenaga pengajar di IPMa adalah berpuas hati kerana keperluan asas mereka yang telah dipenuhi, Namun, faktor motivator adalah sedikit rendah (tahap sederhana tinggi) menggambarkan bahawa tenaga pengajar di IPMa masih belum berpuas hati sepenuhnya kerana terdapat keperluan seperti pengiktirafan, kemajuan dan pencapaian kerja yang belum dicapai. Hubungan antara Kepimpinan Transformasional Pengetua dan Kepusan Kerja Guru Kajian Loy (2002) melibatkan 241 orang guru terlatih di 13 buah SMK di sebuah daerab di Paiang bagi melihat bubungan di antara persepsi guru tentang Kepimpinan transformasi pengetua di SMK dengan kepuasan kerja guru. Kajian ini mendapati tahap Kepimpinan setiap dimensi amalan kepimpinan transformasional hanya berada pada tahap sederhana. Selain itu, kajian juga mendapati tahap kepuasan kerja guru juga pada tahap sedechana sahaja. Nammun begitu, Kajian menunjukkan terdapat hubungan sangat tinggi di antara amalan kepimpinan transformasional pengetua SMK. dengan kepuasan kerja guru. Menurut Zuriman (2013), satu Kajian untuk mengenalpasti hubungan antara gaya Kepimpinan pengetua dengan Kepuasan Kerja guru di sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan Kerja guru pada talap yang rendah, Kajian juga mendapati pengetua lebih domain mengamalkan Kepimpinan | Prosiding Seminar Kebangsaan Malis Dekan Pendidikan Universit Awam, 7-8 November 2018 | 444] MEDC 2018 transformasional dan terdapat hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru, Selain itu, ajian Jamalul Lail et al. (2014) yang melibatkan 10 buah sekolah rendah daerah Temerloh menunjukkan bahawa para guru besar di daerah Temerloh mengamalkan gaya kepimpinan ‘tansformasional pada peringkat yang maksimum maka kepuasan kerja guru adalah tinggi dan terdapat hubungan yang signifiktan antara tehap kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru Kajian $. Dom Nambi (2012) melibatkan 155 orang guru untuk mengenalpasti tabap amalan Kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua daripada tiga buah sekolah menengah daerah Saratok, Sarawak. Kajian Dom Nambi (2012) mendapati tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap amalan kepimpinan transformasional pengetua berdasarkan jantina, umur, pengalaman mengajar dan kaum dalam kalangan responden kajian. Ini turut disokong oleh dapatan kajian Ahmad Farid (2009) yang melibatkan 186 orang guru daripada 5 buah sekolah-sekolah menengah harian di Selatan Perlis yang menunjukkan baliawa tidak terdapat perbezaan tethadap amalan kepimpinan transformasional yang signifikan dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina, unur dan tempoh perkhidmatan guru. Dapatan Woo (2007) adalah menyamai hasil kajian Abdul Main (2003) yang mendapati bahawa umur, Kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar telal mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalengan guru, Begitu juga dengan kajian Tay (2008) yang dijalankan ke atas guru- guru di Sekolah Menengah Canossan Convent, Melaka yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja guru dengan faktor umur, tempoh berkhidmat dan tarat pendidikan Rumusanaya, Kertas Konsep ini memunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan tahap kepuasan Kerja guru secara keseluruhan adalah berada pada tahap yang tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan, Berdasarkan_kajian-kajian Jampau, Kertas Konsep ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tethadap ‘tahap amalan Kepimpinan transformasional pengetua mengilat faktor umur, tahap pendidikan, ‘tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang. manakala wujudnya perbezaan signifikan tethadap tahap kepuasan kerja guru mengikut faktor umm, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan, PERBINCANGAN Berdasarkan analisis dapatan kajian lepas, secara Keseluruhannya adalah didapati amalan Kepimpinan transformasional pengetua sekolah menengah mempunyai hubvngan pada tahap tinggi, signifikan dan positif dengan kepuasen kerja guru, Penemuan ini bertepatan dengan kajian Bogler (2001), Jamalul Lail et al. (2014), Loy (2002), Mohd Aziz (2008), dan Mohamad Zabidi (2009). Justeru, dapatan Kertas kousep ini berdasorkan kajian-kajian lampau menjelaskan bahawa amalan kepimpinan transformasional pengetua sekolah menengah mempunyai kesan tethadap kepuasan kerja guru Secara keselurulannya, Kertas konsep ini berdasarkan Kajian-kajian lampau mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tethadap tahap amalan kepimpinan transformasional pengettia mengikut faktor umur, taltap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang. Dapatan ini adalah sejajar dengan kajian S. Dom Nambi (2012) dan Almad Farid (2009) yang menunjukkan balawa tidak terdapat perbezaan yang signifiken bagi amlan epimpinan transformasional pemimpin sekolah berdasarkan demograti. Selain itu, kertas Konsep ini berdasarkan kajian-kajian lampau juga mendapati ‘wujudnya perbezaan signifikan terhadap tabap kepuasan kerja guru mengikut faktor umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Dapatan ini adalah sejajar dengan kajian Abdul Main (2003), Ahmad Jawahir (2009) dan Woo (2007) yang mendapati kepuasan kerja guru dipengaruhi oleh faktor demografi mereka yang merangkumi jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar. Namun demikian, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Norhazwani Hassan dan Jamalullail (2016) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tabap kepuasan Kerja guru berdasarkan faktor | Prosiding Seminar Kebangsaan Malis Dekan Pendidikan Universit Awam, 7-8 November 2018 | 445] MEDC 2018 Jentina dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsat. Dalam sistem pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah menengah, hasil daripada dapatan Kertas Konsep ini berdasarkan kajian-kajian lampau mencadangkan bahawa kepimpinan ‘ransformasional merupakan elemen yang sangat penting bagi meningketkan kualiti guru pada masa sekarang. Setiap pengetua perl memberi penekanan dalam dimensi-dimensi kepimpinan transformasional yang membantu meningkatkan kualiti guru sekolah menengah. Kecemerlangan sesebual sekolal adalah bergantung kepada keterlibatan semua pibak terutamanya guri-guru dan juga pengetua sekolah (Fullan, 2011). Ini kerana untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dan terbilang, setiap seKolah perlu memberi perhatian kepada pelbagai cabang bergantung pada kelebihan bakat yang dipunyai oleh guru-guru dan juga para pelajar (Muhyidin, 2013). Hal ini selari dengan hasrat dan matlamat kerajaan bagi memberi penekanan ‘kepada amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) melalui gelombang edua (2016-2020). Maka, semua pengetua sekolah-sekolah menengah perlu meneliti dan memalami setiap dimensi amalan kepimpinan transformasional serta diamalkan kepada seluruh ‘warga sekolah supaya dapat mengubah keadaan semasa ke suatu persekitaran kerja yang lebih cemerlang dan khususnya dapat meningkatkan kualiti guru sekolah menengah. IMPLIKASI Kertas konsep ini ditarapkan dapat merealisasikan anjakan ke-S PPPM 2013 — 2025 iaitu memastikan Kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolal, Ini bermakna kertas Konsep ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memperkukuhkan dasar pendidikan yang digubal dari segi amalan Kepimpinan transformasional dan tahap kepuasan kkerja guru. Kertas Konsep ini juga dapat memberi implikasi kepada pihak KPM, JPN dan PPD untuk menilai dan membuat refleksi semula Keberkesanan kepimpinon transformasional pengetua terhadap kepuasan guru di sekolah. Maklumat yang diperoleh daripada kertas konsep ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan kepada pembinaan satu model kepengetuaan berasaskan konteks dan budaya Malaysia, Dari aspek latihan dalam perkhidmatan (LADAP), pihak berkepentingan seperti unit pembangunan profesional guru akan memperoleh khazanah ilmu dan panduan terutamanya dari segi perancangan latilan Kepimpinan pengetua. Kertas konsep ini boleh dijadikan asas kepada pihak perancang pendidikan untuk menggubal latihan dan dasar perlantikan jawatan pentadbir sekolah di Malaysia pada masa hadapan. Ini turut dapat meningkatkan keberkesanan latibian di mana kemahiran pemimpin dapat dipertingkatkan selepas menghadiri kursus atau bengkel. Dalam pada itu, amalan kepimpinan boleh dipelajari dan ditingkatkan dengan memahami peranan setiap elemen dan dimensi kepimpinan transformasional begi meningkatkan motivasi, ‘kepuasan kerja dan komitmen guru di sekolah masing-masing. Dari aspek pengetua, kertas konsep ini diharap dapat membantu pengetia menilai semula kekuatan dan kelemalan setiap gaya. Hasil daripada kertas konsep ini juga menambah pengetaliuan pengetua berkenaan gaya kepimpinan yang terbaik bagi memastikan segala urusan yang melibatkan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan baik dan seterusnya memimpin guru-guru ke arah pengajaran yang lebih cemerlang. Kertas konsep ini juga dapat membantu pengetua atau bakal pengetua mengaplikasikan jenis gaya kepimpinan yang perlu diwujudkan i sekolah bagi memastikan keselesaan dan Kepuasan kerja guru serta mewujudkan pengurusan sekolah lebih berkesan lagi. Kertas konsep ini juga diharap dapat membantu mempertingkatkan tahap kepuasan kerja guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana pemimpin sekolah akan menyediakan suasana yang terbaik dan Kondusif kepada guru-guru. Maka, keadaan ketidakselesaan di antara pemimpin sekolah dengan guru-guru harap dapat dikurangkan Dengan ini, pengetua akan berupaya mengamalkan gaya kepimpinan yang dapat menjana komitmen | Prosiding Seminar Kebangsaan Malis Dekan Pendidikan Universit Awam, 7-8 November 2018 | 446] MEDS 2018 guru-guru di sekolah yang sememangnya mempunyai hubungan dengan peningkatan akademik pelajar. Akhit sekali, kertas Konsep ini juga dibarapkan dapat berperanan sebagai pembuka ruang kepada penyelidik yang berminat melaksanakan kajian yang lebin mendalam mengenai amalan Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. KESIMPULAN Kesimpulannya, kepimpinan transformasional amat diperlukan untuk membolehkan semua guru dapat menyumbangkan sesuatu berdasarkan kepada bakat dan posisi masing-masing ke arah meningkatkan kualiti guru. Sehubungan dengan itu, pengetua perlu mengambil kira setiap dimensi dalam kepimpinan transformasional sebagai faktor penting dalam kepimpinan mereka Ini adalah kerana keempat-empat dimensi Kepimpinan transformasional tersebut dibuktikan sebagai penyumbang tama kpada Kualiti guru dan seterusnya dapat merealisasikan kecemerlangan khususnya kepada bidang pendidikan, | Prosiding Seminar Kebangsaan Malis Dekan Pendidikan Universit Awam, 7-8 November 2018 | 447 [MEDC 2018 RUJUKAN Abdul Ghani, A. (2005). Kepimpinan wansformasi_pengetua dan penggantian kepimpinan sebagai penentu komitmen tethadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 20: 53-68 Abdul Main bin Haji Salim. (2003). Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dengan Latar belakang, pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Farid, K. (2009). Amalan Kepimpinan transformasi pengetua di sekolah menengah hatian di negeri Perlis. Disertasi Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia. Ahmad Jawahir, T. (2009), Perkaitan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru kanan mata pelajaran (GKMP): satu kajian kes di daerah Jasin dan Melaka Tengah, negeri Melaka. Tesis Sarjana, Universiti Teknikal Malaysia ‘Ali Yassin, S.A, Mohamed Abdiaziz Sidow & Hamdi Salad Guleid. (2013). Leadership styles and jobsatisfaction: empirical evidence from Mogadishu Universities. European Journal of Management Sciences and Economics \(1): 1-10. Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan & Abdullah Saad. (2005). Amalan kepimpinan transformasi & kapasiti Kepimpinan di dua buah sekolal kluster di Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia Baharom, M.. Mohammad Johdi, $. & Che Noraini, H. (2009). Kepimpinan pendidikan berkesan. Prosiding Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-VI. Bass, BM, (1985). Leadership and Performance Bevond Expectation. New York: Free Press. Bass, BM, (1999). Two decades of research and development in transformational leadership. European Journal of Work and Organisational Psychology 8(3): 9-32. Bogler, R. (2001). The influence of leadership style on teacher job satisfaction, Edicational Administration Quarterly 37(5): 662-683 Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row. Cantika & Yuli Sri Budi. (2005). Manajemen Sumber Daya Manusia. UMM Press, Malang. Case, Agnes. (2003). Transformational leadership. Disertasi Dr. Fal, University at Buffalo in Urban School Districts Dinham, $. & Scott, S. (2000), Enhancing teachers professionalism: The need to engage with the thitd domain. ACEA Intemational Conference. Hobart, 9-12 September. Diseitasi Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia Djokosantoso Moeljono. (2005). Cultured: budaya organisasi dalam tantangan, Jakarta: PT Pusteka Binaman Pressindo. Fullan, M. (2011). Choosing the Wrong Drivers for Whole System Reform. Australia: CSE publications. Fullan, M. (2011). Choosing the Wrong Drivers for Whole System Reform. Australia: CSE publications. Fullan, M.G. (1992). Getting reform right: What works and what doesn’t. Phi Delta Kappa 73(10): 744-52. Fuziah Mat Yakop. (2011). Hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dengan amalan organisasi pembelajaran guru di Sekolah Menengeh Kluster. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia Harris, A. (2005). Distributed leadership, Dim. Davies, B. (payt). The Essentials of Schoolleadership. London: Paul Chapman Publishing. Herzberg, F. (1985). The Motivation and Personality. New York: Harper & Row Publishers. Hezereen Jaafar. (2014). Gaya kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah cemerlang dan kurang cemerlang di Sarawak. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hishamuddin Shah, M. Mohd Rizal, A. & Supian Hashim. (2013). Hubungan antara Kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan, Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat, Johor. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 20. Anjuran Institut Aminuddin Baki, 1-4 Julai. | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 448] MEDC 2018, Hunsaker, P.L. (1986). Managing Organizational Behavior. USA: Addison — Wesley Publishing Com. Hussein Mahmood, (2005). Kepimpinan profesionalisme: Satu Utopia? Pemimpin 5(3): 9-51. Jamalul Lail, A.W., Che Fuzlina, M.F., Hazita Ismail & Samsidah Majid. (2014). Headmasters” transformational leadership and their relationship with teachers’ job satisfaction and teachers’ commitments. International Education Studies 7(13): 40 ~ 48. Jazmi Md Isa. (2009). Gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian perbandingan antara SMKA dan SMK. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Joyce, EB. & Timothy, A.J. (2004). Personality and transformational and transactional leadership: a meta-analysis. Journal of Applied Psychology 845): 901-910. Kantrowitz, B. & Wingert, P. (2000). Teachers wanted. Newsweek 136(14): 36-42. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ttp:/Awww.moe.gov.my/images/dasar-kpnvPPP/articlefile_file_003107.pdf, retrieved 11 September 2017, Koh, L.L. (2008). Kepimpinan transformasi terhadap perubahan komitmen guru di beberapa buah sekolah di daerah Petaling. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Leithwood, K.A. (1994). Leadership for school restructuring. Educational Administration Quarterly 30(4); 498-518. Loy, L-H. (2002). Hubungan kepimpinan transformasional pengerua dengan kepuasan kerja guru, Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia. Max Weber. (1968). Economy and Society. New York: Bedminster Press. ‘McShane & Gilnow, (2000). Organizational Behaviour. USA: Irvin McGraw-Hill Mohamad Radzi Saidin, Aziin Nothaini, M. Mohamad Yusotf, M. N. & Jamal Lail, A.W 2014). Kepimpinan transformasional dan komitmen kerja guru di sekolah rendah SBT di negeri Selangor. The 4th Intemational Conference on Leamer Diversity, UKM. Mohamad Zabidi, A. (2009). Kepimpinan transformasi pengetua dan hbungannya dengan kepuasan kerja guru. Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya. Mohamed Khaled, N. (2008). Mengubah senario global dalam pengajian tinggi. Presented at ‘Seminar Pengurusan Akademik IPT 2008. Ogos 2008, Langkawi, Malaysia. ‘Mohd Aziz Saad. (2008). Gaya kepemimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sebuah sekolah dalam daerah Maran, Pahang. Disertasi Dr. Fal, Universiti Malaya. Muhd Al-Muzzammil Yasin & Nazri Mahmood. (2011). Amalan kepimpinan transformasi guru besar dan pengetua dua buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia. ‘Mohyiddin Yassin, (2013), Ucapan Penggulungan: Perhimpunan Agung UMNO 2013. Dewan ‘Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). ‘Mohyiddin Yassin, (2013). Ucapan Penggulungan: Perhimpunan Agung UMNO 2013. Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muksin Wijaya. (2005). Kepimpinan transformasional di sekolah dalam meningkatkan outcomes peserta didik. Jurnal Pendidikan Penabur 5(4). ‘Nadiah, M.A. & Azlin Norhaini, M. (2014). Amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan Kerja guru sekolah cemerlang di daerah seremban. Seminar Antarabangsa Pendidikan Global II, UKM. Nor Fadhilah & Azlin Norhaini, M. (2014). Amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan Kerja guru di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan, Intemational Seminar on Global Education II, UKM Bangi, ‘Nor Hanin Hasran, (2013). Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen gum sekolah menengah di WP Putrajaya. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Norani, M.N. & Ruzilayati Ramli. (2011). Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah teknik daerah Johor Bharu. Disertasi Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia, | Prosiding Seminar Kebangsaan Malis Dekan Pendidikan Universit Awam, 7-8 November 2018 | 449] MEDS 2018 Norhazwani Hassan & Jamalullail, A.W. (2016). Kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah zon Bangsar. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Owens, R.G. (2001). Organizational Behavior in Education: Instructional Leadership and School Reform (7* ed.). London: Pearson Education. Parise, LM., & Spillane, LP. (2010). Teacher learning and instructional change: How formal and on-the-job learning opportunities predict change in elementary school teachers! practice. The Elementary School Journal 110(3): 323-346. Raharjo, Toto Susilo & Durrotun Nafisah. (2006). Analisis pengaruh gaya kepemimpinan tethadap kepuasan Kerja, komitmen orgenisasi dan kinerja karyawan (studi empiris pada departemen agama kabupaten Kendal dan departemen agama kota semarang). Jurnal Studi Manajemen & Organisast 3(2):69-81 Rahimah, H.A. (2005). Kepengetuaan dan Kepimpinan sekolah: pembangunan dan penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin 5. 1-10. Raihana Abd Rahim. (2012). Amalan Kepimpinan transformasi pengarah dan hubungkaitaya dengan Kepuasan kerja tenaga pengajar di IPMa di negeri Melaka-Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Rasid Muhanad. (2007). Kepimpinan transformasional: konsep dan aplikasinya dalam ‘memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Pahang: Universiti Teknologi MARA Pahang. Robiah Sidin. (2003). Teori Pentadbiran Pendidikan, Bangi: Penecbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosmawati Abdullah. (2013). Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan Kepuasan Kerja guru SMK harian di daerah Seremban, Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia S. Dom Nambi. (2012). Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah daera Sarotok, Sarawak. Disertasi Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia. Sabir, S., Sohail, A” & Khan, M.A. (2011). Impact of Leadership Style on Organization Commitment: In AA Mediating Role of Employee Values. Journal of Economics and Behawioral Studies 3(2): 145-152. Schultz, DP. & Schultz, SE. (2001). Psychology & Work Today: An Introduction to Industrial and Organizational Psychology. New Jeisey: Prentice Halls. Sentot, LW. (2011). Kepemimpinan transformasional di sekolah-sekolah Mubammadiyah. Jurnal Manajemen Bisnis \(2): 75 — 87 Slocum, JW. & Hellriegel, D. (2007). Fundamentals of Organizational Behavior. USA: Thomson South Western. Slocum, IW. & Hellriegel, D. (2011). Principles of Organizational Behavior. USA: Thomson South Western. Tay, Elsie. (2008). Kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg. Kajian kes di Sekolah Menengah Canossa Convent, Melaka. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Vicky Butcher & Caroline Milner. (2001). Transformational leadership and moral reasoning Journal of Applied Psychology 81(3): 304-311 Voon, M.L. & Ayob, M.C. (2011). The influence of leadership styles on employees’ job satisfaction in public sector organization in Malaysia. International Journal of Business, Management & Social Sciences 2(1): 24-32. Woo, Y.-L. (2007). Kepuasan Kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik di negeti Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia Zaliha, 1. (2009). Hubungan antara gaya Kepimpinan pengetua sekolah di Malaysia dengan kepuasan kerja. Jurnal Pendidikan Persidangan Kebangsaan Pengeta-pengetua Sekolah ‘Menengah Malysta Johor. | Prosiding Seminar Kebangsaan Mais Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2048 | 450) MEDS 2018, Zoriman, AR. (2013). Hubungen gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Kertas Kerja Proceeding of International Seminar on Educational Comparative in Curriculum for Active Leacning Between Indonesia dan Malaysia, Universiti Utara Malaysia.

You might also like