You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN

ENCIK MOHAMAD AKHIR B. ABDUL LATIF


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PPD MANJUNG

KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

26 MEI 2022

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat Pagi

SALUTASI

Yang berusaha, Ustaz A. Zamri bin Husin, Timbalan PPD (Pembangunan Murid)

Yang Berusaha, Encik Safiee, Penolong PPD (Hal Ehwal Murid)

Yang berusaha, Encik Megat Marwan bin Megat Nizar, Yang DiPertua Majlis
Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Daerah Manjung

Para Fasilitator dan peserta yang dikasihi

1
KATA-KATA ALUAN

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya
maka dapat kita sama-sama berkumpul pada hari yang berbahagia ini dengan
semangat dan iltizam yang tinggi dalam sebuah program latihan, percambahan
idea, pembangun potensi dan bakat murid iaitu KEM PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA (PRS) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MANJUNG

TAHUN 2022

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah untuk semua peserta yang
terpilih menyertai kem ini. Bersyukurlah dan manfaatkanlah ruang dan peluang ini
sebaik mungkin. Jadikan kem ini sebagai pemangkin diri kamu menjadi seorang
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang benar-benar layak, berwibawa dan
mampu memberi manfaat kepada orang lain khususnya rakan sebaya.
Sesungguhnya PRS merupakan satu unit yang sangat penting kepada
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah. Ia merupakan satu
khidmat sokongan kepada guru-guru kaunseling bahawa rakan sebaya
mempunyai keupayaan yang kuat untuk mempengaruhi sikap dan tingkahlaku
rakan-rakannya. Oleh itu jadilah seorang rakan yang boleh mempengaruhi rakan
sebaya ke arah kebaikan, positif dan kecemerlangan.

Tahniah juga saya ucapkan kepada Majlis Guru Kaunseling Daerah Manjung
kerana menganjurkan Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Daerah
dengan menerapkan aspek “team-building” dan pemahaman tentang tugas
mereka yang akan dijalankan.

Saya difahamkan bahawa sepanjang program ini peserta akan didedahkan


kepada asas-asas kemahiran kaunseling dan kemahiran untuk menjadi PRS serta

2
dilatih untuk berkomunikasi secara berkesan agar berkebolehan untuk
mendampingi rakan-rakan yang bermasalah.

Selepas kursus ini, mereka akan diberikan kursus lanjutan melalui bengkel dan
perjumpaan kelompok secara berterusan. Kumpulan ini kemudian akan melatih
dan membimbing rakan mereka di sekolah.

Semoga kem ini berjalan lancar dan dapat melahirkan PRS-PRS berkualiti yang
mampu mengaplikasikan kemahiran dengan lebih baik dalam membantu pelajar
lain, dapat menolong sekolah mengurangkan masalah salah laku disiplin di
kalangan pelajar.

Sebagai renungan semua peserta, sematkan dalam hati untuk jadi orang yang
memberi manfaat. Sebagaimana sabda Nabi
“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT BAGI
ORANG LAIN....“ (HR. AHMAD)

Perbaiki diri sendiri agar menjadi lebih baik dalam semua aspek, baik akademik,
ko-kurikulum, sahsiah dan sebagainya. Bantu diri kita dulu agar kita mampu bantu
orang lain, Sesuai dengan cogankata dan falsafah Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) iaitu BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, dengan ini saya merasmikan


KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like