You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SENAGANG

PETI SURAT 04,


89007 KENINGAU, SABAH

Kepada,

Seperti di dalam lampiran

Tuan / Puan

MESYUARAT UNIT DISIPLIN KALI 1 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita di maklumkan bahawa UNIT DISIPLIN akan mengadakan mesyuarat kali 1
pada butiran berikut :

2.1. Tarikh : 21 April 2022


2.2. Hari : Khamis
2.3. Masa : 10.30 am
2.4. Tempat : Bilik Mesyuarat

03. Antara agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1. Ucapan pengerusi


3.2. Membincangkan perkara baharu :
3.2.1. Pelantikan pengawas sekolah sesi 2022
3.2.2. Pemakaian tali leher murid-murid SK Ulu Senagang Keningau
3.2.3. Pembelian baju pengawas dan tali leher untuk ketua darjah
3.2.4. Aktiviti Unit Disiplin 2022
3.2.5. Mendendakan murid-murid yang melanggar peraturan sekolah seperti :
i. selalu keluar tandas
ii. buat bising dalam kelas
iii. merosakkan harta benda awam
3.3. Hal-hal lain
3.4. Penutup

04. Kerjasama tuan / puan amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

( SAOL ENGOH)
PK HEM
SK Ulu Senagang, Keningau

You might also like