You are on page 1of 1

UNIT KO –KURIKULUM

SK ULU SENAGANG KENINGAU


89008 , Keningau Sabah

Ruj. Kami :
Tarikh :

Kompleks Sukan Keningau


Sabah.

Tuan,

MEMOHON MENJALANI LATIHAN SUKAN MSS ZON LIAWAN

Berhubung perkara diatas,

02. Kami memohon jasa baik pihak kompleks sukan memberikan keizinan untuk pihak SK Ulu
Senagang keningau diberikan kebenaran menggunakan track sukan olahraga di kompleks sukan
untuk persediaan atlet kami menghadapi sukan MSS Zon Liawan yang akan berlangsung pada
28/6/2022.

03. Untuk makluman tuan/puan, aktiviti latihan akan dijalankan pada mengikut ketetapan
berikut:

Hari : Selasa-Khamis
Masa : 2:00pm-4:00pm
Tarikh : 21/6/2022-23/6/2022

(tertakluk kepada pindaan dan makluman)

04. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan demi melahirkan generasi yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.

Sekian dan harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(_____________________________)
Evaritus Thomas@Liansim
Guru Besar

s.k. : Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah XXX


YDP PIBG, SK XXX
Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Fail Setiausaha Sukan Sekolah.
Fail Setiausaha Kokurikulum Sekolah.

You might also like