You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG

KERTAS KERJA
SUMBANGAN
PENGOPERASIAN PEMBUKAAN
SEKOLAH

HAL EHWAL MURID


2022
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan agar semua warga sekolah untuk
sentiasa menjaga SOP sepanjang berada di dalam kawasan persekitaran sekolah
Oleh itu, pihak sekolah telah menyediakan sabun, tong air, tuala, hand sanitizer,
pelitup muka bagi setiap kelas untuk memastikan murid selamat dan bebas daripada
jangkitan Covid-19. Buku kawalan disiplin,pas keluar kelas dan pas ke surau juga
digunakan untuk memantau pergerakan murid agar murid tidak berkumpul. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk memastikan kawasan sekolah
selamat untuk semua warga sekolah. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah
memerlukan sumbangan daripada PIBG untuk membekalkan keperluan dan
peralatan Covid -19 untuk tujuan pembukaan sekolah bagi sesi 2022

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendapatkan sabun, tuala dan tong air bagi membolehkan murid membersihkan
tangan khususnya pada waktu rehat.

2.2 mendapatkan hand sanitizer untuk kegunaan di kelas dan bilik-bilik khas

2.3 Memantau pergerakan murid melalui penggunaan kad keluar kelas

2.4 Memastikan kawasan sekolah selamat untuk murid dan semua warga SK Sri
Serdang

3.0 RASIONAL

Peralatan dan kelengkapan Covid-19 sentiasa dipantau oleh pentadbir, guru-guru


dan pekerja pembersihan sekolah untuk memastikan semua kelengkapan ini
sentiasa ada dan mencukupi bagi setiap kelas di SK Sri Serdang. Oleh itu pihak
sekolah sentiasa peka dengan kekurangan peralatan ini dan sangat berharap agar
PIBG menyalurkan sumbangan supaya pihak sekolah dapat membekalkan
keperluan kepada setiap kelas secara berterusan.
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA
JUMLAH
1 Sabun RM 130.00
2 Sanitizer RM 330.00
3 Pas keluar kelas RM 150.00
4 Tuala 15 Dozen RM 150.00
5 Tong Air 5 Unit Rm250.00
Keceriaan utk kelas 49 kelas RM 2450
( RM 50 X 49 kelas )
Jumlah RM 3460.00

 Jumlah keseluruhan ialah RM 3460.00

5.0 KEWANGAN

Tiada sumber kewangan

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua kelas tahun 1 hingga 6 (49 kelas)

7.0 PENUTUP

Pihaksekolah sangat berharap agar PIBG dapat mempertimbangan permohonan ini


dengan sebaik mungkin agar semua murid mendapat manfaat daripada sumbangan
yang diberikan. Diharapkan agar PIBG sentiasa berganding bahu dengan pihak
sekolah dan cakna dengan keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh semua
murid agar murid sentiasa dalam keadaan sihat, tidak bergejala dan bebas dari
jangkitan Covid-19.
Disediakan oleh :

……………………………………

(ASMAHERAM BINTI CHE AWANG)

Penolong Kanan HEM

Sekolah Kebangsaan Sri Serdang

Disahkan oleh :

…………………………………….

(MD NASRI BIN SUPIAN)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sri Serdang

You might also like