You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK


SENA, 06400 POKOK SENA, KEDAH

1. DIKEMUKAKAN OLEH:

Guru Bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Untuk menceriakan lagi bilik bimbingan dan kaunseling supaya


dapat menarik minat warga sekolah untuk mendapatkan khidmat
kaunseling yang disediakan
2.2 Untuk mewujudkan suasana bilik kaunseling yang lebih yang lebih
kondusif dan teraputik supaya sesi kaunseling yang dijalankan
dapat berjalan dengan lebih lancar
2.3 Untuk mewujudkan bilik kaunseling yang menepati ciri-ciri sebenar
fungsi Bilik Bimbingan dan Kaunseling

3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang semakin


diperlukan di sekolah-sekolah rendah
3.2 Bimbingan dan Kaunseling dapat memberi sumbangan dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di sekolah

4. CADANGAN PERBELANJAAN

(SILA LIHAT LAMPIRAN YANG DISERTAKAN)


LAMPIRAN

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PROJEK KECERIAAN BILIK


BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

Barang-barang Harga (RM)

1. Cat 100.00
2. Tikar getah (20 x 20 kaki) 100.00
3 Bunga plastik 50.00
4. Fail plastik (6 x 5.00) 30.00
8. Kain meter (10 x2.00) 20.00
9. Upah jahit 10.00
10. Almari 400.00
11. Pelapik kaki 5.00
12. Alat-alat tulis 200.00
13. Lain-lain 100.00
14. Set Kusyen 500.00

JUMLAH RM 1515
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Pendang
0640 Pokok Sena
Kedah Darul Aman

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena
06400 Pendang
Kedah Darul Aman 3 Januari 2008

Tuan,
Memohon Peruntukan Bagi Projek Keceriaan Unit Bimbingan dan
kaunseling

Merujuk kepada perkara di atas, Unit Bimbingan dan kaunseling, Sekolah


Kebangsaan Pokok Sena, ingin memohon peruntukan dari pihak tuan bagi
perkara yang tersebut di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, tujuan memohon peruntukan ini adalah untuk
menguruskan bilik bimbingan dan kaunseling supaya kelihatan cantik dan ceria.
Tujuannya untuk menarik minat pelajar supaya masuk ke bilik untuk menjalani
sesi kaunseling.

3. Bersama-sama ini dilampirkan bersama bajet yang diperlukan bagi Projek


Keceriaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Diharap pihak tuan dapat
menimbangkan permohonan ini kerana projek ini adalah untuk faedah
keseluruhan warga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kedah.

4. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan


terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________

(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.

You might also like