You are on page 1of 4

STANDARD 1

Kemahiran memilih kaedah pentaksiran


yang bersesuaian dalam membuat
keputusan yang berkaitan dengan
pengajaran
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and
National Education Association

Melalui Standard 1 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan


dan kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang
boleh dipilih oleh guru berpandukan kepada tujuan pentaksiran dijalankan
sama ada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning),
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran
boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal.

STANDARD 2
Teachers should be skilled in developing
assessment methods appropriate for
instructional decisions
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and
National Education Association

Kemahiran dalam membina kaedah


pentaksiran yang bersesuaian untuk
membuat keputusan berkaitan dengan
pengajaran

Melalui Standard 2 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan


dan kemahiran membina kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan
tujuan pentaksiran tersebut dijalankan. Guru dapat meningkatkan ilmu dan
kemahiran membina item serta instrumen berdasarkan prinsip pembinaan
ujian yang dapat mengukur konstruk yang hendak diukur. Ini termasuklah
kaedah pembinaan item objektif, subjektif, item yang menguji kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan tugasan pentaksiran autentik.

STANDARD 3
Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan
mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang
dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada
kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar
dan/atau daripada ujian buatan guru.
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and
National Education Association
Melalui Standard 3 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam mentafsir hasil-hasil pentaksiran formal dan tidak
formal daripada ujian buatan guru. Guru juga diberi kemahiran dalam
mentadbir ujian-ujian pencapaian piawai dan mentafsir laporan-laporan
skor yang biasa seperti pangkat persentil, skor puncak persentil, skor
standard dan gred setara. Selain itu, guru juga diberi pemahaman tentang
konsep terhadap laporan dan rumusan indeks yang biasa dilaporkan
berkaitan dengan hasil-hasil pentaksiran seperti kecenderungan memusat,
sebaran, pertalian, kebolehpercayaan dan kesilapan-kesilapan dalam
pengukuran.

STANDARD 4
Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil
pentaksiran apabila membuat keputusan
mengenai murid secara individu,
perancangan mengajar, pembinaan
kurikulum dan pemajuan sekolah.
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and
National Education Association

Melalui Standard 4 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan


dan kemahiran dalam mengumpul maklumat-maklumat pentaksiran dan
menggunakan maklumat-maklumat pentaksiran untuk merancang dan
mengelola pengajaran. Guru-guru juga diberi kemahiran dalam
menyampaikan maklum balas hasil-hasil pentaksiran daripada peringkat
sekolah, PPD, JPN dan KPM tentang kesesuaian hasil pentaksiran
digunakan untuk kemajuan murid di dalam kelas, sekolah, daerah, negeri
dan negara.

STANDARD 5
Kemahiran dalam membina prosedur-
prosedur penggredan murid yang sah
menggunakan hasil pentaksiran murid.
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and
National Education Association

Melalui Standard 5 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan


dan kemahiran dalam membina, melaksana dan menerangkan setiap
prosedur untuk mencipta, mengubahsuai gred terhadap markah-markah
dari pelbagai tugasan yang guru berikan. Guru juga berkemampuan dalam
menjelaskan secara rasional dalam membuat pertimbangan atau
ketetapan dalam memberi gred dan mengenal pasti dan mengelakkan
prosedur penggredan yang silap bagi meningkatkan kesahan pentaksiran.

You might also like