You are on page 1of 11
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Tel : +603-88849586 (Aras 3) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan — +603-88849370 (Aras 4) 62604 PUTRAJAYA Faks : +603-88840315 MALAYSIA Laman Web : wwww.moe.aov.my Ruj. Kami: KPM.600-9/2/2 ( 64 ) Tarikn — : D3 September 2022 Seperti Senarai Edaran YBhg. Dato’/Tuan/Puan, PERINGATAN BERHUBUNG PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022/2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimakiumkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), melalui Laporan Tinjauan Cuaca Bagi Tempoh September 2022 Hingga Februari 2023 bertarikh 29 Ogos 2022 telah memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada November 2022 dan berakhir pada Mac 2023. Semasa fasa ini, keadaan cuaca seperti ribut petir, angin kencang dan hujan lebat berpotensi menyebabkan banjir Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap tahap keselamatan dan kebajikan murid dan sekolah semasa musim banjir. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah hendaklah mengambil langkab-langkah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir di kawasan masing-masing dengan merujuk dan mematuhi surat-surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 4. Jawatankuasa pengurusan bencana pada semua peringkat seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2021 : Penambahbaikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah memain peranan masing-masing dalam tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir. Pihak sekolah juga perlu merujuk kepada Surat Siaran KPM Bil.8/2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016. ‘Sil catatan ajukan Bahagion ini apabia berhubung KPM.600-9/2/2 ( (4 ) 5, Bersama-sama ini disertakan Panduan Menghadapi Banjir di Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti dalam Lampiran 4 untuk rujukan dan tindakan. Untuk makluman pihvak YBhg. Dato’tuan/puan juga, maklumat dan ramalan cuaca terkini boleh diperoleh menerusi laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hotline MET Malaysia serta melalui aplikasi infoBencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 6. _Pihak YBhg. Dato'ftuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan kandungan surat ini kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran masing-masing. Sekiranya tefdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pegawai kami Encik Mohd Fakarudin bin Hussain, Sektor Pengurusan Kebajikan dan Kesihatan Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sedia dihubungi di alamat e-mail mfakarudin.hussain@moe.gov.my atau telefon 03-88830640. Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato'/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih, Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yarff menjalankan amanah, (ZAINAJ. BIN ABAS) Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia -nififupkk/sept2022 ‘Sil catathan ryjukan Bahagian in apablla berhubung KPM.600-9/2/2 ( (4) SENARAI EDARAN 1 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya ‘Sil cataan rjuken Bahagion i apabila berhubung LAMPIRAN 1 PANDUAN PENGURUSAN BANMJIR DI PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN 4. Tindakai NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA n Sekolah 1.1.Sebelum Banjir 4.4.4 1.16. 1AT. 1.1.8. Menubuhkan dan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah dengan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil, 6/2024: Penambahbaikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi banjir. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. Sentiasa peka dengan situasi semasa dengan mendapatkan maklumat dan ramalan cuaca terkini menerusi laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hotline MET Malaysia serta melalui aplikasi infoBencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menyimpan dokumen dan barangan berharga di tempat tinggi dan selamat (terutamanya jika sekolah yang memang kerap atau mudah dilanda banjir). Memastikan bilik menyimpan buku teks ditempatkan di tingkat atas (sekiranya sekolah berkenaan mempunyai bangunan lebih dari satu tingkat). Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor telefon jabatanjabatan atau individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau banji. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau banjir berlaku seperti loud hailer, portable radio, lampu ‘suluh kalis air, tali dan lain-lain. ‘Sil catatkan rujukan Bahagian il apabla borhubung 4.1.9. 4.1.10, 4.4.11. Memastikan stok bekalan makanan kering yang mencukupi disediakan dan disimpan di tempat tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk mengelakkan bekalan makanan murid tidak terputus sementara menunggu bantuan dari luar. Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi dan sedia digunakan pada bila- bila masa. Jaket keselamatan boleh dipinjam dari Pusat Kokurikulum berdekatan. Mengingatkan pengawal keselamatan, guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 4.2.Semasa Banjir 1.24 1.2.2. 1.2.3. 1.2.4, 1.2.5, 1.2.6. 1.2.7, Memaklumkan dengan segera kepada jabatan/agensi berkaitan seperti JPN, PPD, Polis, Bomba, PIBG, ibu bapa/penjaga seperti yang tersenarai_ dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Petingkat Sekolah untuk mendapatkan bantuan dan arahan berkaitan. Merujuk kepada JPN/PPD untuk mendapatkan panduan dan tindakan yang perlu diambil oleh sekolah, Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang lebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah. Mendapatkan bantuan penduduk kampung atau masyarakat setempat untuk memindahkan harta benda sekolah dengan segera. Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda banjir untuk mengelakkan bahaya litar pintas. Mengatur dengan pihak JPN/PPD supaya guru yang sekolah dilanda banjit untuk bertugas di PPD/sekolah yang bethampiran dengan kediaman mereka. Mengurus supaya murid yang sekolah mereka dilanda banjir tetapi tempat kediaman mereka tidak dilanda banjir agar dapat ditumpangkan belajar di sekolah berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir sehingga banjir surut serta memaklumkan perkara ini kepada JPN/PPD. Sila cattken rejuken Bahogian ini apabile Berhubung 1.2.8. 1.2.9, Memastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah jika premis sekolah tidak ditenggelami oleh banjir sepenuhnya. Menyediakan laporan harian untuk dihantar kepada JPN/PPD. 1.3, Setelah Banjir Surut 1.3.1, 1.3.2. 1.3.3. 1.3.4. 1.3.5. 1.3.6. 1.3.7, 1.3.8, 1.3.9. 1.3.10. Mengaturkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan. Memberi kerjasama kepada agensi luar yang ingin menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan dalam aspek pembersihan sekolah atau lain-tain, Melaporkan status semasa keadaan banjir kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah Mendapatkan perkhidmatan juruteknik bertauliah dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian bangunan yang ditenggelami banjir sebelum digunakan. Menyenaraikan jumlah kerosakan alat/perabot (kerusi, meja, almari dan lain-lain) untuk direkod bagi tujuan pelupusan. Mengadakan gotong-royong bersama-sama PIBG untuk memperbaiki kerusi, meja dan peralatan yang tidak mengalami kerosakan teruk. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu dimaklumkan ke JPN/PPD untuk mendapat bantuan tersebut. Mengaturkan pinjaman buku teks dari sekolah yang tidak terlibat dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok) bagi kegunaan murid yang terkesan. Melaporkan kerosakan buku teks mengikut mata _pelajaran, tahun/tingkatan dan kuantiti kepada JPN/PPD untuk penggantian. Mengaturkan peminjaman peralatan (kerusi, meja dan lain-lain) dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok) bagi kegunaan murid dengan kerjasama JPN/PPD, ‘Sila catatkan juken Bahagian Wi epabila beriubung 1.3.11 1.3.12. 1.3.13, 1.3.14, 4.3.15, 1.3.16, 1.3.17, 1.3.18, 1.3.19. Menyenaraikan jenis dan jumlah peralatan (kerusi, meja, almari dan lain- lain) yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD dan JPN. Pesanan ini perlu dibuat dengan SEGERA. Membuat anggaran nilai peruntukan yang diperlukan bagi penggantian dan baik pulih peralatan dan premis kepada JPN/PPD. Memaklumkan kepada semua guru, staf sokongan, PIBG dan ibu bapa/penjaga tentang tarikh sekolah akan beroperasi semula Memaklumkan kepada murid yang kediaman mereka dilanda banjir bahawa mereka boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa sekiranya pakaian mereka telah musnah semasa banjir Menggalakkan murid yang kediaman mereka tidak terlibat dengan banjir/telah pulih dari ditanda banjir untuk datang ke sekolah. Menjemput pegawai kesihatan dari Klinik kesihatan yang berhampiran untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid sekolah, Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kewangan yang disediakan oleh KPM seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Kecemasan dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan kepada murid. Bekerjasama dengan PIBG mendapatkan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh murid dan warga sekolah yang terkesan dalam bentuk wang ringgit, pakaian, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain. Pungutan boleh dibuat dalam kalangan guru-guru, staf sokongan, ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat yang tidak terlibat, dengan bencana, Menyediakan laporan keseluruhan kepada JPN/PPD. 2. Tindakan Sekolah Sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) (Sila baca bersama-sama Garis Panduan Penggunaan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidkan Malaysia Sebagai Pusat Pengurusan dan Pengoperasian COVID-19 atau Pusat Penempatan Sementara Mangsa Bencana yang dikeluarkan oleh KPM nombor rujukan KPM KPM.100-1/3/1 Jid.6 (31) bertarikh 23 Jun 2021) ‘lia cattkan rujaken Behagian ini apabila berubungy 2.1. Sebelum Banjir 2.4.1. 2.4.3. 244. 2165, 2.1.6, 247. Memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih dan terkawal setiap masa, Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas serta peralatan yang berkaitan dengannya dalam keadaan baik. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada JPN/PPD sekiranya sekolah dicadangkan untuk menjadi PPS. Mengenal pasti premis sekolah yang boleh digunakan sekiranya penempatan mangsa banjir dilaksanakan. Keutamaan untuk penempatan mangsa adalah dicadangkan di dewan, bilik-bilik darjah, kantin dan asrama. Cuba elakkan penggunaan pejabat sekolah, bilik guru, makmal, perpustakaan, bengkel-bengkel serta stor sukan untuk tujuan tersebut. Mengenal pasti peralatan sekolah yang boleh digunakan sekiranya penempatan mangsa banjir dilaksanakan. Sediakan tong sampah yang secukupnya untuk kegunaan di premis- premis yang akan digunakan untuk penempatan mangsa banjir. Memaklumkan perkara ini kepada semua guru, anggota kumpulan pelaksana, murid dan PIBG. 2.2, Semasa Banjir 2.2.1. 2.2.2. 2.2.3. 2.24. 22.5, Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah untuk menempatkan mangsa banjir di sekolah, Merekodkan segala peralatan sekolah yang dipinjamkan untuk tujuan audit dan pelaporan kerosakan, Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di kantin (jika dipertukan). Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa sekiranya premis yang digunakan tidak menggunakan bilik darjah. Mengenal pasti murid dalam kalangan mangsa banjir yang boleh ditumpangkan belajar di sekolah berkenaan serta mengaturkan urusan dan keperluan persekolahannya. Sila rujuk Surat Siaran KPM Bil.8/2016: ‘Sila catathan njukan Bahagian hl apablla berhubung 2.2.6. 22.7. 2.2.8. 2.2.9. 2.2.10. 2.2.11. 2.2.12. 234 2.3.2. 2.3.3. Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana. Membuka kelas sesi petang untuk menumpangkan murid dan guru bagi sekolah yang berhampiran yang dilanda banjir. Jika murid diminta bercuti kerana premis digunakan sepenuhnya, pastikan hari persekolahan tersebut digantikan sebanyak mana cuti telah dibuat pada hari Sabtu yang ditetapkan. Perkara ini perlu dimaklumkan kepada PIBG, ibu bapa/penjaga dan murid. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu memberikan khidmat sokongan emosi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah. Menugaskan guru-guru secara bergilir-giir untuk — membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah menjalankan tugas di PPS. Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan terkawal keselamatannya oleh pengawal keselamatan sekolah. Melaporkan kepada Bilik Gerakan Banjir JPN/PPD dari semasa ke semasa tentang status dan keadaan terkini pengurusan penempatan mangsa banjir di sekolah. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah dalam pengurusan PPS. Selepas Banjir Mengadakan gotong-royong membersinkan kawasan dan premis yang digunakan sebagai PPS dengan kerjasama guru-guru, anggota kumpulan sokongan, murid, PIBG, masyarakat dan agensi setempat. Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di premis kepada JPN/PPD. Menyediakan laporan terperinci kepada JPN/PPD. 3. Sekolah Yang Menumpangkan Murid Dari Sekolah Yang Banjir 3.1, Memaklumkan bahawa sekolah telah dipilih untuk menumpangkan murid dari sekolah yang dilanda banjir kepada warga sekolah dan ibu bapalpenjaga. 3.2. Menerima murid dan guru yang menumpang tanpa syarat. ‘Sila catetkan njukan Bahagian in apabia bernubung 3.3.Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi murid dan guru yang menumpang tanpa syarat. 3.4, Menyediakan senarai kehadiran murid dan guru. 3.5, Murid hendaklah ditumpangkan mengikut tahap Kelas atau tingkatan. 3.6. Melaporkan status terkini kepada JPN/PPD. Tindakan JPN dan PPD 4.1. Mengeluarkan surat peringatan persediaan menghadapi banjir kepada sekolah: 4.2 Menyediakan bilik gerakan banjir di JPN/PPD. 4.2. Membantu pihak sekolah terhadap tindakan sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir 4.3. Membuat hebahan tentang sekolah yang menumpangkan murid dari sekolah yang dilanda banjir kepada warga sekolah. 4.4 Mengatur bersama-sama pihak pentadbir sekolah supaya guru yang sekolah mereka dilanda banjir untuk bertugas di PP/ sekolah yang berhampiran dengan kediaman mereka, 4.5 Mengaturkan agihan buku teks daripada sekolah yang tidak terlibat dengan banjir di dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok) bagi kegunaan murid yang terkesan. 4.6 Membantu mengaturkan peminjaman peralatan (kerusi, meja dan lain-lain) dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok) bagi kegunaan murid sekolah selepas banjir surut, 4.7 Menghadiri mesyuarat dan melapor kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah status banjir di negeri/daerah masing-masing. 4.8 Menghantar laporan harian dan keseluruhan kepada KPM. 4.9. Memaklumkan jumlah kerosakan bagi memohon peruntukan penggantian dan baik pulih peralatan serta premis sekolah yang banjir atau sekolah sebagai PPS. kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah ‘Sila catekan rijkan Bohagian ini apabila borhubung 440Membuat permohonan peralatan (kerusi, meja, almari dan lain-lain) yang diperlukan oleh sekolah dengan SEGERA dengan mengemukakan anggaran nilai peruntukan yang diperlukan bagi penggantian dan baik pulih peralatan dan premis kepada KPM. 4.11Membuat permohonan perbekalan penggantian buku teks mengikut mata pelajaran, tahun/tingkatan dan kuantiti yang diperlukan kepada KPM (Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan). 4.12Menyelaras kerjasama agensi luar yang ingin menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan dalam aspek pembersihan sekolah atau lain-lain, ‘Sia calatkan rjuken Bahagian ink apabila borhubung

You might also like