You are on page 1of 3

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya

tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem


persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada
pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat
beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di
kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan


awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh
yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak
dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap
masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-
anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di
samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada
anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah


buli di kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi
minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-
rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya
pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik
pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu
bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab
sosial mereka untuk menangani masalah buli.

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting


dalam membendung gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang
pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan
peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang
keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-
pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi
kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar
berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar
menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan
pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana,
rakan sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang
pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya
yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan
dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah


buli di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja
mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai
 Pendidikan Agama
Langkah paling penting dalam membendung masalah buli ini adalah dengan
pendidikan agama. Agama Islam yang telah sempurna menyediakan peraturan dan
panduan yang lengkap untuk manusia menjalani hidup dengan penuh bernilai.
 Peranan Media
Media massa sama ada elektronik dan cetak seharusnya memainkan peranan yang
sepatutnya kerana media merupakan alat yang cukup berkesan dalam mempengaruhi
tindakan manusia. Sepatutnya pihak media tidak menayangkan program yang
berunsurkan jenayah dalam masyarakat.
 Penguatkuasaan Peraturan
Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan perlu dikuat-kuasakan supaya para pelajar
lebih patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan.
 Poster
Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman
masyarakat tentang masalah ini meningkat.
 Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)
Pihak kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti
yang dapat memberi penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam
masyarakat.

You might also like