You are on page 1of 1

Tema : Jati diri yang unggul

Kehendak soalan : Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk jati diri anak-anak yang
unggul

1. Imam Al-Tirmidzi (824-892), ahli hadis dan pengarang kitab agama yang
masyhur ada berkata, " Tiada suatu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik.”
Pandangan ini menunujukkan betapa vital ibu bapa dalam mencorakkan anaknya agar
menjadi modal insan yang berguna. Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling
berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan
berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama.
Masyarakat sarwajagat perlu sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Jadi, masyarakat perlu menggalas obligasi untuk membentuk jati
diri yang unggul dalam halakah generasi baharu supaya pemimpin masa depan
negara yang berketrampilan dan kompetitif dapat dizahirkan. Menurut kajian ahli
sejarahwan, kes keruntuhan jati diri dalam halakah golongan sanmura lebih banyak
jika dibandingkan dengan anak-anak pada Zaman Paleolitik. Persoalan yang perlu
dirungkai secara holistik dan mendalam lagi terperinci maka persoalan yang terus
menimbulkan tanda soal dalam cepu fikiran saya ialah apakah peranan ibu bapa
dalam usaha membentuk jati diri anak-anak yang unggul?
2.

You might also like