You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT CARA GURU MENCAPAI PERKEMBANGAN OPTIMUM CADANGAN TEKNIK MODIFIKASI TINGKAHLAKU RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN 2 7 13 14 15

1|

c. Cara-cara guru membantu murid mencapai perkembangan optimum dengan mengambil kira perbezaan individu Antara isu yang sering menjadi tajuk utama dalam perbincangan antara guru-guru adalah perbezaan individu pelajar di dalam kelas. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat melihat perbezaan individu yang ketara di kalangan murid di dalam sesebuah kelas tersebut. Perbezaan individu ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada aspek perkembangan individu pelajar terbabit yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik dan juga persekitaran. Guru-guru biasanya akan mendapati terdapatnya ketidaksamaan yang ketara dalam perkembangan individu pelajar. Menurut Shahabuddin (2003), perbezaan individu adalah merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Antara perbezaan individu yang boleh dilihat termasuklah perbezaan dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi. Perbezaan fizikal misalnya mudah dikesan dalam perkembangan seseorang pelajar terutamanya di kalangan pelajar sekolah rendah. Perbezaan fizikal yang boleh dilihat termasuklah aspek-aspek seperti ketinggian dan berat badan seseorang pelajar. Individu juga berbeza daripada segi tahap penglihatan dan pendengaran. Oleh itu, boleh dikatakan setiap individu yang terdapat di dunia ini unik. Tidak ada individu di dunia ini yang mempunyai persamaan seratus peratus walaupun mereka yang dilahirkan kembar sekalipun tetap menunjukkan perbezaan daripada aspek-aspek tertentu seperti perkembangan fizikal, pembentukkan tingkah laku dan kebolehan intelek. Di negara kita sendiri, seperti yang kita sedia maklum terdiri daripada pelbagai bangsa dan juga kaum. Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, sudah pastilah terdapat perbezaan yang amat ketara terutamanya daripada segi fizikal yang menyebabkan setiap individu adalah berbeza daripada individu lain (Halizah H. et al., 2008). Dalam konteks pendidikan pula, seorang guru haruslah peka dan memahami perbezaan individu ini supaya perkembangan yang optimum dapat dicapai. Akibat daripada perbezaan yang wujud, maka akan timbul masalah terutamanya di kalangan
2|

pelajar yang sudah semestinya perlu ditangani oleh guru. Pada kebiasaannya, masalah-masalah yang akan timbul adalah berkaitan dengan bentuk fizikal atau badan seseorang pelajar. Ada juga pelajar yang mengalami masalah perasaan rendah diri akibat daripada tahap kecerdasan yang rendah berbanding pelajar lain. Oleh kerana itu, guru perlu mempunyai kefahaman mengenai perbezaan individu supaya sebarang masalah yang timbul diantara pelajar akibat daripada perbezaan individu dapat diselesaikan. Selain fizikal, perbezaan emosi juga merupakan elemen perbezaan yang penting dalam membezakan individu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira takut dan lain-lain. Oleh itu, emosi disini merujuk kepada kebangkitan perasaan dalaman yang berlaku dalam diri seseorang. Kebangkitan dalaman ini berlaku sebagai reaksi terhadap sesuatu benda atau situasi yang tertentu. Umpamanya apabila seseorang itu berjumpa dengan seekor ular, dia akan berasa cemas. Keadaan ini dikenali juga sebagai bangkitan emosi. Bangkitan emosi pula boleh dibahagikan kepada bangkitan emosi positif dan negatif. Emosi positif adalah seperti perasaan gembira, cinta dan berkasih sayang manakala emosi negatif seperti perasaan takut, dengki dan benci. Emosi negatif ini perlu dikawal kerana ianya boleh memudaratkan seseorang individu tersebut (Shahabudin, 2003). Disinilah peranan guru dalam mengawal emosi murid yang biasanya masih tidak mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah selain sering bersikap terburu-buru dalam mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku akibat tindakan mereka. Ini semua adalah pengaruh daripada emosi negatif. Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui komponenkomponen emosi yang terdiri daripada perubahan fisiologi, tingkah laku dan kesedaran kognitif supaya perkembangan murid dapat dapat berlaku dengan sempurna. Perbezaan mental juga memberi kesan yang penting dalam perkembangan murid dimana perbezaan ini akan memberi kesan terhadap penerimaan pembelajaran seseorang murid. Terdapat murid yang begitu cepat menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan ada juga murid yang sebaliknya. Murid-murid yang lemah dari segi mental ini mempunyai potensi untuk berjaya seperti rakan mereka yang lain
3|

sekiranya mempunyai daya usaha yang tinggi. Oleh itu, guru perlu memberi bimbingan, semangat dan menghuraikan kekusutan murid dalam menghadapi pelajaran seharian. Perbezaan sosioekonomi juga mempengaruhi perbezaan individu. Status sosioekonomi merujuk kepada suatu bentuk pengukuran prestij dalam suatu kumpulan sosial yang tertentu. Hasil pengukuran seterusnya akan menunjukkan martabat seseorang. Pada kebiasaannya, status sosioekonomi diukur berdasarkan pendapatan seseorang individu atau isi rumah. Taraf pendidikan juga memberi petunjuk kepada status sosioekonomi seseorang. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin tinggi status sosioekonominya. Dari segi pendapatan pula, semakin tinggi pendapatan, maka tinggilah status sebaliknya status sosioekonomi individu semakin rendah apabila pendapatannya juga adalah rendah. Kesannya, murid yang berasal daripada keluarga yang berpandapatan tinggi iaitu status sosioekonominya tinggi mengalami

perkembangan secara optimum. Murid memperoleh makanan yang seimbang yang akan membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sempurna. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan tinggi mampu menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak mereka (Sharifah A., 1992). Berbeza dengan murid dengan status sosioekonomi yang rendah, mereka kurang berpeluang menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Merid-murid ini mempunyai kekurangan daripada segi pembelajaran dan perkembangan intelek. Ini adalah disebabkan kurangnya bahan-bahan pembelajaran dan tidak berpeluang memiliki bahan pembelajaran yang sesuai akibat kekangan kewangan. Mereka juga rendah dari segi aspirasi demi mencapai kejayaan dalam pembelajaran dan kehidupan. Konsep kendiri mereka juga rendah jika dibandingkan dengan murid berstatus sosioekonomi tinggi. Dari segi personaliti pula, murid ini mempunyai sifat introvert, kurang bergaul dengan rakan-rakan lain dan sukar untuk mengemukakan pendapat jika disoal. Oleh kerana terdapat perbezaan individu ini yang seterusnya mempengaruhi perkembangan murid, maka guru haruslah memainkan peranan secara aktif supaya jurang perbezaan antara murid-murid ini dapat dikurangkan dan seterusnya dapat membantu murid mencapai perkembangan yang optimum terutamanya dalam
4|

pembelajaran. Antara peranan yang boleh diambil oleh guru sebagai orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan murid ini ialah menjalankan aktiviti pemulihan. Aktiviti ini harus diberikan kepada murid-murid yang tertinggal dari segi penguasaan isi kandungan mata pelajaran tertentu. Murid berkenaan tidak mampu menguasai sesuatu mata pelajaran mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan, lemah atau lambat menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, aktiviti pemulihan yang dijalankan hendaklah bertujuan agar masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dapat dikurangkan dan seterusnya masalah tersebut dapat diatasi. Aktiviti pemulihan ini biasanya akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap keyakinan murid. Guru juga boleh menjalankan aktiviti pengayaan yang bertujuan bagi memperbanyakkan dan mengembangkan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran murid dalam sesuatu bidang ilmu. Pengayaan hanya diberikan kepada murid-murid tertentu yang berjaya menguasai atau mencapai matlamat yang ditetapkan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Matlamat yang ditetapkan mungkin dalam bentuk penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu (Salleh L., 1999). Aktiviti ini dijalankan biasanya serentak dengan aktiviti pemulihan. Contohnya dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang menjalani aktiviti pemulihan dan terdapat juga murid yang menjalani aktiviti pengayaan. Ini bagi memastikan murid yang telah menguasai sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran tersebut tidak berasa bosan dan tidak perlu lagi mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh guru. Bagi tujuan ini, guru-guru haruslah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya proses tersebut menjadi lebih menarik dan mencabar terutamnya bagi murid-murid cerdas. Aktiviti pengayaan juga akan mengembangkan bakat semulajadi murid. Ia juga dapat membentuk keyakinan diri yang tinggi. Selain daripada itu aktiviti pengayaan dapat melahirkan sifat kepimpinan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, guru mestilah merancang aktiviti yang kreatif dan memupuk semangat berdikari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Satu lagi kaedah yang boleh dijalankan oleh guru bagi mengurangkan masalah perbezaan individu dan dapat merangsang perkembangan murid ialah melalui kaedah Dalton. Dalam kaedah Dalton ini, prinsip yang terpenting ialah prinsip kebebasan
5|

berinteraksi dalam kumpulan atau antara individu. Aktiviti perbincangan antara guru dan murid merupakan salah satu aktivit pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan prinsip dalam kaedah Dalton. Murid turut digalakkan memilih tugasan sendiri yang berkaitan dengan minat mereka. Tugas guru hanyalah membimbing murid tersebut supaya mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, bagi tujuan pelaksanaan, murid dikehendaki menyelasikan tugasan dengan sempurna dan guru akan merekodkan hasil tugasan dalam rekod kemajuan murid. Seterusnya kaedah kumpulan boleh dijalankan terutamanya bagi mengurangkan perbezaan murid di dalam kelas. Murid-murid di dalam sesebuah kelas akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan tertentu berdasarkan prinsip pencapaian dan kebolehan akademik. Sekiranya terdapat kumpulan murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi, maka mereka akan diberikan aktiviti pengayaan dan dalam masa yang sama guru boleh menumpukan perhatian kepada kumpulan pelajar yang lemah melalui aktiviti pengayaan. Akhir sekali, bimbingan daripada guru kaunseling juga dapat membantu murid dalam mencapai perkembangan secara optimum. Kaunseling adalah perlu kerana setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, kesedaran dan penerimaan kekuatan dan kelemahan tersebut dirasakan amat penting oleh seorang murid. Mereka boleh mendapatkan pandangan guru kaunseling bagaimana untuk mengesan kekuatan dan kelemahan diri mereka terutamanya dagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap kekuatan yang ada pada diri murid perlu dikekalkan dan dikukuhkan manakala kelemahan yang ada pada diri pelajar perlu diataasi atau dihindari langsung. Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan, maka jurang perbezaan murid dapat dikurangkan dan seterusnya menjurus kepada proses perkembangan yang lebih efisyen dan mampan.

6|

d.

Cadangkan teknik yang sesuai untuk mengekalkan dan meningkatkan tingkahlaku yang diingini atau mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini dengan merujuk kepada kes-kes tertentu

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkahlaku positif dan tingkahlaku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkahlaku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Sebagai seorang guru, pastinya akan berdepan dengan pelbagai bentuk tingkahlaku murid tidak kira samada ianya positif ataupun negatiif (Mohamad F., 2008). Tingkahlaku positif merupakan tingkahlaku murid yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkahlaku ini, murid akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu murid akan membantu guru dalam meransang pemikiran mereka dan penting dalam perkembangan kognitif murid tersebut. Dengan sikap ingin tahu yang terdapat pada murid ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, murid terutamanya kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini. Murid sebegini pada dasarnya suka mengajukan soalan terutamanya apabila guru mengajar mengenai sesuatu perkara yang baru bagi mereka. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dimana murid akan memberikan reaksi dengan pertanyaan bagi setiap maklumat yang disampaikan oleh guru. Murid yang cepat belajar juga merupakan tingkahlaku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya murid tersebut cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan untuk murid tersebut. Murid yang proaktif juga merupakan tingkahlaku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru.

7|

Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan. Tingkahlaku negatif pula merupakan tingkahlaku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkahlaku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku negatif. Tingkahlaku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkahlaku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakanrakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanakkanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. Kesemua ini sering juga disebut sebagai masalah tingkahlaku. Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Masalah tingkahlaku secara dasarnya boleh dipecahkan

8|

kepada tiga kategori iaitu tingkahlaku bermasalah minor, tingkahlaku bermasalah major dan tingkahlaku bermasalah kronik Tingkahlaku bermasalah minor merujuk kepada tingkahlaku murid yang tidak memerlukan guru mengambil tindakan disiplin yang serius ataupun menjalankan pemulihan. Contohnya seperti bercakap pada masa yang tidak sesuai dan menjeling kawan. Tingkahlaku bermasalah major pula termasuklah tingkahlaku bermasalah minor yang bertambah dari segi kekerapan dan jumlahnya serta boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seperti murid sering tidak menyiapkan kerja rumah dan bertengkar. Manakala tingkahlaku bermasalah kronik pula memerlukan kaunseling serta penggunaan teknik modifikasi tingkahlaku contohnya seperti perbuatan ponteng sekolah dan membuli. Murid bercakap pada masa yang tidak sesuai terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan masalah yang biasa dialami oleh para guru. Terdapat murid yang suka bercakap sesama sendiri ketika guru sedang mengajar. Apabila murid ini bercakap sudah pasti mereka tidak dapat memahami atau menguasai sesuatu kemahiran yang sedang di ajar. Hal ini jika tidak dibendung dari awal akan menyebabkan pelajar lain akan terikut-ikut sama, dan yang pasti objektif pengajaran guru tidak akan berjaya dicapai sepenuhnya. Terdapat juga murid yang petah yang selalu sahaja menyampuk percakapan guru sehingga guru tersebut tidak dapat menumpukan pada topik yang sedang diajar. Dalam kes ini, bukan sahaja guru yang terganggu dengan sikap pelajar yang suka menyampuk percakapan guru, malahan rakan-rakan yang lain juga akan turut terganggu. Akibatnya, masa pembelajaran akan berpanjangan dan guru tidak dapat mengikut rancangan pengajaran yang telah dirancang. Masalah ini tidaklah sebesar masalah kronik, namun jika dibiarkan ia boleh bertambah melarat sehinggkan dia boleh menyampuk perbualan orang tua pada masa hadapan. Mungkin akan dikategorikan sebagai kurang ajar. Dalam menghadapi masalah tingkahlaku murid suka bercakap pada masa yang tidak sesuai, beberapa teknik modifikasi tingkahlaku boleh dipraktikkan oleh guru. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman Antaranya adalah seperti
9|

modifikasi melalui proses pembiasaan. Dalam teknik ini, guru akan menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan kepada murid. Antara yang boleh dilakukan adalah, mendengar pendapat dan cerita murid tanpa mencelah, kemudian guru menerangkan kepada murid betapa perlunya menghormati orang yang bercakap dengan mendengar tanpa menyampuk dan hanya bercakap setelah diberi keizinan atau setelah orang yang bercakap telah habis bercakap. Selain daripada itu, penetapan tingkahlaku ini perlu dijalankan secara menyeluruh melibatkan murid dalam sesebuah kelas dan bukan hanya kepada pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Cara modifikasi yang lain adalah seperti memberikan peneguhan atas sikapnya yang mengikut matlamat yang telah ditentukan seperti pujian. Antara cara lain adalah dengan denda seperti memarahinya, mengugut untuk memanggil ibu bapanya datang sekiranya tidak berubah. Dan terakhir adalah dengan memberi peluang akan kepetahannya dengan memasukkannya dalam pertandingan bercerita. Ini supaya bakat yang ada disalurkan dengan cara yang baik. Masalah tingkahlaku ini, tidaklah dapat diselesaikan segera, namun ia berjaya mencegah atau membataskan masalahnya ke peringkat yang rendah. Ini kerana penyelesaian masalah ini memerlukan proses yang berterusan untuk memastikan ia berkesan dan melatih murid untuk masa hadapan. Masalah tingkahlaku seterusnya yang ingin dibincangkan adalah bagi kategori masalah tingkahlaku major iaitu murid sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Masalah ini sebenarnya merupakan masalah minor, tetapi apabila perkara ini sering dilakukan oleh murid, maka ianya menjadi masalah major. Masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah sudah menjadi lumrah dalam sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak telah memperkatakan hal ni dan telah banyak saranan dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya. Kerja rumah adalah latihan pengukuhan yang penting, yang wajib dilakukan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam tajuk yang di ajar pada hari tersebut. Murid adakalanya dengan sengaja tanpa ada sebarang rasa tanggungjawab untuk menyiapkanya. Mereka hanya memilih kerja rumah yang di

berikan oleh guru yang tertentu sahaja untuk di siapkan. Ada sesetengahnya pula
10 |

hanya membuatnya sambil lewa sekadar melepaskan batuk di tangga dan sering mengatakan terlupa dan sibuk sebagai satu alasan. Terdapat juga murid nampak seperti sangat berminat dan faham terhadap pelajaran yang diajar, namun apabila diberikan kerja masih tidak dapat menyiapkan kerja mereka. Sebahagian yang lain pula gagal menyiapkan kerja rumah atas alasan tidak tahu untuk menyelesaikan soalansoalan yang diberikan, walaupun telah diterangkan cara menyelesaikannya. Kerja rumah ini jika tidak disiapkan semakin hari semakain bertambah, dengan sendirinya beban murid semakin banyak, lama-kelamaan murid akan ketinggalan dalam pelajaran. Ini kerana, kerja rumah yang diberikan oleh guru sebenarnya adalah sebagai satu latihan dan pengukuhan kepada murid (Nordin M., 2005). Sekiranya murid tidak membuat latihan yang diberikan, maka sukar bagi murid menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar oleh guru. Guru juga tidak dapat mengukur tahap pencapaian murid tersebut dan seterusnya boleh menyebabkannya tercicir daripada lain. Ini kerana kerja rumah yang disiapkan murid akan disemak oleh guru dan daripada kerja rumah tersebut, guru dapat mengenalpasti kelemahan murid dan seterusnya guru dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu murid yang lemah itu. Teknik modifikasi yang boleh diambil adalah seperti mengambil alternatif lain dengan menukar kerja rumah menjadi kerja sekolah iaitu murid tidak dibenarkan membawa kerja yang diberi ke rumah, tetapi harus menyiapkannya sewaktu di sekolah, samada selepas waktu pengajaran dan pembelajaran atau semasa aktiviti pengukuhan dan perlu menghantar kerja tersebut pada hari itu juga. Bentuk kerja rumah yang diberikan mestilah mampu disiapkan oleh murid dalam jangka waktu yang ditetapkan itu. Dengan cara ini, murid tidak lagi boleh memberikan alasan terlupa kerana mereka perlu menyiapkannya semasa di sekolah. Modifikasi lain ialah dengan cara mendenda murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah sebagai peneguhan negatif. Antara bentuk dendaan yang boleh dipraktikkan oleh guru adalah seperti dendaan mencuci tandas (Rohani A., 2001). Murid sudah pasti tidak mahu didenda untuk mencuci tandas dan dendaan tersebut akan menjadi pendorong dan memotivasikan diri mereka untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Peneguhan positif seperti memberi ganjaran untuk kerja rumah yang disiapkan oleh murid. Bukanlah setiap kali siap kerja sekolah,
11 |

diberi ganjaran, tetapi guru menyediakan rekod prestasi murid, murid yang paling banyak menyiapkan kerja sekolah akan diberi ganjaran. Ini juga boleh dilakukan dengan memberikan Token Ekonomi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh murid. Cara ini juga boleh menjadi bukti atas kesalahan yang murid lakukan. Kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dikategorikan sebagai kesalahan disiplin. Bentuk ganjaran yang boleh diberikan termasuklah seperti hadiah, bahan bacaan dan sebagainya. Akhir sekali masalah tingkahlaku yang ingin dibincangkan ialah masalah tingkahlaku kronik. Tidak dapat dinafikan, masalah tingkahlaku kronik dikalangan murid semakin hangat diperkatakan sekarang ini. Saban hari, ada saja masalah tingkahlaku kronik pelajar atau murid yang diperkatakan oleh media dan prang awam. Perkara ini bukan sahaja menjatuhkan martabat sistem pendidikan di Malaysia, malah tempiasnya turut dirasai oleh guru yang merupakan pekerja ilmu dan melaksanakan sistem pendidikan di nagara ini. Antara masalah kronik yang sering dilakukan oleh murid ialah ponteng sekolah. Murid ponteng sekolah adalah disebabkan mereka hilang minat dalam sesi pembelajaran di sekolah. Apabila tiada minat, ditambah lagi oleh faktor pengaruh rakan sebaya, murid akhirnya menjadikan aktiviti ponteng sekolah sebagai satu perkara yang rutin dalam kehidupan mereka sebagai seorang murid. Kurangnya pengawasan dari pihak ibu bapa murid, tiada tindakan diambil oleh pihak sekolah semata-mata hanya mahu menjaga nama baik sekolah menjadikan murid tanpa rasa kesal dan bersalah ponteng dari sekolah. Tarikan-tarikan daripada luar seperti permaian video

menambahkan lagi keinginan murid untuk ponteng daripada sekolah. Permainanpermainan video yang banyak ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha kafe siber dengan harga yang rendah menyebabkan murid tertarik untuk ponteng sekolah dan menghabiskan masa dengan bermain permainan video tersebut. Akibatnya murid yang ponteng sekolah bukan hanya ketinggalan dan tercicir dari pembelajaran yang dilaksanakan dis ekolah, dalam masa yang sama turut mencemarkan nama baik sekolah. Lebih-lebih lagi pelajar yang ponteng tetapi masih memakai uniform sekolah. Bagi mengatasi masalah tingkahlaku ini, teknik reverse psychology boleh dilaksanakan ke atas murid. Dalam teknik ini, murid yang selalu ponteng tersebut
12 |

diberikan kaunseling dengan memaparkan tayangan video mengenai murid yang mengabaikan pelajaran dan turut memaparkan masa hadapan yang suram murid tersebut akibat mengabaikan pelajarannya. Teknik kontrak samada secara lisan dan bertulis juga boleh dipraktikan. Kontrak ini perlu ditandatangani di hadapan orang yang disegani oleh murid tersebut seperti guru besar dan juga ibu bapanya. Dengan cara ini, guru akan dapat mengawal sikap murid yang suka ponteng sekolah sekiranya kegiatan mereka diketahui oleh orang yang mereka segani. Selain daripada itu, teknik dendaan juga boleh dijalankan ke atas murid bagi memastikan mereka takut dan tidak lagi ponteng dari sekolah. RUMUSAN Kesimpulannya, seorang guru perlu bijak dalam mengatasi pelbagai jenis tingkah laku bermasalah dari murid-muridnya. Banyak cara lain yang boleh diambil untuk merubah murid yang bermasalah. Jika masalah semakin berat dan bertukar menjadi kronik, guru perlu mendapatkan bantuan lain seperti meminta kerjasama dari guru disiplin ataupun kaunselor di sekolah. Ini bagi memastikan murid dapat belajar dengan baik tanpa menjejaskan masa depan mereka. Guru juga perlu lebih tegas terutamnya dalam melaksanakan dendaan kepada murid. Dendaan yang diberikan bukanlah keterlaluan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada fizikal murid, cukuplah sekadar untuk dijadikan peringatan oleh murid tersebut agar murid tersebut tidak lagi mengulangi kesalahan yang serupa. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu turut serta secara aktif dalam mengatasi masalah tingkahlaku anak mereka dan tidak menyerahkan kepada pihak sekolah semata-mata. Sifat terlalu memanjakan anak sehingga membutakan diri terhadap masalah yang dilakukan oleh anak mereka perlulah dikikis. Kerana terdapat segelintir ibu bapa yang hanya tahu menyalahkan pihak sekolah apabila anak mereka melakukan kesalahan dan bermasalah disiplin. Apabila keadaan sebegini berlaku, murid tidak akan takut untuk terus melakukan kesalahan kerana tahu dirinya mendapat sokongan daripada ibu bapa walaupun mereka tahu apa yang mereka telah lakukan itu merupakan satu kesalahan.

13 |

Dalam mengatasi masalah tingkahlaku murid ini, masyarakat sekeliling juga perlu terlibat sama dalam membasmi dan seterusnya membentuk peribadi dan disiplin yang baik dikalangan murid. Pengusaha-pengusaha kafe siber contohnya perlu meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum seseorang itu boleh memasuki premis mereka dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Syarat berpakaian contohnya tidak membenarkan murid yang memakai uniform sekolah dari memasuki premis mereka. Selain itu, mereka sepatutnya menyatakan had umur yang tertentu sahaja boleh memasuki premis tanpa jagaan ibu bapa dan menetapkan pelajar sekolah hanya boleh memasuki premis setelah waktu persekolahan tamat. Bukan itu sahaja, masyarakat sekitar juga seharusnya turut bertanggungjawab. Sekiranya mereka terserampak dengan murid yang ponteng dari sekolah, mereka seharusnya memberi teguran kepada murid tersebut. Ini kerana murid kebiasaannya akan takut kepada orang yang lebih tua daripada mereka. RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohammad Fauzi (2008), Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/ Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. Rohani Abdullah (2001), Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio, Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman.
14 |

LAMPIRAN

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU


PENEGUHAN DENDAAN TIME OUT MODELING

REVERSE PSYCHOLOGY SHAPING

KAWALAN KENDIRI PENGURUSAN/ PENEGUHAN KENDIRI

TOKEN ECONOMY

PENGASINGAN
KONTRAK LISAN DAN BERTULIS

15 |

You might also like