You are on page 1of 4

JURNAL MINGGUAN KE-4

Nama Pelajar : SITI NASEHAH BINTI ABDUL MUTALIB


No. Kad Pengenalan : 010228-02-1086
Program : PISMP JUN 2020
Pengkhususan/Opsyen :PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah : SK CONVENT GREEN LANE
Minggu Praktikum : 4
Tarikh: 29 OGOS 2022
Kategori : PENDIDIKAN ISLAM
Tajuk Jurnal : GANGGUAN SEMASA PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pensyarah penyelia : PUAN MAHANI BINTI SHAARI
Guru Pembimbing: PN. NORHAYATI BINTI ABU HUSIN@HASHIM

1. Isu yang difokuskan


Menerusi pemerhatian pada minggu keempat praktikum, saya menghadapi gangguan
semasa sesi pdp berjalan kerana segelintir murid yang suka keluar mask bilik darjah dan
membuat bising, murid suka pergi ke tandas secara berdua-duaan terutamanya
perempuan. Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya untuk membenarkan murid
ketandas secara berdua-dua. Namun, saya dapati murid yang pergi ke tandas adalah
kumpulan yang sama. Dalam satu aktiviti pengajaran saya 60 minit, pasangan murid ini
meminta izin ke tandas sebanyak 3 kali. Pada kali ke-3 saya tidak membenarkan mereka
berpasangan lagi hanya seorang sahaja dibenarkan. Setelah ditanya sebab mereka ke
tandas, alasan digunakan takut pergi seorang. Namun apabila ditanya sebab kenapa
kerap ke tandas, murid tidak dapat memberi jawapan kepada guru.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin
dengan saya untuk ke tandas, membuang sampah, menghantar buku dan mahu ke
koperasi untuk membeli alat tulis dan sebagainya. Selain itu juga, beberapa orang murid
yang berbuat bising dan tidak memberikan tumpuan terhadap penerangan yang diberikan
oleh guru. Seterusnya, bahan pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang tidak
menarik akan menyebabakan murid-murid cepat bosan. Selain itu juga, saya turut
membuat pemerhatian dan temubual dengan guru kelas berkaitan beberapa orang murid
yang kerap membuat bising ketika sesi pp berjalan. Hasil daripada itu, saya dapati
beberapa faktor yang menyebabkan murid berbuat bising didalam kelas semasa sesi pdp
berjalan. Antaranya, murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah.

2. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Menurut harry k. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan ole guru itu
sendiri. "Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher's failure to
teach students how to procedures". Keadaan in mungkin disebabkan oleh saya kurang
tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh
sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidak tegasan saya semasa
berada di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2003), corak kepimpinan guru
ketika berada di dalam bilk darjah keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Selain
itu, membuat beberapa peraturan yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa sepanjang
kelas bahasa melayu yang perl dipatuhi oleh semua murid tahun 3 Seri Bayu dan Seri
Embun.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan analisis terhadap isu dan masalah ini, saya mencadangkan beberapa
alternatif yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:
I. Antara cadangan saya ialah perlu bersikap tegas terhadap murid. Menurut
Mok Soon Sang (2003), corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilk
darjah keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Selain itu, membuat
beberapa peraturan yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa sepanjang
kelas bahasa melayu yang perl dipatuhi oleh semua murid.
II. Seterusnya, memindahkan murid yang bising di barisan hadapan agar kelas
dalam kawalan guru dan dalam masa yang sama saya dapat memerhatikan
keadaan murid ini. Menurut Dorit Sasson, penyusunan tempt duduk dalam
kelas adalah satu cara bagi mengawal dan mengurus kelas. "Social
dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seeting chart"
III. Akhir sekali, melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka

4. Tempoh Masa Penyelesaian :


3 hari

5. Tindakan Susulan :
Sebagal guru yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa memberi dorongan
serta tunjuk ajar. Selain itu, saya perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik
darjah dan cara memotivasikan murid-murid. Hail daripada pembacaan saya,
peraturan-peraturan perlu diwujudkan di dalam komunikasi yang berlangsung,
selain itu, terdapat beberapa peraturan yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa
sepanjang kelas Pendidikan Islam yang perlu dipatuhi oleh semua murid tahun 3
Seri Bayu dan Seri Embun. Seterusnya, memindahkan murid yang bising di
barisan hadapan agar kelas dalam kawalan guru dan dalam masa yang sama saya
dapat memerhatikan keadaan murid ini. Menurut Dorit Sasson, penyusunan tempt
duduk dalam kelas adalah satu cara bagi mengawal dan mengurus kelas. "Social
dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seeing chart". Akhir
sekali, melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka.

6. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


23 Ogos 2022

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Apabila menggunakan langkah yang dicadangkan ini, maka terdapat peningkatan dalam
pergerakan muriduntuk kelas berikutnya. Perkara ini menunjukkan bahawa alternatif yang
dicadangkan ini sesuai kerana murid akan rasa dihargai dan mendapat perhatian
daripada guru.
7. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan) dan Halangan (Jika Ada) :

Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan pelbagai alternatif untuk


menjadikan proses PdP lebih menarik. Dalam konteks penghantaran tugasan
pula, guru perlu bertimbang rasa dengan memberikan masa yang secukupnya
dan membuat analisis penghantaran tugasan supaya ibu bapa dan murid-murid
lebih cakna. Jelaslah bahawa alternatif yang digunakan ini mampu untuk
menunjukkan peningkatan dalam pengawalan pergerakan murid yang memberi
keberkesanan kepada Pdp.

Rujukan

Ragbir. (2011). Panduan limu Pendidikan Komprehensif untuk KPL/ (Sekolah


Rendah). UG.Press Selangor.

Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam
Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003) Psikologi Pendidikan. Kumpulan Pendidikan Budiman


Sdn.Bhd, Subang Jaya.

You might also like