You are on page 1of 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


Panduan Menjadi Ibu Bapa
Cemerlang
2. Judul 3. Bidang: Kaunseling
Saat Sulaiman
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menekankan tentang panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang. Ia
mengupas lebih lanjut tentang tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Buku ini juga
menerangakan tentang beberapa kesalahan yang perlu dielakkan oleh ibu bapa sebagai contoh
mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak, memungkir janji, bercakap bohong, kurang
memuji dan sebagainya. Selain itu buku ini juga menekankan tentang bagaimana menjadi ibu
bapa yang islamik dalam semua aspek. Keistimewaan buku ini ialah pengarang memberi
beberapa idea dan amalan kepada ibi bapa berdasarkan Al-Quran bagi melahirkan anak yang
cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Dapat memberi banyak panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang
2. Melahirkan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain.
2. Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam pdpc.
3. Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing para pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA 3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


KOMUNIKASI BERKESAN
2. Judul 3. Bidang: KEMAHIRAN
Amir Aris dan Ahmad Rozelan
Yunus
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi berkesan, ciri-ciri komunikator, ciri-ciri
pendengar, langkah-langkah meningkatkan keberkesanan komunikasi. Sillars (1988) mengatakan
komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea
dengan tulisan, pecakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur
tersebut. Aktiviti komunikasi melibatkan proses yang berterusan daripada sumber yang
mengeluarkan maklumat kepada penerima, dan penerima memberi maklumbalas. Kesediaan
sumber dan penerima untuk menerima sesuatu maklumat itu penting agar maklumat yang
disampaikan itu jelas. Dalam proses komunikasi berkesan terdapat gangguan yang sentiasa
menghalang. Ini merupakan segala jenis rintangan yang menghalang proses penyampaian
maklumat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Sebagai guru, komunikasi berkesan amat penting dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam kelas serta di luar kelas. Bukan itu sahaja, malahan komunikasi berkesan dapat diterapkan
dalam kehidupan seharian. Penulis buku memberi kesedaran kepada kita bahwa komunikasi
berkesan bukan sahaja menyampaikan maklumat namun lebih daripada itu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Pembelajaran yang berkesan datangnya daripada komunikasi berkesan. Ilmu komunikasi
berkesan yang telah dipelajari dapat melonjak komunikasi antara guru serta klien ke peringkat
yang lebih tinggi. Dengan mempelajari kaedah-kaedah komunikasi berkesan, guru dapat
menyampaikan maklumat dengan lebih jelas serta teratur. Dengan mempelajari komunikasi
berkesan ini, guru dapat menggunakan kaedah yang sesuai untuk berinteraksi dengan para klien
di mana klien guru bukan sahaja pelajar, namun ibu bapa dan penjaga, pelawat dari luar,
pembersih kawasan, penjaga keselamatan dan banyak lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


Serlahkan Aura Guru Super
3. Bidang: Nilai dan Amalan
2. Judul
Profesionalisme
Khuzaimah Sulaiman
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Penulis berkongsi pengalaman dan tipsnya sepanjang bergelar pengetua di sebuah sekolah yang
berjaya melonjakkan sekolah tersebut ke arah kecemerlangan. Seorang pemimpin mestilah
memiliki sifat-sifat terpuji kerana bagi melahirkan anak murid yang mendengar kata dan
cemerlang, ianya memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah
bahagi. Prinsip yang diketengahkan sangat relevan untuk diikuti dan kita sebagai pembaca akan
merasai kehebatan dan keberkesanannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sepuluh daripada 43 ciri kepemimpinan berkesan yang merupakan aura penulis mendapat
pengiktirafan semua peringkat warga sekolah. Ciri-ciri itu adalah berwawasan, motivator, sumber
inspirasi, tegas, kerja kuat, membina budaya kerja berpasukan, teliti, menjana kecemerlangan,
membimbing serta mesra dan mudah didekati. Buku ini juga mengajak pembaca mereflek diri
sendiri dan berfikir sejauh mana ciri-ciri itu diaplikasikan dalam tugas kita sebagai pendidik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Salah satu aspek yang ingin saya sentuh adalah berkenaan disiplin pelajar. Apabila berlaku
kesalahan disiplin, guru haruslah meletakkan diri mereka di tempat pelajar. Kita perlulah
mengelak daripada mengeluarkan kata-kata kasar seperti mencaci, mengutuk, menggertak atau
mengugut kerana ia akan menghasilkan pelajar yang berdendam. Pelajar yang melanggar disiplin
haruslah diberi kesedaran mengapa mereka perlu mematuhi peraturan. Kesedaran perlu
dikaitkan dengan ajaran agama. Guru juga perlu merangsang murid untuk berfikir kebaikan yang
diperoleh apabila mematuhi peraturan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


11 Teori dan Prinsip Motivasi di
Tempat Kerja 3. Bidang: Nilai dan Amalan
2. Judul
Profesionalisme
Abdullah Hassan, Ainon Mohd
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang cara-cara untuk memotivasikan pekerja yang boleh diaplikasikan
oleh pihak atasan. Hal ini kerana, pekerja yang bermotivasi ternyata dapat menjadi lebih produktif
dan lebih setia kepada majikan. Ia juga membincangkan tentang beberapa teori yang menjadi
kunci kepada sikap rajin dan positif dalam diri pekerja. Harus kita akui bahawa terdapat set
peraturan yang perlu dipatuhi di sekecil-kecil organisasi hingga ke sebesar-besar organisasi.
Namun, peraturan ini kadangkala tidak dapat mengawal kualiti kerja dan peribadi para pekerja.
Jadi, motivasi merupakan salah satu kunci utama yang boleh menjadi penyelesaiannya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hubungan pihak atasan dengan pekerja amat penting dalam memastikan produktiviti sesebuah
organisasi sentiasa mantap. Hubungan yang baik ini juga akan mewujudkan persekitaran kerja
yang selesa dan mesra antara satu sama lain. Pekerja juga akan berasa seronok untuk
menyiapkan tugasan dan tidak hanya memandang faktor wang ringgit sebagai penyebab utama
mereka datang ke tempat kerja.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Di dalam bilik darjah, guru ialah ketua manakala murid-murid adalah ahlinya. Bagi memastikan
murid-murid sentiasa bermotivasi untuk belajar, guru perlulah memberikan motivasi dalaman
kepada mereka supaya objektif pembelajaran tercapai dan akhlak murid-murid juga dapat
ditingkatkan. Murid yang bermotivasi bukan sahaja berminat untuk datang ke sekolah kerana
ganjaran yang guru janjikan, tetapi ianya datang dari rasa seronok belajar, bertemu guru dan juga
rakan-rakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )

You might also like