You are on page 1of 1

DOA SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN GURU

  ‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى‬, ‫بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين‬
‫ آله وأصحابه أجمعين‬.  
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
                 Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan
nikmat2Mu yang tidak terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-
dosa yang telah kami lakukan. 
Justeru itu, kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan
kepada cikgu mohd faiz bin mohd lazim yang akan bertukar , sebagai mengenang jasa
bakti yang telah beliau sumbangkan sekolah ini.
Ya allah
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah
segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan Beliau, sebagai
ibadah yang Engkau redhai. 
Terimalah segala usaha dan pengorbanan Beliau, sebagai amal soleh yang Engkau
berkati… Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam
kehidupan beliau serta seluruh keluarga beliau yang telah banyak berkorban untuk
sekolah ini.
Ya Allah
Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan
bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang Beliau miliki, ke dalam diri kami. 
Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami juga kesabaran, ketabahan
semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati untuk terus
menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.  

You might also like