You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Raja DiHilir Ekram


Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Telefon / faks : 05-2435455 E-mel : abb2077@moe.edu.my Kod sekolah : ABB2077

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SKRDHE


Tarikh : 25 Julai 2022

Ibu bapa/ Penjaga


Sekolah Kebangsaaan Raja DiHilir Ekram
Jalan Pasir Puteh
31650 Ipoh, Perak.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN HARI BERTEMU WARIS

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/ puan mengenai perkara
di atas. Saya, Sharita Binti Shahrudin, Guru Pemulihan SK Raja DiHilir Ekram ingin
menjemput ibu bapa atau penjaga untuk datang ke sekolah bagi membincangkan
perkembangan pembelajaran anak tuan puan.

2. Untuk makluman, anak tuan/puan sedang mengikuti Pendidikan Pemulihan di


Kelas Pemulihan Khas sekolah ini. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar ibu
bapa/ penjaga dapat hadir perjumpaan ini bagi membincangkan perkembangan
pembelajaran anak tuan/puan di sekolah. Berikut merupakan butiran berkenaan
perjumpaan ini iaitu:

Tarikh : 28 Julai 2022 (Khamis)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SHARITA BINTI SHAHRUDIN)


Guru Pemulihan Khas
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Raja DiHilir Ekram
Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Telefon / faks : 05-2435455 E-mel : abb2077@moe.edu.my Kod sekolah : ABB2077

You might also like