You are on page 1of 1

M KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA


14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Blog rasmi: www.myskbtm.blogspot.com
e-mail rasmi : pba4019@jpnpp.edu.my
Telefon : 04-5073885 Faks : 04-5082807

Rujukan kami :
Tarikh : 15 SEPTEMBER 2022
Ketua Polis IPD Jawi,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Seberang Perai Selatan,
Polis Diraja Malaysia,
14200 Sungai Jawi,
Pulau Pinang.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK PROGRAM LARIAN MERENTAS


DESA 2022

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bandar Tasek Mutiara akan mengadakan Larian


Merentas Desa seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 OKTOBER 2022 (Rabu) - Mengenal Trek Laluan


8 OKTOBER 2022 (Sabtu) - Larian Merentas Desa
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : SK Bandar Tasek Mutiara

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami
dalam mengawal lalulintas pada kedua-dua tarikh tersebut. Bersama-sama ini disertakan pelan
laluan untuk perhatian tuan.

4. Segala keperihatinan, kerjasama dan sokongan padu daripada pihak tuan dalam menjayakan
program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”


“SAYANGI MALAYSIAKU”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….....
( PN FADZILAH BINTI HASAN )
Guru Besar,
SK Bandar Tasek Mutiara.

s.k :
1. Balai Polis BTM
2. YDP PIBG SKBTM

You might also like