You are on page 1of 3
SN 6 PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM 6.1 Tamadun Yunani Polis: Merupakan negara-kota di Yunani. * Terdiri daripada tiga komponen iaitu bandar utama, bandar kecil dan kawasan kampung. * Menjadi ibu kota dan pusat tumpuan masyarakat. * Polis yang terkenal di Yunani ialah Athens, Sparta dan Corinth, Penduduk Yunani menganggap setiap polis adalah tanah suci kurniaan Dewa. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menjaga kepentingannya. Acropolis Terletak di tengah-tengah polis. Merupakan pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu. ‘© Merupakan lokasi paling strategik dari segi kelemahan, pentadbiran dan komunikasi ‘© Dilengkapi dengan rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan. Agora ‘* Merupakan kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam. 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani 1 Sistem pemerintahan yang diamalkan di kebanyakan polis adalah seperti berikut. Monarki '* Sistem beraja yang berasaskan keturunan. '* Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada golongan bijak pandai. Oligarki Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa. Aristokrasi Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan. Tirani ‘Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat. Demokrasi Sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 2 Pada tahun 594 SM, Solon mengasaskan sistem demokrasi di Athens. 3 Pada zaman pemerintahan Pericles, sistem demokrasi dimantapkan dengan memberi penekanan kepada kuasa rakyat. 4 Sistem demokrasi di Athens menjadi lemah dan terhapus pada zaman pemerintahan Raja Philip. Ciri-ciri Demokrasi di Athens 1 Sistem demokrasi di Athens merupakan demokrasi langsung, iaitu setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan bagi menentukan dasar dan peraturan politik, ekonomi dan sosial. 2 Dewan Perhimpunan merupakan badan tertinggi dan di bawahnya terdapat Majlis, Majistret dan Juri. Dewan Perhimpunan Melantik Abi Maj Menggubal undang-undang. Membincangkan hal kewangan dan percukaian. ‘* Membuat deklarasi peperangan. ‘* Membuat perjanjian dengan negara asing. Menerima duta dari negara asing. Terdiri daripada semua warganegara. Setiap anggota berpeluang memegang jawatan selama enam hingga setahun. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. Serua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan Majlis ‘Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan. ‘Mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan. ‘Mempunyai kuasa yang tidak ‘mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan. Dilantik oleh Dewan Perhimpunan. Terdiri daripada 500 orang ahli. Keablian selama dua tahun. 10 jewatankuasa dibentuk, setiap satu dianggotai oleh 50 orang ahli. Pengerusi dipilih pada setiap kali persidangan diadakan. | Majistret Berfungsi sebagai kakitangan kerajaan. Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis. Menguruskan hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya. Dianggotal oleh warganegara ‘Athens. Terdiri daripada 6000 orang ahii. 200 - 500 orang merupakan hakim. 10 orang merupakan jeneral tentera. Juri Pemutus kepada sesuatu kes. Pesalah merayu terus kepada warganegara. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara. Dianggotai oleh 101 - 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang dibicarakan. Pengerusi mengetuai perbicaraan. 6.3 Tamadun Rom 1 Tamadun Rom terbahagi kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja, Zaman Republik dan Zaman Empayar. 2 Rom mencapai tahap kegemilangan pada era Pax Romana, iaitu keamanan wujud selame 200 tahun. 3 Masyarakat Tamadun Rom terdiri daripada tiga golongan iaitu: Patrician (golongan atasan) Plebian (petani, peniaga, dan artisan) 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom 1 Tamadun terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. 2. Antara faktor-faktor yang mendorong perkembangan seni bina Tamadun Rom adalah: T Kepakaran dalam | Kemajuan | Kemajuan | seni bina pendidikan__| teknologi ‘Sumber kewangan yang Sumber Buruh yang | Dasar mencukupi alam ramai | pemerintahan 3 Seni bina Rom yang terkenal dan masih kekal sehingga kini adalah seperti berikut: [ Seni Bina Colosseum * Terdapat 80 buah pintu masuk. ‘* Tempat duduk penonton dibina secara bertingkat-tingkat. * Berfungsi sebagai tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar. Pantheon ‘+ Merupakan tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom * Atap bangunan ini merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43 meter. * Dindingnya diperbuat daripada batu-bata yang dilepa dengan simen. * Puncaknya mempunyai ruang terbuka yang dipanggil Oculus. ‘Amfiteater ‘+ Merupakan colosseum mini atau gelanggang terbuka. * Berbentuk lingkaran. + Amfiteater di El Djer, Tunisia boleh memuatkan 16, 000 orang. ‘Akueduk * Air di akueduk disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom. « Dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya. ‘+ Akueduk yang termasyhur ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat. * Berperanan untuk membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam Empayar Rom. Jalan raya * Dibina secara bertapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil dan atu kelikir. ‘© Luas jalan raya biasanya 1.3 meter tebal dan 6.7 meter lebar. ‘* Terdapat batu tanda bagi menunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain. ‘* Longkang dibina di tepi jalan raya untuk mengalirkan air agar air tidak bertakung di atas jalan raya. Tembok pertahanan ‘ Dibina dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta mencapal ketinggian sehingga 5 meter. ‘* Terdapat beberapa kubu kecil dalam jarak 1.6 meter setiap satu untuk menempatkan tentera yang mengawal tembok tersebut, Tempat mandi awam ‘* Digunakan oleh masyarakat Rom untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. ‘* Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, ruang mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik rehat dan bersenam ‘¢ Ruang mandi mempunyai ruang mandi air sejuk, panas, suam dan berwap. ‘* Tempat mandi awam di Caracalla boleh memuatkan 1500 orang pada satu-satu masa. 4 Kejayaan Tamadun Rom dalam bidang seni bina dapat membuktikan masyarakat Rom bahawa: (a) Pakar dalam teknologi pembentukan (b). Mahir dalam ilmu reka bentuk (c)_ Mempunyai ilmu pengetahuan dalam matematik dan geometri (4). Bersikap kreatif dan inovatif (e) Pakar dalam ilmu kejuruteraan

You might also like