You are on page 1of 2

Minggu Praktikum: 6

Tarikh: 13 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Kekeliruan Terhadap Arahan Yang Diberikan

1. Isu Yang Difokuskan

Saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid 6 Ibnu Sina
pada 13 Ogos 2021. Apa yang dapat saya lihat ialah, maklum balas murid pada minggu
tersebut menunjukkan bahawa ada beberapa orang murid yang sedikit keliru dengan
tugasan atau arahan yang diberikan oleh saya sehingga menyebabkan berlakunya
kesalahan semasa mereka melaksanakan latihan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca Kesan Isu)

Saya mendapati dan dapat membuat kesimpulan mengapa murid tahun 6 Ibnu Sina yang
memberi maklum balas tentang kekeliruan arahan yang diberikan di mereka melakukan
aktiviti yang sebaliknya daripada arahan yang saya berikan ialah, pada setiap minggu saya
akab memberikan tugasan yang sama untuk subjek Pendidikan Jasmani di mana saya
menyuruh mereka untuk menyediakan video latihan. Namun pada minggu tersebut, saya telh
mengubah corak latiha dengan menyediakan kuiz. Tanpa melihat arahan saya secara jelas,
mereka hanya membuat video latihan selepas menonton video di youtube yang telah saya
berikan. Saya mengakui bahawa saya perlu menjelaskan dengan lebih jelas dan berulang
kali tentang arahan pengajaran dan pembelajaran saya bagi mengelakkan berlakunya salah
faham sebegini.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)

Pengalaman yang saya prolehi sewaktu mengajar mereka pada minggu yang pertama
hingga minggu ke-5, tidak ada berlakunya kekeliruan terhadap arahan yang saya berikan
kerana saya sering terikat dengan corak latihan yang sama untuk subjek Pendidikan
Jasmani.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, antara langkah penyelesaian yang saya boleh cadangkan ialah :

I. Menyediakan bahan latihan yang pelbagai supaya murid lebih peka dengan
kepelbagaian aktiviti dan tidak terikat dengan satu aktiviti sahaja.
II. Menerangkan arahan dengan lebih jelas dan berulang di mana saya perlu masukkan
arahan latihan di dalam pautuan youtube yang saya berikan kepada murid dan dalam
bentuk teks bertulis melalui whatsapp group bersama mereka.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu mempelbagaikan corak pengajaran saya
supaya lebih menarik dan memberi arahan dengan lebih jelas dan berulang supaya tidak
akan timbul kekeliruan dalam kalangan murid.

7. Rujukan

Ainon Mod & Abdullah Hassa (1999). Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif, Kuala Lumpur, Utusan
Publiations & Distributors Sdn. Bhd

You might also like