You are on page 1of 2

Lampiran

MINIT MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK


TAMAN DAIMAN JAYA, KOTA TINGGI

MESYUARAT KALI KE-2

Tarikh : 9 MAC 2017


Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Komuniti Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi
Kehadiran : 12 orang ahli

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Tuan Pengerusi, Haji Khairuddin Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir dalam mesyuarat penubuhan ini. Juga dimaklumakan tujuan mesyuarat kali ini,
antaranya merafakkan kesyukuran kerana proses pendaftaran pertubuhan dan lain lain
dokumen persatuan telah sedia. Juga cadangan penambahbaikan dan langkah awalan gerak
kerja.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 En. Fuad Darusman mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke-2 ini di sahkan.

2.2 En. Rohami menyokong cadangan supaya minit mesyuarat kali ke-2 ini disahkan.

3. Ucapan Bendahari

3.1 Haji Nuridin Samian membentangkan kewangan persatuan. Sehingga mesyuarat


diadakan jumlah tunai adalah RM 883.50 sementara jumlah di bank adalah RM 6526.92.

3.2 Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa borang keahlian lengkap yang


dikembalikan hanyalah 3 borang.

3.3 Mengenai pembukaan akaun bank rasmi persatuan, beliau memaklumkan bahawa
ianya kini di peringkat menanti kelulusan dari pihak bank.

4. Ucapan Setiausaha

4.1 Setiausaha, Haji Johan Ahmad memaklumakan perkembangan terkini salah satu
program persatuan, iaitu Kelas Bimbingan Permata Daiman, mengenai jumlah peserta,
tenaga pengajar, subjek berkaitan, fleksibiliti masa, cadangan bayaran saguhati kepada
tenaga pengajar, dan yuran penyertaan. En. Fuad Darusman mencadangkan agar baki
daripada kos pengurusan daripada jumlah yuran dibahagikan sama rata kepada tenaga
pengajar. Setelah dipertimbangkan, mesyuarat bersetuju agar tenaga pengajar diberi
sejumlah bayaran saguhati yang akan diputuskan kemudian.

4.2 Seterusnya Haji Johan mengutarakan cadangan Kelas Fardhu Ain. Bayaran kepada
penceramah dicadangkan sebanyak RM 100 setiap sesi. Mesyuarat juga besetuju untuk
mewujudakan satu tabung khas untuk membantu dana bagi penganjuran Kelas Fardhu Ain
ini.
Lampiran

5. Hal- Hal Lain

5.1 En Aslahuddin Marzuki menyatakan bahawa beliau akan ‘follow-up’ dengan


penyumbang (En Shafiee) mengenai tajaan pokok sekeliling taman.

5.2 Haji Noridin mencadangkan agar gotong royong diadakan di mana butiran terperinci
mengenai aktiviti ini akan dibincangkan kemudian

5.3 Mengenai status aduan beberapa masalah sebelum ini iaitu lampu di jalan utama yang
tidak berfungsi dan jalan berlubang yang membahayakan, En Aslahuddin memaklumkan
bahawa aduan telah dibuat dan sekiranya tiada tindakan diambil, beliau akan membawa
perkara ini ke pihak atasan.

5.4 Mengenai cadangan penambahan sinki di tempat wanita, Haji Johan akan menghubungi
kontraktor (En Zai) untuk sebutan harga dan pertimbangan kos.

5.5 Atas tujuan muafakat dan kekitaan sesame tetangga, En Aslahuddin mencadangkan
bahawa diadakan pertandingan bowling. Cadangan adalah pada hari Sabtu. Kos permainan
ditanggung sepenuhnya oleh pemain sendiri sementara hadiah akan disediakan oleh
persatuan. Kategori yang dicadangkan dipertandingkan adalah Lelaki, Perempuan, sekolah
rendah, sekolah menengah dan famili.

Mesyuarat ditangguhkan pada 9.40 malam.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________ _______________
( ) ( )
Setiausaha, Pengerusi,
Persatuan Penduduk, Persatuan Penduduk,
Taman Daiman Jaya, Taman Daiman Jaya,
Kota Tinggi. Kota Tinggi.

You might also like