You are on page 1of 16

5 & 6 OKTOBER 2022

NAMA PEMBENTANG: CHU MEI YEA


NAMA INSTITUSI: KOLEJ KOMUNITI KLUANG
TAJUK KAJIAN:
KAJIAN KES KEBERKESANAN PROMOSI DI LAMAN
WEB UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ
KOMUNITI KLUANG
PAPER ID: 9230
KATEGORI: STAF
1.0 PENGENALAN
a. Kajian ini bertujuan
mengkaji keberkesanan
laman web sebagai
langkah alternatif
meningkatkan
pengambilan pelajar
program Sijil Terapi
Kecantikan dan Spa
(STK).
b. Laman web
dibangunkan sejak 15
Disember 2017 hingga
12 Ogos 2022 telah
berjaya mengumpul
246 permohonan
sambung belajar.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
I. Pengambilan pelajar untuk Sijil
Terapi Kecantikan dan Spa Kolej
Komuniti Kluang sering tidak
mencapai 100% sasaran
pengambilan pelajar iaitu 30 pelajar
baharu setiap semester.
II. Kerja promosi secara fizikal
memerlukan tenaga kerja yang
banyak dan memerlukan kos
perbelanjaan yang ketara.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
■ Kajian ini bertujuan untuk:
I. mengumpul data keberkesanan laman web dalam mempromosikan imej institusi.
II. mengumpul data pelajar yang berminat untuk sambung belajar dalam program
Sijil Terapi Kecantikan (STK) dan Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
III. mengumpul taburan data mengikut lokasi bagi pelajar yang berminat sambung
belajar di Kolej Komuniti Kluang.
IV. mengumpul data trend pengguna internet mengikut taburan masa.
V. mengumpul data perbezaaan laman web yang dioptimasi dengan SEO berbanding
dengan yang tidak dioptimasi dengan SEO
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1. Pengumpulan data kajian daripada pangkalan data pengguna.
4.2. Pengumpulan data kajian daripada laporan analitik Wix.com
5.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN KAJIAN
5.1 Analisis data keberkesanan laman web dalam mempromosikan
imej institusi.
Jadual 1: Data Analisis Laman Web Pengambilankkkluang
bagi Tempoh 12 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2022.
Purata Masa Sesi
Bil. Pelawat Baharu Peratus
(Average Session
(Unique Visitor) Pelawat (%)
Duration)
Pelawat Baharu 1603 99.0% 3 minit 42 saat
Pelawat Berbalik 16 1.0% 1 minit 33 saat
Jumlah 1619 100.0%
(Sumber diperolehi daripada laporan analitik Wix.com)

Jadual 2: Sumber Trafik Laman Web Pengambilankkkluang


bagi Tempoh 12 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2022.
JENIS TRAFIK SUMBER TRAFIK BIL. SESI LAMAN PERATUS%
Carian Organik Google 1,770 95.11%
Terus Terus 75 4.03%
Lain-lain Tidak diketahui/ Lain-lain 16 0.86%
Jumlah 1861 100.00%
(Sumber diperolehi daripada laporan analitik Wix.com)
5.2 Analisis data permohonan pelajar yang berminat untuk
sambung belajar dalam program Sijil Terapi Kecantikan (STK)
dan Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)

Rajah 2: Taburan lokaliti pelawat laman web Pengambilankkkluang bagi tempoh 12


Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2022.
(Sumber diperolehi daripada laporan analitik Wix.com)
5.2 Analisis data permohonan pelajar yang berminat untuk
sambung belajar dalam program Sijil Terapi Kecantikan (STK)
dan Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
Jadual 3: Permohonan Sambung Belajar Mengikut Program bagi Tempoh
Disember 2017 hingga Julai 2022.
PROGRAM KEKERAPAN PERATUS
Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK) 230 93.5%
Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) 16 6.5%
Jumlah 246 100%
(Sumber daripada analisis pangkalan data pengguna laman web)

Jadual 4: Status Kelayakan Permohonan Sambung Belajar Mengikut


Program bagi Tempoh Disember 2017 hingga Julai 2022
TIDAK DINYATAKAN GAGAL LULUS JUMLAH
BAHASA MELAYU 11 6 229 246
SEJARAH 12 16 218 246
(Sumber daripada analisis pangkalan data pengguna laman web)
5.3 Analisis taburan data mengikut lokasi bagi pelajar yang
berminat sambung belajar di Kolej Komuniti Kluang.

Rajah 3: Carta Bar Kekerapan Permohonan Mengikut Negeri bagi Tempoh


15 Disember 2017 hingga 12 Ogos 2022
(Sumber daripada analisis pangkalan data pengguna laman web)
5.4 Analisis data trend pengguna internet mengikut taburan
masa.

Rajah 4: Carta Bar Kekerapan Permohonan Mengikut Bulan bagi Tempoh


Januari 2018 hingga Julai 2022
(Sumber daripada analisis pangkalan data pengguna laman web)
5.5 Analisis data perbezaaan laman web yang dioptimasi dengan
enjin pencarian (SEO) berbanding yang tidak dioptimasi
dengan enjin pencarian (SEO)

Rajah 5: Carta Bar Bilangan Pelawat Mengikut Halaman Web


Pengambilankkkluang bagi Tempoh 12 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2022
(Sumber diperolehi daripada laporan analitik Wix.com)
6.0 KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan:
i. laman web yang dibina berjaya mengumpul 1619 pelawat dalam masa setahun.
ii. Sebanyak 246 permohonan sambung belajar telah dikumpul dalam pangkalan data
laman web.
iii. Promosi pengambilan pelajar melalui laman web menjimatkan kos, menawarkan
maklumat terus kepada mereka yang berminat, memudahkan pengguna berinteraksi
terus dengan institusi, tanpa kekangan masa, dan tanpa kekangan lokasi.
iv. Majoriti (95.11%) trafik pelawat adalah daripada enjin carian Google.
v. Secara puratanya pelawat baharu meluangkan masa 3 minit 42 saat dalam laman
web. Ini menunjukkan bahawa laman web yang dibina mampu menarik perhatian dan
tumpuan pengguna. Terdapat 1% pengguna yang mengunjung kembali ke laman web.
vi. Laporan analitik Wix.com menyatakan sebahagian besar pelawat laman web adalah
dari kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor. Analisis pangkalan data
permohonan sambung belajar dari laman web juga mendapati kekerapan permohonan
paling tinggi adalah dari negeri Johor dan negeri Selangor.
6.0 KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan:
vii. Majoriti (93.5%) permohonan memohon program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK).
Perkara ini disebabkan oleh penggunaan enjin pencarian (SEO) mensasarkan kepada
peningkatan pengambilan bagi program STK.
viii. Kajian mendapati permintaan untuk sambung belajar bidang kecantikan dan spa lebih
banyak tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor.
ix. Analisis data juga menunjukkan terdapat golongan belia yang berminat sambung
pelajaran tetapi menghadapi masalah kegagalan mendapat sijil SPM.
x. Data kajian mendapati trend permohonan meningkat pada musim pengumuman
keputusan SPM, namun begitu situasi tidak menentu semasa wabak koronavirus
menyebabkan permohonan sambung belajar menurun dengan drastik pada suku akhir
tahun 2020 hingga pertenggahan tahun 2022.
xi. Halaman web yang disasarkan dengan pengoptimuman enjin pencarian (SEO) berjaya
mendapat trafik organik yang banyak berbanding dengan halaman web yang tidak
menggunakan pengoptimuman enjin pencarian.

Kesimpulannya, kajian berjaya menunjukkan laman web yang dibina adalah berkesan untuk
mempromosi pengambilan pelajar.
7.0 SESI SOAL JAWAB

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like