You are on page 1of 7

Etika Hakim Syarie

 Menurut perspektif perundangan semasa :

1) Berasaskan Hukum Quran


Setiap hukuman hendaklah berasaskan hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran.
Jika tidak didapati hukumnya di dalam Al-Quran, hakim hendaklah mencari
hukumnya di dalam hadith Rasulullah S.A.W dan jika tidak ada juga, hendaklah
berijtihad. Hakim syarie juga hendaklah merujuk kepada Ijma’ Ulama’ (kata sepakat
Ulama’) yang muktabar dan jika ini juga tidak diperolehi, hakim boleh menggunakan
Qiyas. Satu syarat yang diangkat menjadi hakim syarie adalah memiliki kemampuan
berijtihad dan bersungguh-sungguh mencari hak dengan berpegang kepada Al-Quran
dan Sunnah.
Diadaptasikan daripada hukum syarak kepada Arahan Amalan, Kod 4(a)
memperuntukkan mengenai keperluan hakim untuk melaksanakan keadilan
sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Seseorang hakim perlulah
mendengar keterangan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan. Di dalam
Kod 4(d) pula memperuntukkan mengenai keperluan seseorang hakim untuk
menjalankan tugas mengikut hukum syarak dan memberi penghakimannya
berdasarkan undang-undang yang berkaitan.

2) Tenang
Seseorang hakim syarie tidak boleh mengadili sesuatu kes dalam keadaan-keadaan
yang dinyatakan:
a. Ketika dalam keadaan marah
b. Ketika dalam keadaan lapar
c. Ketika sangat gembira atau berdukacita
d. Ketika kurang sihat
e. Ketika menahan buang air besar atau kecil
f. Sedang mengantuk
g. Sangat panas atau sangat dingin
Seorang hakim juga tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi
keputusannya. Di dalam Kod 4(c) Arahan Amalan menerangkan mengenai keperluan
seseorang hakim untuk tidak mendengar perbicaraan di dalam keadaan tidak tenang
dan di dalam Kod 4(e) itu memperuntukkan keperluan seseorang hakim untuk
memberi penghakimannya apabila dia berkeadaan tenang. Ketenangan adalah perkara
utama yang perlu ada pada pada para hakim sewaktu di dalam perbicaraan dan
melalui ketenangan, hakim akan lebih bersedia untuk memutuskan sesuatu keputusan.

3) Tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling


Hakim mestilah tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling dalam
memutuskan penghakimannya. Seorang hakim hendaklah berhati-hati dengan orang-
orang di sekelilingnya, contohnya hakim mestilah bersikap tegas dengan peguam
sekiranya peguam tidak mematuhi etika-etika dalam mahkamah. Selain itu, hakim
juga hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan pengakuan pihak-pihak yang
berbalah dan saksi-saksi sekiranya ia boleh mendatangkan akibat buruk dalam
mahkamah.
Hakim mestilah berhati-hati dengan pihak yang terlibat iaitu seorang hakim itu tidak
seharusnya terpedaya dangan tindak tanduk pihak-pihak yang terlibat kerana ianya
mungkin dilakukan sebagai satu cara untuk memperdaya hakim atau bertujuan untuk
mempengaruhi hakim tersebut. Di dalam Arahan Amalan, Kod 4(g) memperuntukkan
mengenai keperluan seseorang hakim untuk bertindak tegas dan adil serta tidak
dipengaruhi oleh keadaan atau orang yang hadir di hadapannya.

4) Memberi layanan yang sama


Selain itu, hakim hendaklah sentiasa bersikap adil, di mana seorang hakim wajib
memberi layanan yang sama di antara kedua pihak yang berbalah di dalam suatu
perbicaraan di mahkamah. Keperluan untuk memberi layanan sama rata kepada
pihak-pihak dan peguam-peguam dapat dilihat di dalam Kod 4(l) Arahan Amalan.
Hakim juga hendaklah memuliakan saksi tanpa mengira dari pihak mana sekalipun,
hendaklah diberi layanan yang sama dan dihormati. Peruntukan bagi memuliakan
saksi pula dapat dilihat di dalam Kod 4(k).

5) Jangan memanjangkan perbicaraan


Perbicaraan janganlah dipanjangkan tanpa keperluan kerana perbicaraan yang sengaja
dipanjangkan boleh menjejaskan keadilan dan mendatangkan kebosanan. Secara
umumnya, apabila suatu perbicaraan itu sudah memuaskan hati hakim, maka
hakimwajib membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman dengan segera tanpa
membuat penangguhan. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada etika ini,
di mana hakim boleh atas budi bicaranya menangguhkan perbicaraan atas sebab-sebab
yang munasabah seperti untuk membuat penyiasatan yang lebih rapi, atau terdapat
permohonan dari mana-mana pihak yang berbalah untuk untuk menangguhkan
perbicaraan.
Pemakaiannya di Mahkamah Syariah dapat dilihat di mana seorang hakim syarie
perlu menyegerakan kes dan ini diperuntukkan di dalam Kod 5 yang menjelaskan
bahawa hakim hendaklah bersungguh-sungguh dan tidak melengah-lengah tanpa
alasan yang munasabah menyelesaikan kes-kes, memberi keputusan, menulis alasan
penghakiman dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim
Syarie dari masa ke semasa.

6) Tidak menghakimkan kerabat


Seorang hakim tidak boleh menghakimi kes yang melibatkan dirinya atau kerabatnya
seperti anaknya. Jika hakim itu mengadili juga kes itu, maka penghakimannya dikira
batal dan tidak boleh diterima. Menurut Arahan Amalan, ia juga telah melarang
seseorang hakim untuk membicarakan apa-apa kes di mana pihak yang terlibat itu
ialah musuhnya atau orang lain yang berkemungkinan akan mempengaruhi tugas
kehakimannya sebagai seorang hakim syarie. Larangan ini jelas telah diperuntukkan
di dalam Kod 4(f).

7) Damaikan dahulu sebelum diselesai menerusi penghakiman/bicara


Seorang hakim syarie juga perlu menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan
pertelingkahan mereka dan mencapai persetujuan secara sulh dalam kes-kes mal di
mana-mana peringkat sebelum dia memberi penghakiman dan ini diperuntukkan di
dalam Kod 4(j).

8) Hakim perlu mengikut tatacara kehakiman


Etika hakim yang seterusnya memerlukan seorang hakim untuk mengikut tatacara
yang telah ditetapkan di dalam mahkamah. Tatacara yang perlu dipatuhi ialah seperti
pihak-pihak bercakap mengikut giliran. Seseorang hakim juga perlu memastikan
prosiding di mahkamah berjalan dengan teratur menurut peraturan mahkamah dan
hakim adalah perlu untuk mengawal keadaan di dalam mahkamah supaya perbicaraan
antara pihak-pihak bertikai dapat berjalan dengan lancar. Keperluan ini diperuntukkan
di dalam Kod 4(i) di mana hakim merupakan seseorang yang paling berkuasa di
dalam mahkamah sehingga digeruni oleh pihak-pihak yang terlibat dan oleh yang
demikian hakim mempunyai kuasa untuk mengawal keseluruhan keadaan mahkamah.

9) Pakaian
Menurut Al-Mawardi, pakaian hakim itu harus dapat membezakannya daripada orang
kebiasaan yang digaulinya. Seseorang hakim itu juga haruslah mengikut kebiasaan
adat kepada para hakim yang lain iaitu memakai kopiah, serban hitam dan baju
panjang yang berwarna hitam. Menurut Arahan Amalan No 5 Tahun 2005 dimana
pakaian hakim syarie dalam mahkamah ialah berpakaian kemas dan sopan,
bersongkok hitam, berjubah, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam atau berkot
hitam.

 Dianjurkan oleh hukum syarak :

1. Adil
Hakim sebagai orang tengah tidak boleh memihak kepada pihak tertentu dan
hendaklah bersifat adil dalam penghakiman.

2. Percakapan
Etika yang seterusnya ialah dari segi percakapan seorang hakim. Antara adab lain
bagi seorang hakim sewaktu prosiding berjalan adalah ia harus mengawal tempoh,
nada dan penggunaan bahasanya. Gaya percakapan haruslah seimbang untuk
mencapai matlamat hakim untuk menegur kesilapan dan pada masa yang sama
dihormati. Hakim juga tidak boleh terbawa-bawa dengan suasan perbicaraan, seperti
menangis, tertawa atau memarahi mana-mana pihak.

3. Giliran perbicaraan kes


Perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah bagaimana etika hakim dalam
menentukan kes yang mana perlu dibicarakan dahulu. Apabila satu-satu kes itu telah
dicatat di mahkamah, maka hakim perlu mengambil perhatian terhadap kes yang telah
dicatatkan terdahulu untuk dibicarakan. Sekiranya kes itu dikemukakan serentak,
maka hakim hendaklah mengadakan undian untuk menentukan mana yang patut
dibicarakan terlebih dahulu.
4. Bermusyawarah
Sekiranya perbicaraan itu melibatkan kes yang berat dan memerlukan pengadilan
yang teliti, maka hakim bolehlah bermusyawarah dengan pembantu-pembantunya.

 Dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syarie


Etika lain di dalam Arahan Amalan

Etika Pegawai Sulh

Etika di dalam Kod Etika Pegawai Sulh


 Tanggungjawab umum (sama dengan etika hakim syarie dalam Arahan Amalan)

 Tanggungjawab khas
1) (sama dengan etika hakim syarie dalam Arahan Amalan)

2) Pegawai Sulh hendaklah :


i. Tidak berat sebelah
ii. Sentiasa berkecuali
iii. Merahsiakan segala perkara yang didahkan di dalam Majlis Sulh
iv. Mengelakkan berlaku konflik kepentingan
v. Memastikan bahawa ia mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam hal perkara
pertikaian
vi. Tidak boleh mengiklankan perkhidmatannya
vii. Menolak permohonan menjadi saksi atau penasihat kepada pihak-pihak dalam
Majlis Sulh yang pernah dikendalikannya
viii. Memastikan keselamatan pihak-pihak dalam Majlis Sulh
Peranan Hakim Syarie

 Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah


Syariah mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.
 Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’
dan undang-undang bertulis.
 Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan
berkesan;

Peranan Pegawai Sulh

 Mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan banyak.


 Menggalakkan perbincangan yang lebih bersifat kepada kepentingan pada masa
hadapan dan bukannya berterusan membincangkan hal-hal yang lalu.
 Memastikan proses sulh yang dijalankan mencapai kehendak atau objektif sulh
tersebut.

You might also like