You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


[Type text] KUALA KANGSAR
JALAN TUN ABDUL RAZAK
33000 KUALA KANGSAR, Tel. : 05-7761184
PERAK DARUL RIDZUAN Faks : 05-7761188
Email : ppdkuala@moe.gov.my
Portal : jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/

“BERSAMA-SAM MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM 2013-2025”


“PENDIDIKAN BERKUALITI,SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PPD.KUK 900-5/2/3 Jld. 4 ( )
Tarikh : OKT 2022
SYAWAL 1443H
Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Kuala Kangsar

Tuan,

PEMILIHAN PEMAIN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAWAH 11 TAHUN MAJLIS SUKAN
SEKOLAH-SEKOLAH (MSSD) DAERAH KUALA KANGSAR TAHUN 2022

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2022, Khamis (Kategori Lelaki & Perempuan Bawah 11 Tahun)
Masa : 8:00am - 1:00pm
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang SJKC Shing Chung

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk membenarkan murid dan guru di sekolah
tuan hadir ke pemilihan tersebut. Semua pihak yang terlibat wajib mematuhi sepenuhnya GARIS
PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN KPM (Sukan dan
Kokurikulum) berkaitan perkara ini. Selain itu, pihak sekolah hendaklah mematuhi peraturan-peraturan
berikut:

3.1 Tempat yang dipilih untuk mengadakan program telah dikenal pasti selamat dan
bersesuaian. SPI Bil. 8/2009 (Langkah-langkah Keselamatan semasa mengikuti aktiviti
program lawatan di luar waktu persekolahan).
3.2 Persetujuan diperoleh daripada guru besar serta ibu bapa murid berkenaan.
3.3 Peruntukan kewangan boleh digunakan oleh murid untuk tujuan ini, SPK Bil. 1/2021.
3.4 Penganjur dan pihak sekolah hendaklah mematuhi kenyataan media daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan isu-isu semasa.
3.5 Pihak sekolah juga perlu mematuhi SPI Bil. 8/2016, Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah berhubung penggunaan masa dan peruntukan waktu pengajaran dan
pembelajaran mengikut jam kredit setahun.
3.6 Pergerakan murid mesti diiringi oleh guru pengiring dan guru pengiring mesti berada di
lokasi murid sepanjang program berlangsung. SPI Bil. 9/2000 dan SPI Bil. 5/2016
(Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan
Sekolah).
3.7 Jika guru membawa murid menggunakan kenderaan sendiri, SPI Bil. 3/2019 SOP
Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi
KPM mestilah dipatuhi.
3.8 Semua pihak diminta memastikan semua murid yang terlibat mempunyai perlindungan
insuran Takaful.
3.9 Peserta mestilah sihat tubuh badan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
[Type text] KUALA KANGSAR
JALAN TUN ABDUL RAZAK
33000 KUALA KANGSAR, Tel. : 05-7761184
PERAK DARUL RIDZUAN Faks : 05-7761188
Email : ppdkuala@moe.gov.my
Portal : jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zahiruddin bin Zubir, Pen. PPD Pembangunan Bakat
Murid, PPd Kuala Kangsar di talian 019-4809147. Kerjasama tuan dalam menjayakan perkara ini amatlah
dihargai.

Sekian, terima kasih


.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SAFUAN BIN HAJI RABA’AI,PPT )


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

You might also like