You are on page 1of 10

1

TARIKH             : 22 SEPT 2019


MASA                 : 10.00 PAGI
TEMPAT      : DEWAN COLOSSEUM SMKKJO

PENGUMUMAN

1- Sepanjang majlis mohon minimakan pergerakan anda agar tidak mengganggu


kelancaran majlis
2- Para hadirin dilarang untuk mengambil gambar secara peribadi selagi majlis
belum selesai dan hanya JK fotografi bertugas sahaja yang dibenarkan.
3- Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan PN NORSAEDAH BT CHE REE diiringi barisan


para pentadbir dan dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Para hadirin diminta
berdiri.

**NEGARAKU**

Terima kasih. Semua hadirin dijemput duduk. Buat pengetahuan hadirin dan hadirat,
Paluan kompang yang mengiringi perarakan masuk sebentar tadi adalah di bawah
bimbingan PUAN NOORHAFIZAH BT SULTAN bersama KUMPULAN KOMPANG ASRAMA
SMK KHIR JOHARI
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia


Baru, Salam Perak Excellent

SOLUTASI YANG BERUSAHA


TUAN PENGETUA SMK KHIR JOHARI, TG MALIM.
TN. HJ AHMAD JEFRI BIN KAMIL,

Z YANG DIRAIKAN
PN NORSAEDAH BT CHE REE

YANG BERBAHAGIA,
YANG DIPERTUA PIBG SMK KHIR JOHARI,
DATUK SAHARUDIN BIN ZAINAL ABIDIN

YANG BERUSAHA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
CIK HAJJAH MAZNAH BT A MANAN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


PN HJH SHARIFAH BT SHARIF
2

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


EN. AINUDDIN BIN MUHAMMAD

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS


EN AMRAN B MARHAMDAN

Yang dihormati Guru-guru Kanan, Guru-guru serta para pelajar, hadirin


hadirat yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, dengan limpah perkenan serta


kasih sayang daripadaNya, maka dapat kita bersama-sama berkumpul
dalam majlis yang penuh gemilang ini iaitu MAJLIS BAKTI DISANJUNG, BUDI
DIJUNJUNG sempena persaraan PN NORSAEDAH BT CHE REE

USAH DITANGIS RAKAN DAN TAULAN


USAH BERHIBA BERHATI WALANG
HARI PERSARAAN KITA RAIKAN
DALAM MAJLIS GILANG GEMILANG
BAKTI DISANJUNG NAMA DIBERI
BUAT MERAI TEMAN BESTARI
ANDA SAHABAT YANG KAMI KASIHI
BUDIMU PUAN AMAT DIHARGAI

Justeru, saya mewakili seluruh warga sekolah merakamkan ucapan


terimakasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini

Para hadirin sekalian,


Berbekalkan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan warga SMK Khir Johari,
DOA maka hari persaraan ini diadakan khusus bagi mengenang jasa PN. NORSAEDAH
BT CHE REE sepanjang beliau berkhidmat di desa nan permai ini. Segala
AZ pengorbanan serta ilmu yang PN. SAEDAH curahkan kepada kami semua disini,
tidak akan cukup dengan kata-kata terima kasih yang kami lafazkan... masih bersisa
walaupun segunung intan kami hadiahkan... tiada yang lebih berharga... tiada yang
lebih bermakna melainkan jasa seorang guru.... yang tidak akan lenyap walau jasad
telah berkubur....yang tidak akan pernah pudar... hingga titisan keringat terakhir,
nama seorang guru akan terpahat kukuh dalam sanubari setiap insan yang pernah
mendamba ilmu yang dicurahkan oleh beliau... terima kasih PN. NORSAEDAH BT
CHE REE hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa dan budi luhurmu itu...

KERONGSANG SUASA INDAH TERSEMAT


PADAMU JELITA TERPAUT HATI
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI
3

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
DOA
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh TN HAJI NAZRI BIN MUHAMMAD. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. AL FADHIL USTAZ.

DOA
Amin Amin Ya Rabbal Alamin..
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada AL FADHIL USTAZ atas
bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN
Seterusnya, majlis mempersilakan Ketua Murid SMK Khir Johari sesi 2019
WAKIL
PELAJAR SITI KHADIJAH BT AGUSSAIFUl mewakili pelajar-pelajar SMK Khir Johari
untuk menyampaikan ucapan mewakili suara hati mereka semua.
Dipersilakan.
(Z)
UCAPAN UCAPAN WAKIL PELAJAR
PENGERUSI Terima kasih diucapkan.
K3P
Kini, majlis mempersilakan PENGERUSI K3P SMK KHIR JOHARI SESI 2019,
TN. HJ MOHD ANUAR b. SALLEH, untuk memberikan sepatah dua kata
tanda ingatan penuh kemesraan buat puan yang diraikan. Dipersilakan.

UCAPAN K3P
Terima kasih diucapkan.

Hadirin sekalian,
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata semangat pemanis kalam.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput YG BERUSAHA TUAN


PENGETUA SMK KHIR JOHARI, TN. HJ AHMAD JEFRI BIN KAMIL, untuk
(AZ) menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan
UCAPAN
PENGETUA UCAPAN TUAN PENGETUA
Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada TUAN
PENGETUA atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan 


Itu adat, itu lumrah kehidupan 
(Z)
Begitulah rentetan perjalanan 
PRSMBHAN Sampai masa pasti akan bernoktah dihujungnya kerana...
MURID Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Walau sukar untuk ditelan kepedihan meninggalkan 


4

Tapi kaki tetap mengorak jalan 


Selagi hayat dikandung badan 
Jiwa pendidik takkan mungkin terlupakan

(AZ)
Sekarang kita akan saksikan persembahan tarian Selamat Datang yang
menggabungkan beberapa elemen kepelbagaian kaum di Malaysia yang
melambangkan identiti sebuah Negara yang bersatu. Kita saksikan
persembahan kumpulan Sanggar Budaya.... Dipersilakan...

TARIAN 1
Untuk makluman, seni tari yang mengasyikkan ini mendapat sentuhan
Koreografer tersohor, Encik Supardi.

Terima kasih diucapkan.


PERSEMBAHAN TAMAT

TIBA JUA DI PERSIMPANGAN INI,


BARULAH KITA TAHU BESARNYA ERTI BUDI,
MAKNA JALINAN KASIH YANG ABADI,

SEMARAK MESRA YANG MERCUP DALAM MANIS BICARA,


DAN NILAI SETIA SEMUA YANG ADA,
MENGADUN CITRA SEANGGUN PERMATA,
TERUKIR DALAM JIWA BAHAGIA.

SETIA DI SINI UNTUK MELENGKAPI WAKTU,


MENENUN HARAPAN DENGAN ILTIZAM DAN RESTU,
TANPA CURIGA MENUSUK RASA,
LANTARAN DI SINI SEMUA SAUDARA,
PENGHIBUR DUKA PEMULIH LARA,
PENYAMBUNG PESONA KE USIA BERSARA.

BUDI SEGUNUNG TERCURAH DALAM RENCANA,


BAKAL MENGERDIP SINAR KEMILAU ARCA KENCANA,
TERHIAS DI DINDING MINDA, MEMARAK ASAS WACANA,
MERUAP BANGGA MEMANGKIN KESIMA,
MELARIK TELADAN IKUTAN BERMAKNA.

SEMARAK RINDU KAMI NANTI,


MENGENANG DETIK MANIS YANG SEMAKIN SEPI,
HILANG BICARA MESRA, LUPUS KIRANYA GURAU SENDA,
JARAK DAN RUANG PASTI SEMAKIN DIRASA,
JUSTERU LANGKAH DAN ARAH KIAN BERBEZA.

KASIH INI TETAP KUKUH,


TERPAHAT DALAM INGATAN YANG TEGUH,
TERBIT DARI IKATAN UKHUWAH YANG AMPUH,
RINDU NOSTALGIA DI SINI BERLABUH.
5

SETIA BUDI SEMARAK KASIH,


UNTUKMU PUAN INSAN TERPILIH,
PERGIMU PUAN BUKAN TERSISIH,
BUDIMU PUAN DI HATI MEMBENIH.
SETIA BUDI SEMARAK KASIH,
PUAN BERANGKAT KAMI YANG MERINTIH.

JASAMU DIKENANG.
BUDIMU TAK TERBILANG
SEMANGATMU DIJULANG
(Z) KHIDMATMU NYATA GEMILANG

Begitulah, andai dapat diperkatakan atas segala jasa bakti yang telah
dicurahkan oleh YG DIRAIKAN PN NORSAEDAH BT CHE REE sepanjang
perkhidmatan beliau di sekolah ini. Walau semuanya akan dilipat kemas
menjadi lipatan sejarah, namun kami akan sentiasa mengingatinya sebagai
detik kenangan terindah. Dikesempatan ini juga, saya mewakili seluruh
warga kerja SMK KHIR JOHARI menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf andai ada tutur kata dan tingkah laku yang menyinggung rasa
CIKGU SAEDAH. Moga ukhuwah yang telah terjalin selama ini akan terus
bersemi.

Justeru bagi mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah CIKGU
SAEDAH curahkan sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang tercinta,
bergelumang dengan jerit perih di arena pendidikan ini di sekolah ini, maka
terhasillah montaj yang didedikasikan khusus buat beliau. Untuk makluman
semua, montaj ini telah dihasilkan oleh En. Mahfuz b. Hj Ahamed, dibantu
oleh Pn. Nor Aishah bt Abdullah.

SLIDES PRESENTATION

Dengan itu majlis mempersilakan PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, CIK


HAJAH MAZNAH BT A. MANAN untuk menjemput dan mengiringi yang
PEMBACAA diraikan PN NORSAEDAH BT CHE REE naik ke singgahsana yang tersedia.
N BIODATA Dipersilakan.
DAN
PERSMBAH
AN SLIDE
TAYANGAN SLIDE

TIDAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA


TIDAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
(AZ)
TIDAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA YANG DIRAIKAN TIDAK BERBICARA

UCAPAN Buatmu insan yang sentiasa disayang... bisikkan pada kami pesanan rindumu itu...
6

YANG akan kami simpan di kotak ingatan yang paling dalam... akan kami cantum bait-
DIRAIKAN baitmu itu, dan kami jalinkan menjadi hamparan paling indah agar tidur kami nyenyak,
diulit mimpi-mimpi segar... supaya esoknya kami bangun dengan semangat...
meneruskan usahamu menelusuri wadah perjuangan demi memanusiakan insan-
insan yang dihadapan... agar anak-anak bangsa terus memacu kecemerlangan
Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis mempersilakan Yg. Diraikan PN.
(Z) NORSAEDAH BT CHE REE, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

HJH MAZNAH STAY ON THE STAGE


UCAPAN KAK SAEDAH
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
YANG DIRAIKAN PN NORSAEDAH BT CHE REE atas ucapan sebentar tadi.
Semoga apa yang telah dibicarakan oleh CIKGU SAEDAH tadi bakal menjadi
panduan kita yang tinggal kerana perjalanan kita masih jauh..

HJH MAZNAH STAY ON THE STAGE


MOHON KAK SAEDAH TERUS BERADA DI ATAS PENTAS
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sudah teradat si anak lelaki 


Mati berjuang, berundur jangan 
Berani kami menjunjung adat 
Bukan memberi kata dan puji 
Hanya budi dalam ingatan 
Buat kenangan sepanjang hayat
KAK SAEDAH TERUS BERADA DI ATAS PENTAS
PYMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 
WATIKAH Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG
BERUSAHA TUAN PENGETUA SMK KHIR JOHARI, Tn. Hj Ahmad Jefri B.
Kamil untuk menyampaikan watikah persaraan. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN WATIKAH
Terima kasih diucapkan kepada tn Pengetua

( KAK SAEDAH DIMINTA UTK TERUS BERADA DI ATAS PENTAS)


(MOHON TUAN PENGETUA UTK TERUS BERADA DI PENTAS)
Majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
CIKGU SAEDAH
7

Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q--- 

HADIAH (KIV)
PYMPAIAN
HADIAH 1.
2.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kesudian
Menyampaikan cenderamata..

Seterusnya, sekali lagi kita akan dihiburkan dengan persembahan Tarian


Zapin Lambak. Sebuah tarian Zapin yang diasaskan oleh Allahyarham Abdul
AZ Rashid bin Riona dari Muar Johor. Kita saksikan Zapin Pekajang….

TARIAN 2/ LAGU GURU2

Curah serbat di atas lantai,


Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,


Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,


Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Z MEKAR KEMBOJA INDAH BERSERI,


BAUNYA HARUM WANGI SEKALI
PUAN DISANA, KAMI DISINI
ADA MASA BERSUA LAGI

TUAI PADI ANTARA MASAK 


ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN 
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK 
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

Para hadirin yang dihormati sekelian,


Dengan alunan pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah acara kita pada hari
ini. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
8

kepada Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus


dari mula hingga ke akhirnya.

Sebelum bersurai hadirin hadirat dijemput untuk mengabadikan kenangan


untuk SESI FOTOGRAFI bersama YG DIRAIKAN PN NORSAEDAH BT CHE
REE di atas pentas.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YG DIRAIKAN


PN SAEDAH kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar KAK SAEDAH bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan. 

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Persaraan ini. 

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. 

PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA 


KELAPA MUDA KELAPA BALI 
(AZ) JARI DISUSUN MAAF DIPINTA 
PANJANG USIA BERSUA KEMBALI
JAMUAN
VIP INDAH RUPAMU SI RAMA-RAMA
-GURU PLJR TERBANG BERKAWAN MENAMBAH SERI
BERBARIS
YANG ELOK BAWALAH BERSAMA,
-THUMB
PRINT YANG TIDAK TINGGALKAN DISINI.

Mohon guru-guru dan para pelajar diminta untuk berbaris di sepanjang


laluan untuk menyaksikan lambaian terakhir dari YG DIRAIKAN PN
NORSAEDAH BT CHE REE setelah beliau MENGIMBAS IBU JARINYA DI
MESIN PERAKAM WAKTU sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di
dalam perkhidmatan ini.

(MASA BERJALAN KE PEJABAT)


(NYANYI LAGU BERTEMU BERPISAH)

TERANG BULAN DI MALAM HARI


INDAH GEMERLAP BINTANG BERCAHAYA
KASIH DAN SAYANG IKHLAS TERPATRI
RINDU BERTAUT SEPENUH JIWA

INDAH GEMERLAP BINTANG BERCAHAYA


SEMILIR BERHEMBUS BERPUPUT MESRA
RINDU BERTAUT SEPENUH JIWA
9

MESRA TERJALIN INDAH TERASA

RAUT WAJAH DAMAI DAN TENANG


TIADA TERKALAM KASIH DIJUNJUNG
JASA BAKTIMU TETAP DIKENANG
BUDI BAIKMU TETAP DISANJUNG

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. 

                      
10

HADIAH (KIV)
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

 Hadiah dari barisan PENTADBIR akan disampaikan oleh Tuan PENGETUA


 Hadiah dari guru-guru KANAN SMK Khir Johari
 Hadiah dari Kelab Kakitangan SMK Khir Johari, dipersilakan USTZ ANUAR
merangkap PRESIDEN K3P
 Tanda Ingatan Abadi dari guru-guru pendidikan KHAS... disampaikan oleh En.
AMRAN b, Marhamdan
 Hadiah Persendirian
 Sekalung kasih semurni budi tanda ingatan ikhlas dari staf sokongan
dipersilakan
 Hadiah dari PIBG
 Koperasi Sekolah
 Hadiah dari pelajar – MKT PN RAZMARINA BT A. RASAK
 Para penghuni Asrama juga tak lupa menghulurkan tanda mata .... dipersilakan
  

You might also like