You are on page 1of 2
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel : 603-88849586 (Aras 3) ate le 603-88849370 (Aras 4) Faks : 603-88849315 Laman Web : wwwmoe.gov.my Ruj. Kami : KPM.600-8/2/10JLD2 (32) Tarikh ; 31 Mac 2021 Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia (KPPMSM) No. 33E, Jalan Temerloh Makmur 28000 Temerloh Pahang Tuan, KAJIAN MENU STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimakiumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan prasekolah di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu BPSH juga menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan pendidikan prasekolah serta isu-isu berkaitan dengan agensi pelaksana prasekolah daripada awam dan swasta. 3. Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia KPM Bersama Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru Bilangan 2/2017, Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia (KPPMSM) telah menimbulkan isu tentang keperluan untuk semakan semula menu baharu prasekolah KPM, 4. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan adalah dimohon bagi menyediakan laporan kajian atau soal selidik daripada pihak KPPMSM berkenaan isu berkaitan menu sedia ada. Pihak tuan adalah dimohon menghantar laporan kajian tersebut menerusi ¢-mel norlailahashim@moe,gov.my — selewat-lewatnya pada 15 April 2021 (Khamis). KAJIAN MENU STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Ruj. Kami : KPIM.600-8/2/10JLD2 (32) 3) Mac 2021 5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi Puan Norlaila binti Hashim di talian 03-8884 9331 atau Dr. Mardziah binti Abdullah di talian 03- 8884 9566. Segala kerjasama dan pethatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (D4fo’ MOHD \AMIL BIN MOHAMED) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia sk, Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

You might also like