You are on page 1of 48

Accelerat ing t he world's research.

WAHIDAH ABU BAKAR


Thulasi Rudrapathy

Related papers Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Seminar PDPC Abad Ke-21 Kebangsaan IPGK Sult an Mizan 2018


Joe Macho

79081007HBEF4303 Act ion Research.docx


Nurfazlina (Penang Office)

Kesan Pembelajaran Menggunakan Perisian SSMS Sekolah Best ari Berbanding Pengajaran Dan Pemb…
Ahmad Hanizar
KEBERKESANAN KONSEP PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH

WAHIDAH BINTI HJ ABU BAKAR

Laporanprojekinidikemukakansebagaimemenuhi

Sebahagiandaripadasyaratpenganugerahan

IjazahSarjanaPendidikanTeknik Dan Vokasional

FakultiPendidikanTeknik Dan Vokasional

UniversitiTun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2011
v

ABSTRAK

Politeknik bukan sahaja melahirkan pelajar yang terpelajar dari segi kognitif malah
juga melahirkan pelajar yang cukup sifatnya sebagai manusia sepertimana yang
diharap oleh Falsafah Pendidikan Negara kita iaitu cukup jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Konsep Peta Minda adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan
sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji
keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah bagi
subjek Aplikasi Komputer. Bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi eksperimen
yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pasca ke atas kumpulan rawatan dan
kawalan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar dari kelas DEP1C dan DEP1E
di Politeknik Johor Bahru. Sampel adalah terdiri daripada 30 orang pelajar untuk
kumpulan rawatan, dan 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan. Kumpulan
rawatan telah diajar dengan bantuan konsep peta minda dalam pembelajaran
berasaskan masalah manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah PBM sahaja.
Rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Hasil
kajian telah mendapati min pencapaian kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 82.33
dan signifikan secara statistik pada tahap α= 0.05 (ρ = 0.00) berbanding dengan min
kumpulan kawalan iaitu 64.93 yang menunjukkan bahawa penggunaan konsep peta
minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek Aplikasi
Komputer. Oleh itu, pembelajaran yang menggunakan konsep peta adalah
dicadangkan untuk diamalkan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
matepelajaran Aplikasi Komputer.
vi

ABSTRACT

The Polytechnic is producing student not only restricted to cognitive intelligence


human being but it goes beyond in creating a well balanced student influenced by
National Education Philosophy i.e., integrating well physical being emotion, spiritual
and wisdom. Concept mapping is a graphical method for describing a specific
concept. The objective of this study to analyse the effectiveness of concept mapping
in subject oriented towards Computer Application. The study used a pre and
post test quasi-experimental design method with a control group. The samples
were two groups from class DEP1C and DEP1E of students from Polytechnic Johor
Bahru. The samples consist of 30 students for the experimental group and 30
students for the control group. The experimental group was taught using concept
mind mapping in problem based learning and the control group was taught only
using problem based learning. 2x2 factor design is used that engage t-test with 0.05
significant values. The results show that the mean of the concept mapping group is
statistically significantly higher (mean = 82.33) than the control group (mean =
64.93) with ρ = 0.00 α = 0.05), which means that the use of concept mapping
enhances the effectiveness of concept learning in Computer Application. Hence,
concept map method is recommended to be used in Computer Application subject.
viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.7.1 Hipotesis Null (H0) 10
1.7.2 Hipotesis Alternatif (Ha) 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Kepentingan Kajian 13
1.10.1 Pelajar 13
1.10.2 Pendidik 14
1.10.3 Jabatan Matematik Sains Dan Komputer 14
1.10.4 Politeknik Johor Bahru 14
1.10.5 Kementerian Pendidikan Tinggi malaysia 15

1.11 Kerangka Konseptual 15


1.12 Definisi dan istilah 17
1.12.1 Pembelajaran 17
1.12.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah 17
1.12.3 Modul Pembelajaran 18
1.12.4 Peta Minda 19
1.12.5 Kognitif 19
1.12.6 Pencapaian Akademik 19
1.13 Kesimpulan 20
ix

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 21


2.1 Pengenalan 21
2.2 Gaya Pembelajaran 22
2.3 Teori-teori Pembelajaran 23
2.3.1 Pembelajaran Secara Konstruktif 23
2.3.2 Pembelajaran Koperatif 23
2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman 24
2.3.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar 25
2.4 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 25
2.4.1 Pembelajaran Berasaskan Masalah 25
2.4.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah 26
2.4.3 Model Fasa Pembangunan Kurikulum bagi 29
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Robert Fogarty (1997)
2.4.4 Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah 33
2.4.5 Peta Minda 36
2.5 Pembelajaran Berasaskan Minda 39
2.6 Teori Otak 40
2.6.1 Empat Kuadran Berfikir 41
2.7 Pencapaian Pelajar Melalui Konsep Peta Minda 42
2.8 Penerimaan Konsep Peta Minda Di Kalangan 43
Pelajar.
2.9 Sorotan Kajian 44
2.9.1 Reka bentuk Hibrid Pembelajaran 44
Berasakan Masalah (PBM)
2.9.2 Sains Komputer dalam Classroom-in- 46
The-Round
2.9.3 Kesan Penggunaan Peta Konsep 47
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar
x

Sekolah Menengah Teknik Pengajian


Kejuruteraan Mekanikal.
2.9.4 Penggunaan Peta Konsep Dan Peta 47
Vee Dalam Meningkatkan sikap Pelajar
Terhadap Kimia
2.9.5 Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan 48
Pembelajaran Koperatif Terhadap
Prestasi Pelajar
2.9.6 Penggunaan peta konsep dalam pengajaran 49
dan pembelajaran
2.9.7 Teori-teori Berkaitan Dengan Peta Konsep 50
2.10 Kesimpulan 53

BAB 3 METODOLOGI 54
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka Bentuk Kajian 55
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 60
3.4 Instrumen Kajian 61
3.4.1 Ujian Pra Dan Ujian Pasca 61
3.4.2 Modul Pembelajaran 65
3.5 Kajian Rintis 66
3.5.1 Ujian Pra Dan Ujian Pasca 66
3.6 Pengumpulan Data 68
3.6.1 Prosidur Kajian 69
3.7 Analisis Data 72
3.8 Kerangka Operasi 74
3.9 Andaian Kajian 75
3.10 Kesimpulan 76
xi

BAB 4 ANALISIS DATA 77


4.1 Pengenalan 77
4.2 Analisis Data 78
4.3 Pengujian Hipotesis 79
4.4 Apakah Pencapaian Keseluruhan Pelajar Sebelum 81
Dan Selepas Proses Pembelajaran Dengan
Menggunakan Kaedah Konsep Peta Minda Dan
PBM?
4.4.1 Pencapaian Responden Berdasarkan Kaedah 83
Konsep Peta Minda dalam Pembelajaran
Berasaskan Masalah (Kumpulan Rawatan)
4.4.2Pencapaian Responden Dengan Menggunakan 85
Kaedah PBM (Kumpulan Kawalan)
4.4.3 Perbandingan Pencapaian Responden 87
kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

4.5 Adakah Terdapat Perbezaan yang signifikan dalam 89


ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan ?

4.5.1 Perbezaan Diantara Ujian Pra Dan Ujian Pasca 89


Untuk Pelajar Kumpulan Rawatan

4.5.2 Perbezaan Diantara Ujian Pra Dan Ujian Pasca 90


Untuk Pelajar Kumpulan Kawalan

4.5.3 Perbezaan Di Antara Markah Ujian Pasca 92


Kumpulan Kawalan Dengan Markah Ujian
Pasca Untuk Kumpulan Rawatan

4.5.4 Perbezaan Peningkatan Ujian Pencapaian 93


Pelajar Di Antara Kumpulan Kawalan
(pembelajaran berasaskan masalah sahaja)
xii

dan kumpulan rawatan (konsep peta minda


dalam pembelajaran berasaskan masalah)

4.6 Kesimpulan 95

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 96


5.1 Pengenalan 96
5.2 Perbincangan Dapatan kajian 97
5.2.1 Apakah Modul Pembelajaran Berasaskan 98
Masalah yang bersesuaian di dalam
matapelajaran Aplikasi Komputer?

5.2.2 Apakah pencapaian keseluruhan pelajar 102


sebelum dan selepas proses pembelajaran
dengan menggunakan kaedah konsep peta
minda dan PBM?

5.2.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan 105


dalam ujian pencapaian pelajar diantara
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

5.2.4 Adakah kaedah pembelajaran menggunakan 108


teknik Peta Minda dalam pembelajaran
berasaskan masalah lebih berkesan berbanding
dengan pembelajaran menggunakan kaedah
PBM sahaja terhadap prestasi pencapaian pelajar?

5.3 Kesimpulan 110


5.4 Cadangan 112
5.5 Penutup 114
xiii

RUJUKAN 115
LAMPIRAN 124
xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual FILA 36


2.2 Kerja dalam kumpulan lebih dominan daripada kerja 46
secara individu
3.1 Taburan Sampel Politeknik Johor Bahru 60
3.2 Indeks Kesukaran Dan Aras Kesukaran Piawai 67
3.3 Indeks Diskriminasi Dan Aras Diskriminasi Piawai 67
3.4 Aktiviti Pengambilan Data Kajian 68
3.5 Kaedah Analisis Data 73
4.1 Statistik Deskriptif Untuk Skor Min Ujian Pra 80
4.2 Keputusan Ujian-t Bagi Ujian Pra 80
4.3 Keputusan Ujian Kolmogorov-Smirnov Bagi Ujian Pra 81
4.4 Analisis markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca bagi 81
kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan
4.5 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pasca 82
Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan
4.6 Perbandingan Markah Pelajar Kumpulan Rawatan 84
Sebelum Dan Selepas Menggunakan Kaedah Konsep
Peta Minda Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah
4.7 Perbandingan Markah Pelajar Kumpulan Kawalan 86
Sebelum Dan Selepas Menggunakan Kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah Dan Peta Minda
xv

4.8 Perbandingan Peningkatan Markah Ujian Pra Dan 88


Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan
Rawatan
4.9 Statistik Sampel Berpasangan Ujian Pra dan Ujian 90
Pasca Bagi Kumpulan Rawatan
4.10 Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pra – Ujian Pasca 90
Bagi Kumpulan Rawatan
4.11 Statistik Sampel Berpasangan Ujian Pra dan Ujian 91
Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
4.12 Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pra – Ujian 91
Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
4.13 Statistik Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pasca 92
Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan
4.14 Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pasca Bagi 93
Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan
4.15 Skor Min Ujian Pra, Ujian Pasca dan Peningkatan 94
Pencapaian Pelajar Bagi Kumpulan Rawatan Dan
Kumpulan Kawalan
4.16 Analisis Peningkatan Pencapaian Pelajar Di antara 94
Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan kawalan
xvi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 16


2.1 Carta Alir Model Kurikulum : Fasa Pembangunan 30
bagi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
2.2 Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah 34
2.3 Rajah Pengelasan Otak 37
2.4 Teori Otak Kiri Dan Kanan 40
2.5 Modul empat kuadran berfikir Hermann 41
2.6 Model bagi kurikulum Shift 44
2.7 Model Hibrid bagi PBM 45
3.1 Aktiviti Penilaian Sebenar 56
3.2 Panduan Model PBM Dan Konsep Peta Minda Bagi 58
Matapelajaran Aplikasi Komputer
3.3 Cara Perlaksanaan Kajian 71
3.4 Kerangka Operasi 74
4.1 Lengkungan Normal Pada Histogram 79
xvii

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Silibus 125
B Taburan Kekerapan Keputusan Peperiksaan 130
Pertengahan Tahun Bagi Kumpulan Kawalan
Dan Kumpulan Rawatan
C Modul PBM Dan Konsep Peta Minda 131
D Contoh Konsep Peta Minda Aplikasi Komputer 139
E Set Soalan Ujian Pra 141
F Set Soalan Ujian Pasca 146
G Skema Ujian Pra 151
H Skema Ujian Pasca 155
I Jadual Penentu Ujian 159
J Kajian Rintis 160
K Hasil Kajian SPSS 161
L Pengesahan Ujian 168
M Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 173
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada


pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat
rendah, menengah atau atas adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada
pembangunan negara. Mereka berperanan serta dipertanggungjawab untuk
merealisasikan wawasan negara demi menjana kemajuan teknologi terkini. Ekoran
daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki
dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia (Ibrahim, Baharuddin &
Jamaluddin, 2005).
Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak.
Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan
membuat ulangkaji di luar kelasbiasanya bermula dari cara seseorang guru itu
mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang
menarik. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem
pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai
mempunyai kaitan dengan cabaran ke enam wawasan 2020 iaitu mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif dan memandang jauh ke hadapan
(Som & Dahalan, 1998).
2

Pada masa kini, terdapat seruan atau tuntutan supaya perubahan dilakukan
terhadap strategi pengajaran sedia ada di mana dari pengajaran berpusatkan guru
kepada pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Ini bermakna, pelajar dituntut
untuk lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Demi menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea, teknik
atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran
mereka. Sistem Pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting
untuk menghasilkan pakar-pakar jurutera yang berkaliber dan memberi sumbangan
yang bermakna demi kemajuan negara.
Mata pelajaran Aplikasi Komputer adalah penting dan wajib dipelajari oleh
semua pelajar di Politeknik untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang perkomputeran. Munculnya teknologi komputer dapat
membantu manusia untuk mengumpul, memproses dan mendalikan maklumat secara
mudah dan bersistematik. Konsep perkomputeran seringkali melibatkan pengunaan
istilah-istilah yang spesifik dan bersifat abstrak serta kompleks. Penguasaan kukuh
sesuatu konsep perkomputeran memerlukan penaakulan secara logikal. Kebolehan
untuk menaakul dan memberi definisi konsep serta menyusun konsep yang dipelajari
dalam struktur kognitif dapat membantu pelajar mengekalkan ingatan terhadap
sesuatu konsep dalam jangka masa yang panjang.
Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau
menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang
dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan
di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang
diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil
kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman
serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran
secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah
pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul.
Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran
dan dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini
adalah kerana menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam
pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap matapelajaran
yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak
3

kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum.


Menurut Huo Kok Sen (dalam Tukiran, 2004), kesan penggunaan konsep peta minda
ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai satu advancer
organizer untuk pembelajaran sains.
Peta konsep dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang baru untuk
memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama bagi menggalakkan pemikiran yang
kritis. Selain daripada itu, peta konsep juga digunakan untuk mengukuhkan
pengalaman pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
efektif (Canas et al., 2003). Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat
dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan
berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif.
Pembelajaran melalui konsep peta minda akan menjadi pembelajaran lebih bermakna
kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan
pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan
perhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini, pemahaman
pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran akan
meningkat.
Selaras dengan inovasi teknologi yang merupakan cabaran baru maka satu
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) juga telah diperkenalkan. Pembelajaran Berasaskan
Masalah atau lebih dikenali sebagai PBL (Problem Based Learning) buat kali
pertama digunakan oleh Fakulti Perubatan Universiti Case Western Reserve pada
1950-an. PBM adalah merupakan satu contoh pendekatan pembelajaran yang
menggunakan persekitaran pembelajaran konstruktivisme. Konstruktivisme fokus
kepada kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar secara
praktikal dan caranya ialah meminta pelajar membina ilmu sendiri (Roblyer, 2004).
Maka, gabungan persekitaran pembelajaran yang sedemikian mampu melahirkan
pelajar yang kreatif dan kritis.
Selain daripada itu, antara salah satu kekuatan pada strategi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan PBM adalah menggalakkan penglibatan yang aktif
dikalangan pelajar dalam sesi pembelajaran. Menurut Montgomery (2000), kelebihan
utama penggunaan PBM berbanding dengan strategi pembelajaran lain yang
dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau simulasi dalam
4

membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara
yang dipelajari. Justeru, ini akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk
terus mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Kaedah PBM dapat membantu
pelajar memperolehi kemahiran dalam menyelesaikan soalan yang berbentuk aplikasi
dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.
Pencapaian akademik yang tinggi adalah menjadi impian bagi setiap individu
yang bergelar sebagai pelajar di dalam menghadapi cabaran kesan globalisasi dan
liberasi dunia. Teknik atau kaedah pembelajaran yang betul adalah perlu bagi setiap
pelajar dalam mencapai impian serta matlamat mereka. Satu proses pembelajaran
yang betul serta sesuai perlu diamalkan oleh setiap individu kerana proses
pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan proses ini amat penting bagi mendapatkan
serta menyebarkan ilmu dalam kehidupan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers
berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai
kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian
dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih
bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik.

1.2 Latar belakang

Menurut Nor (2002), Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula
yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk
menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung pada diri pelajar itu sendiri.
Setiap pelajar mempunyai karakter yang berbeza berpandukan jiwa dan keselesaan
pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran. Selain itu, mereka juga mempunyai
daya kreativiti yang berbeza berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing (Paul,
2000).
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah membentangkan bajet
negara bagi tahun 2007 pada 1 September 2006 bagi melaksanakan Misi Nasional ke
arah mencapai wawasan negara. Menurut beliau, antara teras utama Misi Nasional ini
5

ialah untuk membolehkan sektor swasta menerajui semua pembangunan ekonomi


negara serta mempergiatkan lagi sumber penajaan pertumbuhan baru berintensif
teknologi dan pengetahuan. Oleh itu negara amat memerlukan tenaga kerja mahir
yang mempunyai kompetensi bersesuaian dengan keperluan perindustrian. YAB
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengkehendaki negara melahirkan lebih
ramai ahli sains, jurutera, juruteknik dan pakar lain.
Pada masa yang sama, sistem pendidikan negara akan terus mengambil
pendekatan holistik bagi pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan
terhadap pendidikan sepanjang hayat, pemerolehan pelbagai pengetahuan dan
peningkatan kemahiran. Sehubungan dengan itu, negara Malaysia memerlukan lebih
ramai modal insan yang mempunyai minda kelas pertama bagi memenuhi keperluan
dalam sektor perindustrian yang akan dibangunkan. Oleh itu, adalah amat penting
bagi pensyarah untuk mengetahui pendekatan pembelajaran para pelajar agar lebih
kreatif dan profesional.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama dalam
memantapkan dan melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang kejuruteraan. Di
dalam bidang kejuruteraan, sememangnya memerlukan pelajar yang mempunyai
pengetahuan komputer yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam
komputer adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah negara
maju yang berteraskan sains dan teknologi.
Tujuan ditawarkan mata pelajaran Aplikasi komputeri, adalah untuk
mendedahkan pelajar berupaya menggunakan komputer secara efektif untuk
menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk
digunakan di dalam subjek-subjek yang lain dan berfungsi secara produktif dalam
kerjaya masa hadapan mereka. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) mengesan
antara kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kegagalan untuk
membantu murid mencari perkaitan antara maklumat baru dengan pengalaman sedia
ada dan antara dunia pendidikan dengan kehidupan seharian.
Peranan graduan memberi impak yang besar dalam mendukung cita-cita
negara. Perubahan dan penyusunan baru dalam pendidikan di peringkat tinggi terus
dipergiatkan supaya dapat melahirkan graduan yang lebih berkualiti. Sehubungan
dengan itu, pendekatan demi pendekatan baru diperkenalkan sebagai alternatif untuk
menambahbaikkan sistem pendidikan sedia ada. Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBM) ialah pendekatan yang menggunakan masalah semasa atau berkaitan dunia
6

sebenar dalam pengajaran. Selain dapat meningkatkan kemahiran pelajar, pendekatan


ini juga mendedahkan pelajar kepada masalah dunia sebenar dan terkini (Barbara, J.
D., 1995).
Menurut Graaff dan Kolmos (2003), dalam mempelbagaikan pengajaran
supaya dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar, pembelajaran berasaskan
masalah (PBM) merupakan salah satu alternatif daripada pembelajaran aktif.
Pembelajaran berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang
menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam
proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong
kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.
Secara umumnya, pelajar-pelajar tidak mempunyai satu kursus khusus bagi
mereka mempelajari kemahiran berfikir dan penggunaan peta minda (Tee et al.
2009). Maka, pendekatan baru perlu diusahakan oleh semua pihak untuk mengajar
kemahiran berfikir dan alat berfikir seperti peta minda kepada pelajar secara formal
atau tidak formal.
Penggunaan alat-alat berfikir seperti konsep peta minda dapat membantu
pelajar dalam mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman dalam matapelajaran
Aplikasi Komputer ini dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan oleh guru
menggunakan peta minda di dalam pembelajaran. Ini selaras dengan Abd.Rahim
(1999) dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan
perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran konsep pemetaan minda boleh
diketengahkan.
Mereka akan memberi galakan kepada anggota-anggota kumpulan untuk
menjadi ahli dalam bidang masing-masing dan mereka akan membantu. Apabila
terdapat sebarang masalah, pada kebiasaannya, anggota kumpulan yang ahli dalam
bidang tertentu akan memberi penjelasan kepada anggota-anggota lain dalam
kumpulan. Ini adalah bertepatan dengan konsep Pembelajaran Melalui Pengalaman
(Experiential Learning) daripada (Kolb, 1984) dan (Rogers, 1969). Teori
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar juga dari (Rogers, 1969) dan Teori Pembelajaran
Kooperatif oleh Herman Schneider (1939).
7

Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu


strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar
dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan
menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun.
Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan
masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang
menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami
kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya
atau guru.
Menurut Prof Madya Dr Khairiyah (Berita Harian, 2007), aktiviti dalam
pembelajaran aktif membabitkan semua pelajar dan tidak terhad kepada segelintir
yang memang aktif, untuk meningkatkan kefahaman dan keberkesanan
pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan
meminta dan memberi sedikit masa untuk pelajar berbincang dengan rakan di
sebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan idea kepada keseluruhan kelas.
Antara teknik pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif dan pembelajaran
berasaskan masalah. Kedua-dua teknik baru pembelajaran itu bukan saja dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran, tetapi kemahiran generik.
Menurut Prof Ir Dr Zaini Ujang (Berita Harian, 2007), Pihak industri
menunjukkan minat dalam penggunaan kaedah ini di kalangan pelajar. Sebagai
contoh, Dow Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd menyediakan geran RM10,000 untuk
digunakan di dalam mata pelajaran yang membabitkan PBM dan membantu dalam
usaha merekabentuk masalah untuk pelajar di dalam bidang kejuruteraan.
Kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin menarik dan
efektif. Pelajar tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang sering
kali membosankan, malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru dicuba dan
dilaksanakan sepenuhnya untuk merealisasikan inisiatif Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di
rantau ini. Dalam hal ini, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha
Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan
berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga mengarahkan semua
pensyarah IPT menerapkan kemahiran insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagi
membolehkan pelajar lebih kompetitif dan berketrampilan. Pembelajaran aktif
dirangka sedemikian rupa bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian
8

sepenuhnya dalam proses pembelajaran, dan tidak lagi hanya duduk mendengar
kuliah dan mencatat nota.
Kecemerlangan para pelajar di institusi pendidikan tinggi sering diperkatakan
oleh masyarakat umum. Kecemerlangan bukan sahaja di bidang akademik, tetapi
juga merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang telah
termaktub dalam prinsip pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN).

1.3 Pernyataan masalah

Subjek Aplikasi komputer merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam
bidang Kejuruteraan yang wajib dipelajari oleh pelajar semester satu di Politeknik,
maka kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini akan mencacatkan kemahiran
pelajar sebagai profesional apabila memasuki alam pekerja nanti.
Para pelajar didapati kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu
topik dengan topik yang lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang
lain dan juga di antara satu konsep dengan konsep yang lain. Kefahaman membuat
perkaitan antara konsep dan topik ini perlu ada memandangkan pengetahuan
Aplikasi Komputer ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki iaitu
kefahaman berbentuk mudah kepada yang berbentuk abstrak.
Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
tidak sesuai mengekang keseluruhan pencapaian pelajar. Menurut Abd. Aziz Abd.
Talib (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan
buku teks, buku latihan topikal dan nota pensyarah masih menjadi amalan. Ini
menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping membuatkan pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan. Menurut Ismail Zin
(2006) pula menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang memberikan
penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam sesuatu teknik telah menyebabkan
pelajar tidak bersedia dalam pembelajaran.
Justeru itu, pengkaji ingin mencadangkan penggunaan kaedah peta minda
dalam pembelajaran berasaskan masalah di kalangan para pelajar dengan harapan
untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman konsep dan perkaitan di antara
9

satu konsep dengan konsep yang lain mahupun dari satu topik ke topik yang lain.
Seterusnya, ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian dalam
matapelajaran Aplikasi Komputer.

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti keberkesanan konsep peta
minda dalam pembelajaran berasaskan masalah ke atas pencapaian pelajar-pelajar
Politeknik Johor Bahru yang mengikuti matapelajaran Aplikasi Komputer supaya
masalah-masalah berkaitan dapat dikenalpasti.

1.5 Objektif Kajian

Berikut adalah di antara objektif-objektif kajian ini :-

1. Mengintegrasikan Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah


berkonsepkan Peta Minda dalam matapelajaran Aplikasi Komputer.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian


pencapaian pelajar di antara kumpulan kawalan ( Pembelajaran
Berasaskan Masalah) dan kumpulan rawatan ( Peta Minda Dan
Pembelajaran Berasaskan Masalah)

3. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan konsep peta minda dalam


pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian pelajar dalam
matapelajaran Aplikasi Komputer.
10

1.6 Persoalan Kajian

1. Apakah modul Pembelajaran Berasaskan Masalah yang bersesuaian di dalam


matapelajaran Aplikasi Komputer?

2. Apakah pencapaian keseluruhan pelajar sebelum dan selepas proses


pembelajaran dengan menggunakan kaedah konsep peta minda dan PBM?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pencapaian pelajar di


antara kumpulan kawalan (pembelajaran berasaskan masalah sahaja) dan
kumpulan rawatan (konsep peta minda dan pembelajaran berasaskan
masalah)?

4. Adakah peta minda bersesuaian dengan pembelajaran berasaskan masalah


untuk matapelajaran Aplikasi Komputer?

1.7 Hipotesis Kajian

1.7.1 Hipotesis Null (H0)

Hipotesis merupakan ramalan tentang apa yang dijangka oleh pengkaji mengenai
masalah kajian. Oleh itu, hipotesis berdasarkan persoalan kajian.

Hipotesis Null, H0(1)

Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian
pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.
11

Hipotesis Null, H0(2)

Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian
pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Kawalan.

Hipotesis Null, H0(3)

Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian
pasca kumpulan Kawalan dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan
Rawatan.

Hipotesis Null, H0(4)

Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min skor ujian
pencapaian pembelajaran pelajar di antara kumpulan Kawalan dan kumpulan
Rawatan.

1.7.2 Hipotesis Alternatif (Ha)

Hipotesis Alternatif, Ha(1)

Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra
dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.

Hipotesis Alternatif, Ha(2)

Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra
dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Kawalan.
12

Hipotesis Alternatif, Ha(3)

Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian
pasca kumpulan Kawalan dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan
Rawatan.

Hipotesis Alternatif, Ha(4)

Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min skor ujian
pencapaian pembelajaran pelajar di antara kumpulan Kawalan dan kumpulan
Rawatan.

1.8 Skop Kajian

Tumpuan kajian adalah hanya untuk mengenalpasti keberkesanan konsep peta minda
dalam pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan pelajar dari Jabatan
Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Johor Bahru yang mengikuti matapelajaran
Aplikasi Komputer. Dalam kajian ini juga tumpuan diberikan kepada penggunaan
konsep peta minda dalam pembelajaran digunakan oleh pelajar yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada objektif dan persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan
sahaja. Selain itu, penyelidik juga hanya memberi tumpuan kepada golongan pelajar
yang terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik yang mengambil
matapelajaran Aplikasi Komputer di Politeknik Johor Bahru. Dalam kajian ini,
13

Konsep Peta Minda dan PBM tidak dilaksanakan menggantikan proses pengajaran
dan pembelajaran pensyarah sepenuhnya, sebaliknya sebagai satu tugasan
berkumpulan. Selain itu, kajian hanya dijalankan ke atas topik dan bab tertentu
sahaja disebabkan oleh kekangan dari segi masa dan pemilihan slot yang
bersesuaian.

1.10 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan kepentingan kepada golongan-golongan yang terlibat dalam


sistem pendidikan iaitu Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pensyarah serta
pihak Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer.

1.10.1 Pelajar

 Meningkatkan daya pemahaman pelajar dalam subjek Sistem Komputer dan


Pemprosesan Kata.
 Memperkembangkan pemikiran secara kreatif dalam mengaplikasikan konsep
peta minda dalam pembelajaran.
 Meningkatkan daya kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam subjek Sistem
Komputer dan Pemprosesan Kata.
 Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam matapelajaran Aplikasi
Komputer.
 Menurut Mok (1997), proses pembelajaran yang menekankan tahap
penguasaan yang berbeza antara pelajar penting kerana pelajar boleh
menikmati proses pembelajaran mengikut keadaan kebolehan mereka
seterusnya memberi kesan yang besar dalam menghasilkan proses
pembelajaran yang berkesan. Selain itu, proses pembelajaran menjadi
14

menarik dan menyeronokkan disamping dapat meningkatkan motivasi


pelajar.

1.10.2 Pendidik

 Pendidik perlu menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


lebih sesuai dalam mengekalkan minat pelajar.
 Pendidik harus mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam memastikan
pelajar menerima pembelajaran dengan lebih berkesan.
 Pendidik dapat mengenalpasti kelemahan pelajar untuk menilai keberkesanan
pembelajaran.
 Membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dan mengurangkan beban pensyarah.

1.10.3 Jabatan Matematik Sains Dan Komputer

 Memperkasakan kaedah pengajaran yang sedia ada dengan memperkenalkan


Pembelajaran berasaskan masalah.
 Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

1.10.4 Politeknik Johor Bahru

 Merangka strategi yang berkesan di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
15

 Pembelajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran


berasaskan masalah dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
 Meningkatkan imej Politeknik yang terlibat sebagai sebuah politeknik yang
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang cemerlang.

1.10.5 Kementerian Pendidikan Tinggi malaysia

Kajian yang dihasilkan dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPTM


khususnya politeknik-politeknik di seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluan-
keperluan yang mencakupi bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah.

1.11 Kerangka konseptual

Kerangka konseptual memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai


apa yang dikaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini menjadi
sempadan bahawa kajian yang akan dijalankan tidak terkeluar dari pernyataan
masalah yang dikemukakan. Soalan kajian dan sorotan penulisan telah dirujuk dari
kerangka konsep ini.
Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan tidak
bersandar. Pembolehubah tidak bersandar mewakili pembelajaran berasaskan
masalah, konsep peta minda dan modul pembelajaran berasaskan masalah iaitu
subjek Aplikasi Komputer. Manakala pembolehubah bersandar pula adalah
pencapaian pelajar.
16

PBM
1. Mulakan dengan masalah
realistik
2. Masalah disampaikan dalam Peta Minda
bentuk kes-kes yang relevan
3. Merancang pengaktifan dan - Grafik
T perkembangan pengetahuan - Kepelbagaian warna
I
4. Menyokong pencapaian - Kesenian
murid - Keunikan
D 5. Menyediakan jalan cerita
A 6. Menyediakan capaian
informasi
K
7. Penilaian kendiri Tony Buzan(2003)
B 8. Pembelajaran kendiri
E
R
S
A
N
D
A
R

Modul
PBM

B
E Pencapaian
R Pelajar
S
A
N
D
A
R

Rajah : 1.1 Kerangka Konsep Kajian


17

1.12 Definisi dan Istilah

Definisi konseptual dirujuk kepada maksud atau istilah yang telah dinyatakan oleh
sesuatu organisasi atau individu yang menjalankan kajian berdasarkan sesuatu
sumber rujukan (Mohamad Najib, 1999). Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah
yang perlu dijelaskan bagi menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan
keperluan tentang perkara-perkara yang akan dibincangkan oleh pengkaji dalam
kajiannya.

1.12.1 Pembelajaran

Pembelajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Perihal mengajar segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang di
pentingkan dan lain-lain. (Kamus Dewan, 2000). Pembelajaran merujuk kepada
proses memperoleh pengetahuan dan kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah
laku pelajar. Ia meliputi segala kegiatan meninjau, memerhati, membaca, menyoal,
memahami, mengingati isi penting, menyemak semula fakta yang kurang jelas,
merujuk kepada bahan bacaan tambahan dan merumuskan dalam bentuk nota ringkas.

1.12.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu teknik pembelajaran aktif yang


berpusatkan murid. Semua sesi pembelajaran PBM akan bermula dengan
menunjukkan satu masalah kepada pelajar. Pelajar berpeluang mencari penyelesaian
sendiri dengan kemampuan mereka tanpa terikat kepada teknik-teknik tertentu
18

sepertimana yang ditetapkan oleh guru. Mereka berpeluang mencari ahli kumpulan
sendiri demi menyelesaikan masalah yang ditunjukan.
PBM yang diperkenalkan oleh Barrow dan Tamblyn pada tahun 1990 yang
dinyatakan dalam penulisan Baden & Mojor (2004) mempunyai ciri-ciri seperti
situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul
atau salah. Kedua adalah pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah,
mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian.
Ketiga adalah pengajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri.
Keempat adalah pengajar atau pendidik sebagai pembimbing dan kelima adalah
masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah
ilmu perubatan.
Pembelajaran berasakan masalah (Problem Based Learning), Pembelajaran
koorperatif (coorperative Learning), Pembelajaran aktif (active learning) memberi
makna yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari dan menggunakan semula ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang telah disampaikan melalui masalah yang
ditimbulkan. Menurut bekas Menteri Pengajuan Tinggi Datuk Mustapha Mohamed
dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa beliau malu melihat perubahan dalam
corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan
berpengetahuan Hasyamuddin dan Rahifa (2005).

1.12.3 Modul Pembelajaran

Kursus pelajaran, latihan dan sebagainya yang dapat dilaksanakan secara tersendiri
ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Ia biasanya dalam satu pakej
yang lengkap dan hanya menjurus ke arah satu teoretikal pembelajaran yang
berfokus oleh Jenkins & Lawrie (2004). Dalam kajian ini, modul pembelajaran
adalah satu bentuk pakej pembelajaran kendiri yang lebih lengkap dan teratur yang
menggunakan konsep peta minda Tony Buzan.
19

1.12.4 Peta Minda

Peta minda adalah satu percambahan idea daripada satu konsep atau tajuk untuk
membentuk satu rangkaian dahan idea daripada konsep tadi (Tony Buzan, 2001).
Peta minda dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran apabila konsepnya
yang mudah untuk diaplikasikan dan senang untuk difahami. Ini merupakan satu
kaedah pembelajaran yang akan diterapkan di dalam modul PBM.

1.12.5 Kognitif

Berkaitan dengan kognisi iaitu untuk kefahaman intelektual (Mok Soon Sang, 2003).
Definisi ini sama seperti yang diberikan oleh Tony Buzan ( 2001) iaitu adalah
sesuatu yang melibatkan kecenderungan mental seseorang itu. Ia berubah mengikut
keadaan, pengalaman dan tingkah laku manusia. Dalam kajian ini, kognitif sangat
penting yang akan mendorong pergerakan psikomotor. Apabila kognitif tertarik
dengan modul pembelajaran peta minda, ini akan menggerakkan psikomotor dan
secara tidak langsung melahirkan keinginan untuk mengulang kaji pembelajaran
secara kendiri.

1.12.6 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar - pelajar


menerima dan menguasai pelajaran Aplikasi Komputer yang dipelajari di Politeknik.
Dengan kata lain, pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang
diperolehi oleh para pelajar dalam peperiksaan yang diadakan di Politeknik sama ada
20

cemerlang, sederhana atau lemah. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar
adalah berdasarkan keputusan ujian Pra dan ujian Pasca.

1.13 Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan serta membincangkan perkara yang menjadi asas dan
latar belakang kajian ini, termasuklah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kerangka teori, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan definisi
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan
membincangkan serta melihat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji yang lain terhadap perkaitan dengan kajian ini.
21

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, perbincangan adalah mengenai definisi gaya pembelajaran, konsep
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Peta Minda, Pembelajaran Berasaskan
Masalah terhadap kursus Aplikasi Komputer, pembolehubah-pembolehubah yang
dikaji dan tinjauan kajian-kajian lepas. Tambahan pula, pembacaan ilmiah oleh
pengkaji termasuk dalam bab ini.
22

2.2 Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran adalah merupakan satu cara bagaimana seseorang itu belajar.
Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekodkan
dan failkan maklumat tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan apabila
diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah
kemahiran yang telah dipelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat dengan
bagaimana minda seseorang bekerja dengan berkesan terhadap pembelajaran
maklumat baru.
Di samping itu, tiada gaya pembelajaran yang buruk atau baik. Kejayaan di
peroleh dengan penggunaan gaya pembelajaran yang berlainan. Semua orang
mempunyai gaya tersendiri dalam pembelajaran sesuatu maklumat yang baru. Ini
bermakna setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Jenis keperibadian atau gaya pembelajaran merupakan alat yang direka bentuk
oleh ahli psikologi untuk membantu di dalam mengklasifikasikan dan menerangkan
tingkah laku manusia. Beliau menyatakan bahawa gaya sebegini selalunya meliputi
had sifat secara luas iaitu bagaimana seseorang itu bersedia di dalam berinteraksi
dengan orang lain, memperoleh maklumat dan menghasilkan idea serta menggunakan
idea tersebut. Tidak menghairankan bahawa gaya pembelajaran telah digunakan
secara meluas di dalam mempertingkatkan mutu pendidikan (Deibel, 2005).
Ahli psikologi pendidikan memberi pendapat bahawa setiap individu
mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Ini ternyata di dalam memberi
keutamaan kepada satu jenis gaya pembelajaran daripada mengkategorikannya
kepada seseorang individu. Terdapat pelbagai kategori di dalam gaya pembelajaran
(Thomas.L, Ratcliffe, Woodbury & Jarman, 2002).
23

2.3 Teori-Teori Pembelajaran

2.3.1 Pembelajaran Secara Konstruktif

Pembelajaran Berasaskan Masalah adalah berdasarkan teori pembelajaran secara


konstruktif. Dalam teori ini pelajar diberi peluang untuk membina pengetahuan yang
baru. Dalam PBM pelajar akan diberi masalah yang merupakan langkah pertama
proses pembelajaran dan ia akan mencetuskan idea-idea baru dalam pengetahuan.
Dalam teori pembelajaran secara konstruktif, pelajar membina pengetahuan
yang baru dengan mengenal pasti masalah, menjana idea, mencari dan
mensintesiskan maklumat baru bagi menyelesaikan masalah dan mendapat maklumat
balas terhadap penyelesaian masalah yang mereka capai (Lynda Wee, 2004).
Ini bermakna PBM adalah satu pendekatan pembelajaran yang mempunyai
satu siri kaedah yang teratur dan sistematik dalam membina pengetahuan masalah
sehingga kepada penyelesaiannya.
Fogarty (1997), menyatakan bahawa PBM adalah satu model kurikulum yang
direka bentuk mengikut persekitaran sebenar yang kabur, terbuka dan tidak
berstruktur. Ia akan menggalakkan pelajar untuk merasa ingin tahu. Pelajar akan
menghadapi situasi sebenar masalah yang berkaitan untuk pembelajaran.

2.3.2 Pembelajaran Koperatif

Teori Pembelajaran Koperatif banyak menekankan konsep hubungan sosial. Manusia


tidak boleh hidup menyendiri dan terasing dari dunia persekitaran. Kaedah tersebut
diterapkan oleh beliau di atas kesedaran tentang suasana bekerja sebagai praktis
beliau sebagai jurutera dan arkitek dalam pendekatan pengajaran di kelas didikan
beliau.
Pembelajaran koperatif juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
24

mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

i. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


ii. saling berinteraksi secara bersemuka,
iii. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
iv. kemahiran koperatif, dan
v. pemprosesan kumpulan.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan
kumpulan digalakkan.

2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman

Pendidikan di institusi adalah usaha berterusan untuk menerajui program


akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi
pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan
sumber manusia terlatih dan prosfesional sebagai pemangkin kearah kemajuan
Negara yang mampan.
Pembelajaran Melalui Pengalaman ini dipelopori oleh Rogers (1969), dalam
bukunya, Freedom to Learn. Pada masa tersebut hangat tentang konsep
pendemokrasian dalam kehidupan begitulah juga konsep demokrasian dalam
pembelajaran, di mana setiap manusia mempunyai hak yang sama untuk belajar.
Menurut Razzaly (2007), pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran
dan pengajaran adalah Experiential Learning atau Pembelajaran Melalui Pengalaman
yang semenangnya amat pratikal diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran masa kini bagi menerapkan soft skills.
115

RUJUKAN

Abdul, G, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama.


Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Abd,G, N. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran menggunakan peta konsep bagi


subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran Kimia tingkatan 4. Universiti
Pendidikan Sultan Idris: Laporan Projek Sarjana

Abu, M.S. & Tasir, Z. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer:
SPSS 10.0 for Windows. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Ab, S.R.S. & Abd Rashid, A.R. (2002). Pengajaran Berasaskan Masalah
Dalam Pendidikan Sains Sosial Teori dan Amalan. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya. ms. 181-198.

Affan, O. (2008 ). .Persediaan Minda untuk menjadi pelajar cemerlang .Kuala Lumpur
True Wealth Sdn Bhd.

Ahmad, I., Aris, B. & Harun, J. (2005). Pembelajaran Mata Pelajaran ICT
menggunakan ICT menerusi pendekatan PBM. Prosiding Seminar
Pendidikan JPPG. ms. 1(1). 271-276.

Ahmad, R. (1999). Penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran


mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Universiti Malaya: Laporan Projek
Sarjana.

Ahmad, S., A. (2005). The Effect Of Mind Mapping, Answering Higher


Order Thinking Questions and Problem Solving Towards Student’s Interests
and Achievement in Catering Technology. Fakulti Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia.
116

Asan, A. (2007). Concept Mapping In Science class: A Case Study of Fifth Grade
Students. Educational technology and Society. ms.10 (1), 186-195.

Ayob, A. (2005). Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya Kepada


Pendidikan. Dicapai 3 Mac 2011, dari Syarahan Umum Dewan Budaya USM
Pulau Pinang: http://www.upsi.edu.my/am/malim/malim.pdf

Baddeley, A.D., (1986). Working Memory: Theory and Practice. London: Oxford
University Press.

Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA:


Mc Graw Hill Education.

Bakar, E.A. (2001). PBL in Universiti Kebangsaan Malaysia: Wit it Swim


or Sink in The Next Millenium? 1st Asia Pacific PBL Conference:
Implementing Problem Based Learnin.. Dicapai pada 2 April 2011, dari
http://nt.media.khui.hk/pbl/book/malaysia4_Edariah.pdf.

Barbara, J.D. (1995). What is Problem Based Learning?. A Newsletter of the


Center for Teaching Effectiveness.

Barlett, F.C., (1932). Remembering. Cambridge: Cambridge University Press.

Barrows H (1983). Problem-based, self-directed learning. Journal of the American


Medical Association (JAMA), Vol.250.

Bott, P.A. (1996). Testing Assessment in Occupational and Technical Education.


Needham Heights: Allyn & Bacon.

Braselton, S. dan decker, C. (1994).Using Graphic Organizers To Improve The


Reading Of Mathematics. Reading Teacher, 48 (3), ms. 276-281.

Buzan, T. & Barry, B. (2003). Tony & Barry Buzan The Mind map Book.
BBC Worldwide Limited: London.
117

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1966). Experimental and Quasi-Experimental


Designs for Research. Chicago, Illinois: Rand McNally.

Canas, A. J., Coffey, J. W. & Novak, J. D. (2003). A summary of literature


pertaining to the use of concept mapping techniques and technologies for
education and performance support. The Chief Of Naval Education and
Training Pensacola. Dicapai pada 2 April 2011 dari
http://d.scribd.com/docs/261j5fna86ajy54923b3.pd

Chambers, B., & Abrami, C.P. (1991). The Relationship Between Student
TeamLearning Outcome and Achievement, Causal Attributions and Affect.
Educational Psychology. ms. 140-14

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan - Kaedah dan Statistik Penyelidikan-


Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Deibel, K. (2005). Team formation methods for increasing interaction during


in-class group work. University Of Washington. ms.27-29.

Dilip, M. (1996). Superbrain-Train your brain and Unleash The Genius Within.
Singapore: Oxford University Press.

Dugan, F. R., Breimer, E. A., Lim T. D., Glinert, E. P., Goldberg M. K. &
Champagne, M.V. (2005). Exploring, Collaborative Learning in Rensselaer's
Classroom-in-the-Round. New York: Rensselaer Polytechnic Institute.

Ee Ah Meng. (2005). Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan


dan ketrampilan ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.124-158.

Eggen, P. and Kauchak, D.( 2004). Educational psychology window on classrooms.


New Jersey: Pearson Education, Inc. Journal of college science teaching
19(2), 212- 217.
118

Felder, R. M. & L.K. Silverman (1988). Learning Styles and teaching Styles In
Engineering Educaation. Engr. Education, 78 (7). ms. 674-681.

Finkle, S.L. dan Torp, L.L. (1995). Introductory Documents. Available from the
Centre for Problem-based Learning. Illinois Mathematics and Science
Academy.

Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional


design. Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanavich College Publishers.

Graaf, E. D., & Kolmos, A. (2003). Chacteristics of PBL. Journal International


Enginering Education, 19(5).

Fogarty, R. (1997). Problem-based Learning dan other curriculum Models for the
multiple Intelligences Classroom.Illinois: Skylight Training and Publishing.
2-16. Graaff, E. & A. Kolmos. (2003). Characteristics Of Problem Based
Learning. International Journal Of Engineering Eeducation. 19(5): 657-662.

Harland, T. (1998). Moving toward Problem-Based Learning. Teaching in Higer


Education. 3(2). 25-32.

Hashim,S. & Yaakub, R. (2004). Psikologi pembelajaran & Personaliti. Shah Alam:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hermann, N (1995). The Creative Brain.Kingsport: Quebacor Printing Book


Group.

Hj, N.S. & Mohd.Ramli, M.D. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis
(KBKK). Petaling jaya : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Hopkins, M. (1997). Technologies as Tools for Transforming Learning


Environments. The Computing Teacher, 18(7). ms. 27-30.
119

Hussein, A.R. (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Skudai: Umida Industries Sdn.
Bhd.

Jamrin, M.J. (2002). Keberkesanan penggunaan teknik pengajaran peta konsep


dalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

Jenkins, A. and Walker, L. (2004) Developing Student Capability Through Modular


Course. Biddles Ltd, London.

Johari, A.Z. (2001). Principles of PBL in doing course Work in Lower Secondary
School in Malaysia: A Case Study. Singapura: Paper Work in 2nd Asia
Pacific conferences on Problem-Based Learning.

Kevin Paul (2000). Study Smarter Not Harder. Advantage Quest Publct.

Kerlinger, F.N (1973). Foundations of Behavioral Research. 2nd. ed. New York:
Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement. New


York, Harper Collins.

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. New Jersey, USA: Prentice Hall.

Konting, M.M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Krejcie, Morgan. (1970). Determining Sample Size for research Activities.


Educational And Psychology Measurement.

Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning and cognition. New Jersey: Prentice Hall.
120

Lefrancois, G. Y. (1999). Theories of human learning. Australia: Wadsworth


Thomson Learning.

Lynda, W.K.N. (2004). Jump Start Authentic PBL.Singapore: Prentice


Hall. ms. 22-131.

Mat, Z.Z. (2006). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mengatasi masalah
miskonsepsi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Sains di tingkatan
dua. Universiti Terbuka Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

Montgomery, D.C (2000). Rekabentuk dan Analisis Ujikaji. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mohd, Y. K. (2005). Problem Based Learning: A Universiti Teknologi


Malaysia Experience. UTM : Skudai.

Mohd, N. K. (2002). Belajar teknik Belajar. PTS Publication and Distrubators


Sdn. Bhd.

M. & Rathakrishnan, B. (2006). Kesan Peta Konsep Dan Pembelajaran


Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar dalam Matapelajaran Sejarah
Tingkatan Empat. Universiti Sains Malaysia.

McMillan, J.H. (1997). Classroom Assessment. Principle and Practice for Effective
Instruction. Needham heights: Allyn & Bacon.

Mohamad, R.N. (2005). Keberkesanan pengajaran menggunakan peta konsep


terhadap pemahaman pelajar tingkatan 4 Sains dalam topik "Ikatan Kimia".
Universiti Pendidikan Sultan Idris: Laporan Projek Sarjana.

Mok, S.S. (1997). Pedadogi 2 :Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan


Budiman SDN BHD.

Mok S.S. (2003). Psikologi Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang jaya.
121

Moye, V.H. (1998). Problem-Based Learning in social Studies: Cues to culture and
change. Illinois: Skylight Training and Publishing.

Nair. (2001). Kesan pendekatan teknik belajar terhadap pencapaian dan minat
pelajar dalam pembelajaran. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat
Kebangsaan Tahun 2001. Dicapai pada 2 November 2011, dari
http://219.93.192.238/mpgaya/abstrak/Subadra_Nair.doc

Nik, M. N.R. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam pembelajaran


konsep hidrokarbon alifatik di kalangan pelajar matrikulasi. Universiti
Malaya : Laporan Projek Sarjana.

Nor, M.K. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur :


Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd

Norman, D., (1982). Learning and Memory. San Francisco: Freeman.

O’Kelly, J. (2005). Designing a Hybrid Problem-Based Learning (PBL) Course:


A Case Study of First Year Computer Sciencs in Nui, Maynooth. Creative
Commons Licence.

Oon, S.T. (2004). Enhancing thinking through Problem-based Learning


approaches : International Prespective. Singapore: Thomson Asia PTE LTD.
ms. 5-10.

Othman, H. & Mustafa, R. (2005). Kertas Kerja Perbentangan:” Kemahiran Generik


Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Di
Kalangan Pelajar Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO)”. Kolej
Universiti Tun Hussein Onn. Ms 13.

Panot, S. (2006). Kesan pendekatan konstruktivisme menggunakan peta konsep


terhadap prestasi pelajar dalam penyampaian kursus Fizik melalui laman
web. Universiti Sains Malaysia:Laporan Projek Sarjana.
122

Prankratius, W.J. (1990). Building an Organized Knowledge Base: Concept


Mapping And Achievement In Secondary School Physics. Journal Of
Research In Science Teaching, 27 (4). ms. 315-333.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.


Kuala Lumpur: kementerian Pendidikan Malaysia.

Rathakrishna, M. (2003). Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan Pembelajaran


Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Sejarah
Tingkatan Empat. Universiti Malaysia Sabah: Laporan Projek Sarjana.

Rashid, A, A.R. (2000). Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Razzaly, W. (2007). Panduan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) UTHM. Batu Pahat:
Penerbit UTHM

Roblyer, M.D. (2004). Educational Technology in Action: Problem-Based xercise for


Technology Integration. New Jersey: Pearson Education.

Rogers, C. R. (1969). Freedom to Learn. Columbus, OH: Merrill.

Selamat, A. R. (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Shamsudin, S.N. (2005). Keberkesanan penggunaan peta konsep bagi tajuk kerja,
tenaga dan kuasa bagi pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di
Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Universiti Pendidikan Sultan Idris:
Laporan Projek Sarjana.

Sulong, S. (2007, Januari 25). Pembelajaran Berpasukan Memebentuk Kemhairan


Insaniah. Berita Harian. ms. 12.
123

Steinemann, A. (2003). Implementation Sustainable Development Through


Problem-Based Learning: Pedagogy and practices. Journal of professional
issues in Engineering education and practices.

Syed, A.S.R., (1999). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam pembelajaran


konsep mol di kalangan pelajar kejuruteraan elektrik di Institut Teknologi
Mara. Universiti Malaya: Laporan Projek Sarjana.

Tee, Kiong,T., Jailani., Baharom., Widad & Yee, M.H. (2009). Pengintegrasian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi
Matapelajaran kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains
dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). M.s. 114-121.

Thomas, L., Ratcliffe, M., Woodbury, J. & Jarman, E. (2002). Learning Style and
Performance in the Introductory programming Sequence. University of
Wales.

Tukiran, A. (2004). Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran dan


Pembelajaran Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Teknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. KUITTHO: Tesis Ijazah Sarjana.

Wahidin, Othman, K. & Mohd, M. T.S. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan
Peta Vee Dalam Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia.
Jurnal Pendidikan, (29).Ms 125-140.

Winn, W. & Sryder, D. (1996). Cognitive perspectives in psychology. In H. J.


David (Ed.), Handbook of research for education communication and
technology. London: London Prentice Hall International.

Woods, D. R. (1996). Problem-based Learning: helping your students gain the most
from PBL. Dicapai pada 2 April 2011 dari:
www.chemeng.mcmaster.ca/pbl/pbl.htm
124

Woolfolk, A.E. (1994). Educational Psychology. 5th ed. Boston: Allyn and Bacon.

Zain, I. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributions Sdn Bhd.

Zisk, J. (1998). Promoting Meaningful Student learning. Dicapai pada 2 April


2011, dari The Components Of Meaningful Learning.
http://www.sciteched.org/curriculum/learning.instructuion.htm.

You might also like