WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1. 1. 1

KAEDAH ABJAD Pengenalan Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan Greek dan

Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada murid-murid. Kaedah abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.

1.2

Langkah-Langkah Pengajaran

1.2.1 Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar. i. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti contoh berikut : * Ayam * Api * Adik * Awan 1

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan huruf konsonan seperti contoh berikut : Bola Buku Batu Besi Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 1.2.2 Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan
a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi

huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata. Contohnya seperti berikut: ba be bi bo bu ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu 1.2.3 Membentuk Perkataan Mudah a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata Contoh: Bu bu Ba ba b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu
1.2.4 Membentuk Ayat Mudah

a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contoh : Bibi buka buku Bibi baca buku Buku Bibi baru b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. 2

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1.3

Kelebihan Kaedah Abjad

1.3.1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada

suku kata yang hampir tetap bunyinya. 1.3.2 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru walaupun belum pernah dipelajari kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 1.3.3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. 1.3.4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid.

1.4

Kelemahan Kaedah Abjad

1.4.1 Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. 1.4.2 Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. 1..4.3 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. 1.4.4 Ianya boleh mendatangkan kebosanan kepada murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

3

Kaedah suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. cuaca).H. KAEDAH SUKU KATA Definisi Menurut Daniel Jones kaedah suku kata adalah satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. s suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. unda). ela).” Ujaran yang paling minimum. Contoh : KV + V + KV (biasa. di tengah kata dan di akhir kata. Contoh : a Ɨ ku. Mengacu kepada bunyi akhir. (c) Kata tunggal tiga suku kata. emas). du Ɨ duk Menurut R. KV + KVK (bukan.1 2. aib). Setidak-tidaknya satu suku kata terdiri daripada satu buah vokal atau satu vokal dan satu konsonan. Contoh : V + KV (ibu. Robins pula kaedah ini merupakan “Satu kumpulan konsonan dan vokal yang mempunyai status unit. Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal. V + VK (air.2 Jenis Suku Kata: (a) Kata tunggal satu suku kata. V + KVK (adat. Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. KV + V + 4 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 . Contoh : ah. entah). dekat). VK + KV (anda. Suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan. a. iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal kata. 2. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. VK + KVK (untuk. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersamasama dengan konsonan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2.

e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu. c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak memperdulikan rangkaikata dan tempat-tempat berhenti. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata. 3.3 Kebaikan Kaedah Suku Kata a) Murid-murid mahir mengeja. d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada bahagianbahagiannya. b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak. Fonetik itu adalah satu bidang bahasa PGSR BM AMBILAN NOV 2008 5 . (d) Kata tunggal empat suku kata.2.WAJ 3104 LITERASI BAHASA KV (kaedah). 2.4 Keburukan Kaedah Abjad a) Murid-murid tidak lancar membaca.1 Definisi Kaedah fonik ialah kaedah pengajaran membaca yang membimbing murid tentang perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa pertuturan. fahamman langsung tidak dihiraukan.2. KAEDAH FONIK 3. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan . Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiaptiap perkataan yang dibacanya. b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama) 2. Fonetik (fon’etik) ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). Kesedaran Fonemik . hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.1 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. = batang dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. dan Membunyikan huruf-huruf dahulu.2.2 Cara Pengajaran Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang). Kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan. ny. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah sy.Bunyi Fonik .isolation) Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”.pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng. /k/ dan /u/. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. tang.Abjad Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”. (tersendiri . Seterusnya permulaan perkataan. murid boleh memberitahu bahawa abjad awal perkataan itu ialah /b/ dan ikuti oleh /u/.WAJ 3104 LITERASI BAHASA yang begitu luas yang mencakupi ciri-ciri fizikal sesuatu bunyi. murid boleh memberitahu bahawa bunyi awal perkataan itu ialah /b/ (b ē) . lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. antara lainnya frekuensi dan bagaimana bunyi terhasil. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. 3. Contohnya : A = aaaa E = e’h E = eh I = iiiii O = oooo PGSR BM AMBILAN NOV 2008 6 . Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. kh.akhiran perkataan. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Contohnya : ba. 3.

1 Sesuai dengan susuk kata Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. ba 3.3.4 Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. t (teh).3 Jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad. 3. 3.WAJ 3104 LITERASI BAHASA U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez b (beh).4 Keburukan Kaedah Bunyi PGSR BM AMBILAN NOV 2008 7 .3. 3.3.3 + a (ah) = u (uh) = tu = ba tu batu Kebaikan Kaedah Bunyi 3.3. 3. mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa.2 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

4. 3. Sebab itulah.kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto “photographic memory “.4.2 Bacaan murid-murid tidak licin. Sama dengan kaedah mengeja. Mengikut kajian. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Definisi Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh 4. Rasionalnya.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3. satu lepas satu. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Kaedah PGSR BM AMBILAN NOV 2008 8 . ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.1 membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris.1 Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka. ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata.4. Berpadanan dengan namanya.2 Cara Pengajaran Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. 4.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini diserta dengan gambar.4. Setelah mengecam diminta terus membaca. Pada peringkat permulaan. 4.4 Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan. kanak-kanak diminta mengecamterus ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) • ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) 4.1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan. dan tidak jyga dieja.2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu PGSR BM AMBILAN NOV 2008 9 .5 Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.4 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut. menarik minat murid-murid. 4. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua.3 Proses Kaedah pandang dan sebut 4.1 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.4.2 Dalam hal mempelajari ayat pula.3. 4. Setelah dicam.3. 4.3.3 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. tetapi terus disebut perkataan itu. 4.3.3. tidak dibunyikan. 4. 4.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 10 .5 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. 4.5. 4.2 Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal.. 4. 4. 5.1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataa. Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna.3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. 4. DEFINISI TULISAN TULISAN adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. 4.4.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca. 4.Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.4. rangkai kata dan ayat- ayat yang telah diajarkan sahaja.5.5.5.WAJ 3104 LITERASI BAHASA daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

Bagaimanapun harus diingat.Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya. e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.Seseorang itu menulis karangnya kerana ada yang membacanya.pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.1 Tujuan serta merta.Ini tidaklah merisaukan. b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat–ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. Di sekolah-sekolah .Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah.1 TUJUAN TULISAN 5. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 11 . perkembangan bahasa dan tulisan g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan. a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik. f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata. 5. c) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaba.Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Tulisan berhubung rapat dengan membaca.1. d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.cekap dan pantas.

mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak. pengalaman dan perasaan.1. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 5. membuat ramalan ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya. penyajak atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. 6. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran (mental). seorang penulis. a) Meluaskan pengetahuan.menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya PGSR BM AMBILAN NOV 2008 Kemahiran Menulis Secara Mekanis 12 . Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.1 . b) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku. JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.2 Tujuan Lanjut. pengalaman. Misalnya. 6. perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.

di papan tulis dan sebagainya. c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin. tulis di awangan. 6. bulatan. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya : a) Latihan pergerakan tangan . e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk .saiz. perkataan. rangkai kata dan ayat. bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya. kebersihan dan lain-lain. f) Melatih menulis cepat. di pasir. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga : 13 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .segi-segi. jelas dan senang dibaca. c) Latihan pernyataan kehendak. g) Melatih menulis cepat. 7.jarak kekemasan.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.menulis perkataan dan ayat.otot. b) Latihan pernyataan perasaan.jari dan membentuk atau membuat garisangarisan. d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah: a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.WAJ 3104 LITERASI BAHASA seperti menulis huruf.2 Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental) Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis.menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. menulis suku kata.tegak atau condong. b) Tunjukkan cara pergerakan tangan.

garis melengkung. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus. melukis garis tegak dari atas ke bawah. v. Selain itu latihan-latihan kordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanakkanak dapat meniru bentuk–bentuk yang dilihat. vi. iv. Pada peringkat pramenulis. Melukis bulatan lawan arah bulatan jam. Lenz. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Mercer. dan bulatan arah jam. 7. iii. Menyambung titik-titik di atas kertas. kiri ke kanan dan depan ke belakang. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 jarum 14 .1 Peringkat Pramenulis Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk . aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan. Melukis garis condong . dan viii. koordinasi mata dan tangan. Menurut Hughes. i. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA a) Peringkat pramenulis (persediaan) b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) c) Peringkat untuk pelahiran. latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah. vii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut . dan dari bawah ke atas. ii. dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

kedudukan badan. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong kertas petak. 8. maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis pada mereka. dan kertas garis tiga. barulah dilatih membentuk huruf-huruf pada halaman yang bergaris . kawalan tulisan perlu dilakukan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 8. guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas.1 PEMULIHAN MEMBACA Pengenalan 15 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 . Setelah didapati memuaskan. Pada peringkat awal. dan bentuk huruf. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga lembaran satu garis. 9.0 8. mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul.1 PENULISAN MEKANIS Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis ) Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik. dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.2 Peringkat Mendirikan Asas Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis. Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu . 9.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. dan pengalaman sedia ada. kendungan bahan.2. pengetahuan. aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. c) Faktor yang ada pada bahan bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata.2 Aktiviti Pemulihan Bacaan 9. panjang pendek ayat. dan konsonan juga perlulah ditekankan. guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: • Bibir • Gigi • Gusi • Lelangit keras • Lelangit lembut • Anak tekak • Lidah • Rongga tekak • Rongga mulut PGSR BM AMBILAN NOV 2008 16 . Justeru.1 Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. 9. Justeru. diftong. struktur cerita. penggunaan dan organisasi bahan grafik. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa. Pengajaran bunyi vokal. kebolehan berbahasa.

Pengetahuan dan pemahaman guru PGSR BM AMBILAN NOV 2008 17 . . permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv. memilih bahan. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan. permainan respon terhadap bunyi huruf. Melalui aktiviti pemulihan.2. dan memenuhi keperluan pancaindera.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 9. guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: • Nyanyian lagu A.B. Justeru.2. membina. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan. 9.. Bahan pengajaran pula perlulah menarik.2.3 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. • Menayangkan huruf satu persatu secara berulang • Padanan abjad • Menyebut huruf satu persatu secara berulang. menggunakan dan menilai bahan.C.2 Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid.3 Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf ‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. 9. kv+kv.5 Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. kvk.4 Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. 9. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur.2. 9. dan kv+kvk.. mengolah bahan.

menulis atau mengira. langkah yang kedua ialah diagnosis. sama ada bidang membaca. supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup.2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kemudian. kaedah. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. Langkah ini diberi nama saringan. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. menulis dan mengira. 10. cara ini kurang memuaskan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. atau ringkasan. 10. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan. Walau bagaimanapun.0 10. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid.1 PEMULIHAN TULISAN Cara-Cara Pelaksanaan Rancangan Pemulihan Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akan diasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja. setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan. dan murid itu juga PGSR BM AMBILAN NOV 2008 18 . Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan. langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan.

a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan. guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut.2.5 Dari ujian ini.2 Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya. cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Dengan itu. b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa. 10. asalkan mematuhi dua syarat berikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.2. Setelah tiga minit.3 Setelah semua murid selesai menulis. guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. 10. 10.4 Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut. guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. 10.WAJ 3104 LITERASI BAHASA mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid. 10. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 19 . c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.2.1 Ayat.2. Cara berikut untuk mengesan. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah. atau perenggan biasa boleh digunakan.2.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. atau yang tulisannya terlalu besar. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid. skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis. beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. kecuali huruf L Oleh PGSR BM AMBILAN NOV 2008 20 .a. n seperti u. dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r. guru harus dapat membuat diagnosis. atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.WAJ 3104 LITERASI BAHASA c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat. Huruf besar biasanya mudah dibaca. untuk menyediakan cartanya itu. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting'. Dari penyelidikan Pressey. menutup e. atau yang memerlukan penelitian kali kedua.`American Handwriting Scale'.s dan t menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. o seperti a dan a seperti u. diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i. d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri. membuat d seperti cl.e. dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Contohnya huruf kecil r. Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan. dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca. Walau bagaimanapun.n. atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'.`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘.o.

4. atau krayon adalah seperti berikut: 10. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. dan seluruh anggota tangan harus dihayun. seperti pada umur empat tahun setengah. Penerangan. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. atau krayon. murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 21 . Kad-kad tulisan dan lembaranlembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. bukanlah setakat tapak tangan sahaja.1 Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil. Kemudian. 10.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Seperti pengajaran bahasa juga.WAJ 3104 LITERASI BAHASA kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. 10.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil.

10.3 Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. 10. 10. 10. supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul. 10. murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hamper dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka.4. murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil.4. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan. dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.4 Kemudian. murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus.5 Setelah itu.4.6 RUMUSAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat- peringkat permulaan dan mendirikan asas. jari telunjuk. garisan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 10. Pendekatan dan strategi pengajaran yang PGSR BM AMBILAN NOV 2008 22 . Penerangan.2 Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini.4. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan.

Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. murid-murid akan bermotivasi untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 23 . Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Walau bagaimanapun. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna.WAJ 3104 LITERASI BAHASA fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik.

menerima. Ia boleh dilakukan melalui pendekatan-pendekatan yang positif. aktiviti menjadikan sesuatu bahasa itu menarik untuk dipelajari.0 PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Dr. la menyediakan kepelbagaian dan membantu mengekalkan minat di dalam bilik darjah. John Samuel dalam artikelnya yang berjudul Standard of English: Compari- son Not Valid (1987) menyatakan bahawa seorang guru yang baik seharusnya tidak menghadapi kesulitan dalam memotivasikan pelajar-pelajamya. Kajian awal mengenai latihan bermain dan belajar pernah dilakukan oleh Skinner seorang tokoh psikologi pembelajaran yang terkenal. Beliau telah melatih dua ekor merpati bermain ping pong untuk melihat bagaimana latihan secara bermain dapat mengajar kedua-dua merpati itu bermain dengan cekap. Terdapat pelbagai aktiviti permainan bahasa yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. Pelajar belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana memberikan Iebih banyak peluang kepada pelajar itu melibatkan diri dalam komunikasi. membetulkan dan sebagainya. Sewaktu pembelajaran berlangsung. Beliau telah mengkaji dan membincangkan dengan jelas proses pembelajaran bahasa melalui rangsangan dan gerak balas. menyatakan persetujuan. Menggunakan permainan bahasa dalam pelajaran bahasa boleh diangggap sebagai satu pendekatan yang positif. Permainan bahasa bersifat komunikatif dan menyeronokkan. Penyelidikannya mendapati latihan secara bermain telah berjaya mengajar burung merpati itu bermain ping pong dengan baik melalui rangsangan dan gerak balas yang berulangulang. pelajar bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat . la merupakan satu kaedah mempelajari bahasa secara tidak langsung. mengemukakan cadangan. idea dan menggunakan sebahagian besar bahasa untuk perbincangan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 11. Ia juga menggalakkan pembelajaran kendiri. Oleh itu. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 24 . Permainan bahasa yang dilakukan di bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah. menolak.

domino.2. dan membaca perkataan serta ayat yang terdapat pada permainan. Antara permainan yang sesuai dengan kemahiran membaca adalah bingo.1 PERMAINAN BAHASA UNTUK KEMAHIRAN MEMBACA Permainan bahasa untuk kemahiran membaca lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membaca pada peringkat permulaan.1 TUJUAN PERMAINAN PGSR BM AMBILAN NOV 2008 25 . mengenal perkataan dan ayat. Penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran membaca akan mempercepatkan proses penguasaan bacaan kanak-kanak kerana segala proses penguasaan permainan tersebut akan menumpukan perhatian kanak-kanak tersebut kepada proses mengeja membaca arahan.2 PERMAINAN BINGO 11. melengkapkan kata. 11.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerima aktiviti permainan bahasa sebagai salah satu teknik pengajaran bahasa yang penting. dan sebagainya. menyesuaikan gambar dengan cerita. pencapaian. teka silang. dan latar belakang pelajar-pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan tidak membosankan. guru-guru bahasa disarankan agar memilih teknik-teknik yang sesuai dengan kebolehan. iaitu latihan mengecam dan menyembunyikan huruf atau perkataan. jenis permainan yang dipilih ialah permainan bahasa yang menyerupai permainan Bingo tetapi telah dibuat sedikit perubahan dari segi peraturan permainannya. 11. Di dalam tugasan ini. serta aktiviti membaca yang mudah. Permainan bahasa bagi kemahiran membaca bertujuan untuk melatih pelajar membaca dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah. teks kata. minat. kad cantuman . mengeja. posmen.

4 CARA BERMAIN Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan (2 kumpulan) atau individu (satu lawan satu).5. 11. 11.5.1 Berikan Papan Bingo kepada setiap kumpulan. manakala kad huruf pula dilapis dengan kertas tebal berukuran 2 milimeter. 26 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .5 LANGKAH 11. papan Bingo dan kad semak telah dilapis dengan ”laminating film”.2 Bahagikan kad huruf (36 buah) sama banyak kepada dua bahagian dan berikan kepada setiap kumpulan. guru hendaklah menambah set permainan Bingo seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.2 BAHAN / SET PERMAINAN (Rujuk lampiran) a) Papan Bingo (2 buah) b) Kad semak (35 keping) c) Kad huruf besar (36 keping) 11.2.3 CARA MENGHASILKAN ALAT PERMAINAN Gambar atau grafik yang terdapat di papan Bingo dan kad huruf serta kad semak di reka menggunakan komputer. Untuk melibatkan ramai pemain atau kumpulan. Untuk mengelakkan peralatan permainan ini daripada cepat rosak. 11. Kemudian ianya dicetak menggunakan kertas Glossy untuk mendapatkan kesan cetakan yang lebih baik. 11.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Permainan ini bertujuan supaya pelajar boleh mengenal huruf besar dengan cepat dan tepat.

3) untuk meneruskan permainan bagi pusingan kedua.6 CADANGAN Guru juga boleh menggunakan cara permainan ini untuk tujuan mengenal suku kata.4 Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyemak sama ada huruf yang disebutkan tadi ada pada kumpulan masing-masing. 11.5.5 Cabutan Kad Semak akan terus dilakukan. 27 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .5. guru tidak seharusnya terlalu 'rigid' dengan mengkehendaki pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta-merta. Oleh itu.2 dan 4. pelajar biasanya menggunakan beberapa mekanisme misalnya berbincang atau meneka. Kumpulan yang berjaya memadankan semua kad huruf di Papan Bingo dan menyebut “Bingo” terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.5. 11. dan perkataan dengan cara mengubahsuai paparan pada Kad Huruf. permainan mendorongkan penggunaan bahasa dan fungsi bahasa yang agak luas sewaktu pelajar-pelajar berinteraksi.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 11. Dalam permainan. Ini secara tidak langsung mendorongkan mereka memilih bentuk struktur bahasa yang di luar jangkaan kita. Kad Semak dan Papan Bingo. 11. 11. daripada pelajar. bukanlah mudah bagi guru mendapat tindak balas yang tepat. Dalam permainan. 11. aktiviti-aktiviti dirancangkan khusus untuk membolehkan pelajar menggunakan segala sumber yang ada pada mereka untuk berkomunikasi. Oleh itu. Jika ada huruf tersebut diletakkan pada Papan Bingo.3 Seorang murid akan mengambil kad satu persatu dari himpunan Kad Semak yang ada dan menyebutkan huruf tersebut.5.6 Kocok semula Kad Semak dan Kad Huruf (lakukan seperti yang dinyatakan dalam bahagian 4.7 RUMUSAN Dalam permainan.

guru harus mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Guru harus cuba untuk tidak mengganggu permainan sama ada membuat teguran atau membetulkan kesalahan-kesalahan kecil. atau kemungkinan juga ia berkaitan dengan aspek bahasa. Ini dibuat dalam satu sesi yang membincangkan masalah dan kesukaran yang dihadapi. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan dalam bilik darjah. Item-item bahasa tertentu boleh disemak semula sekiranya ia merupakan satu kelemahan yang serius di kalangan pelajar.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Penekanan permainan sebenarnya menekankan semangat bekerjasama dan bukannya pertandingan. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 28 . pelajar harus diberi arahan tentang cara-cara bermain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti permainan dengan jelas. Ini bertujuan untuk memastikan tiada masalah yang timbul semasa permainan bila dijalankan. Selepas aktiviti. Masalah dan kesilapan ini boleh dibincangkan kemudiannya dalam kelas. Para pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas-tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berkomunikasi. maka aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. guru beralih dari satu pasangan ke satu pasangan atau dari satu kumpulan ke satu kumpulan sambil mencatatkan masalah atau kesilapan biasa yang dilakukan. ia harus mampu memantapkan proses bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. Pada masa permainan . Oleh itu. permainan harus berupaya memberi motivasi yang tinggi dan bukan hanya sekadar bertanding semata-mata. Kemungkinan masalah atau kesukaran yang dihadapi itu tidak dapat dilihat atau dikesan oleh pelajar. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Jadi guru tidak seharusnya melemahkan fungsi permainan yang sebenar. Sebelum memulakan permainan. Jika pelajar memahami tugas dan peranan masing-masing.

GAMBAR 2: Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. 29 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 1: Latihan menulis dari kiri ke kanan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 3: Latihan membentuk bulatan di udara. lantai tanpa menggunakan alat tulis. GAMBAR 4: W Z V PGSR BM AMBILAN NOV 2008 30 . pasir. Di atas meja.

GAMBAR 5: Latihan membentuk corak campuran bulatan Dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. GAMBAR 6: Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. 31 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA Latihan membentuk garis lurus.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 32 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 7: Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal. GAMBAR 8: a b c d e f Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga.

GAMBAR 10: Aa Bb Cc Dd Ee Ff Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul PGSR BM AMBILAN NOV 2008 33 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 9: a b c d e f Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 11: Papan Bingo PGSR BM AMBILAN NOV 2008 34 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 12: Muka hadapan Kad Semak Muka belakang Kad Semak PGSR BM AMBILAN NOV 2008 35 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Gambar 13 Kad Huruf PGSR BM AMBILAN NOV 2008 36 .

Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Husin.com/ 6.WAJ 3104 LITERASI BAHASA BIBLIOGRAFI Buku 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman.com/ PGSR BM AMBILAN NOV 2008 37 . Husin. Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Pratulisan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Kamaruddin Hj. Dilayari pada 10 Oktober 2009 dari laman http://ctfazira. Kamaruddin Hj. 4. Siti Hajar Bt. Marohani Yusoff (1999). Pemulihan Tulisan . Pedagogi Bahasa.blogspot.blogspot. Internet 5. 2. 3. Azman Wan Chik (1993). Siti Nurfazira Ramli (2009). Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Aziz( 1996). Siti Nurfazira Ramli (2009). Longman Malaysia. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dilayari pada 25 September 2009 dari laman http://ctfazira.

wordpress. Dilayari pada 30 Oktober 2009 dari laman http://cikguhaidi. Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009). Bahan Bantu Mengajar.blogspot. Norhaidi Bin Hj.com/.com/ PGSR BM AMBILAN NOV 2008 38 . Aktiviti Pemulihan Penulisan. Dilayari pada 12 Oktober 2009 dari laman http://mohdnorizwansulaiman. 8.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 7. Sarponen (2009).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful