You are on page 1of 6

SJK (TAMIL ) LADANG DUBLIN BAHAGIAN 5,

09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
E-mail : KBD5056@moe.gov.edu.my
1GOVUC/KBD5056.edu
KOD SEKOLAH : KBD5056 Tel : 019-4588644(GB)
_____________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


BILANGAN 2 TAHUN 2020

KEHADIRAN:

HADIR:

Pn.M.Jeevithaa A/P Muthiah


Pn. Renuga A/P Sangaran
Pn. Yoggesswary A/P Balan

I. Ucapan Pengerusi

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli panitia


kerana dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat.

3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat


dalam pengisian data SEGAK bagi murid tahun 4 hingga 6 pada tahun ini
kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
tugas seperti kehendak pentadbir.

Tindakan: Makluman

II. Pengesahan Minit Mesyuarat

4. Ketua Panitia, Pn.S.Renuga membacakan minit mesyuarat yang lepas secara


sepintas lalu untuk makluman semua ahli panitia.

5. Pn.Yoggeswary mencadangkan minit mesyuarat ini untuk disahkan manakala


Pn.Jeevithaa menyokongnya.

Tindakan: Makluman

III. Perkara Berbangkit

5. Tiada

IV. SEMAKAN RPT (PKP)


6. Pn.S.Renuga selaku ketua panitia menggariskan beberapa langkah untuk meneruskan
kembali pengajaran dan pembelajaran yang tergendala disebabkan PKP.

7. Hasil daripada pemerhatian, rancangan pembelajaran tahunan masih lagi mengikut


silibus yang sedia ada sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak
PPD/JPN dan KPM.

8. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pembelajaran maya kerana murid lain masih
mengikuti pembelajaran di rumah. Jadi Ketua Panitia menegaskan bahawa silibus
haruslah disusun dengan teratur agar input yang diberikan kepada murid adalah
maksimum.

9. Pengerusi juga memaklumkan agar semua guru PJ & PK bersedia dalam merancang
pdpc yang bersesuaian dengan murid agar ilmu pengetahuan & kemahiran dapat
disampaikan sama ada secara teori atau kaedah yang boleh dilaksanankan
berpandukan sop semasa apabila sekolah dibuka kelak.

Tindakan : Guru PJPK

V. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

10. Pengerusi memaklumkan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dijalankan seperti
biasa untuk semua tahun 1 hingga tahun 6.

11. Guru-guru diharapkan dapat membuat rekod PBD seperti biasa pada tapak perekodan
yang telah diselaraskan.

12. Semua guru dinasihatkan untuk melaksanakan pentaksiran secara telus dan tersusun.

13. Pentaksiran boleh dijalankan dengan menggunakan buku latihan atau buku aktiviti
serta lembaran kerja mengikut kesesuaian murid dan kelas yang diajar.

14. Pengerusi mencadangkan agar bahan-bahan pembelajaran atau pentaksiran PJ & PK


yang didapati daripada perkongsian guru-guru lain melalui laman sosial ‘facebook’,
‘whatsapp’, ‘telegram’ bolehlah disimpan dan dikongsikan sesama ahli panitia untuk
digunakan pada masa yang sesuai.

Tindakan : Semua guru

VI. KAEDAH PEMBELAJARAN MURID PASCA PKP DAN LEMBARAN KERJA

15. Pengerusi memberitahu bahawa guru-guru boleh mula atau meneruskan membuat
pengajaran di alam maya dengan menggunakan semua platform yang tersedia seperti
google classroom, google meet, whatsapp, telegram dan youtube channel.

16. Selain itu juga, guru boleh memberi latihan berkala dengan penggunaan lembaran
kerja atau buku modul mengikut kesesuaian. Lembaran kerja atau apa-apa bahan
latihan boleh juga untuk diletakkan di pondok pengawal bagi memudahkan ibu bapa
murid untuk mengambilnya dan murid akan menyiapkan latihan tersebut di rumah
masing-masing bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan.

17. Pengerusi mengharapkan agar semua guru sentiasa bersedia untuk memberikan
komitmen yang tinggi bagi meningkatkan lagi pembelajaran murid sekiranya mendapat
arahan atau makluman terbaharu daripada pihak KPM, JPN, PPD & pentadbiran
sekolah berkaitan pendidikan di sekolah rendah.

18. Pengerusi juga menggalakkan guru-guru PJ & PK untuk mencari atau membina
bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan subjek PJ & PK seperti video
pdpc atau kuiz.

19. Pengerusi memberitahu bahawa bahan-bahan pembelajaran untuk subjek PJ & PK


sememangnya lebih terhad berbanding subjek-subjek yang lain. Walaubagaimanapun,
kita sebagai guru PJ & PK boleh berusaha setakat yang termampu untuk memastikan
pengajaran kita dapat disampaikan kepada murid.

Tindakan : Semua guru

VII. PEMATUHAN SOP

20. Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru dalam panitia memberikan komitmen
yang berterusan untuk terus mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Guru juga perlu bersedia dengan SOP apabila sekolah dibuka kelak.

21. Susun atur peralatan di stor sukan serta laluan masuk dan keluar dari stor sukan
perlulah mengikut SOP semasa. Tatacara penggunaan peralatan sukan dan
pelaksanaan pdpc Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan juga perlu
berpandukan SOP semasa.

Tindakan : Semua guru

VIII. HAL-HAL LAIN

22. Pengerusi mencadangkan serta mengingatkan semua guru agar apa-apa sahaja
bahan pembelajaran seperti latihan atau video pembelajaran agar dapat dikongsikan
di dalam ‘group telegram sekolah’.

23. Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru PJ boleh menggunakan peralatan-


peralatan yang terdapat di stor sukan untuk kegunaan pengajaran & pembelajaran
masing-masing. Sebagai langkah keselamatan, keadaan peralatan perlu dipastikan
selamat untuk digunakan terlebih dahulu.

24. Guru-guru diingatkan untuk mencatat rekod penggunaan peralatan sukan pada buku
yang disediakan.

25. Pengerusi memaklumkan bahawa status terkini pelaksanaan ujian ‘SEGAK’ adalah
‘ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan’ berdasarkan surat KPM600-
3/2/1( ) bertarikh 16 April 2020. Walaubagaimanapun, guru-guru PJ Tahap 2 di
sekolah ini akur akan kehendak pentadbir yang meminta pengisian data ‘SEGAK’ diisi
dengan meletakkan ‘TL’ iaitu ‘Tidak Melaksanakan Aktiviti’ berikutan ujian ‘SEGAK’
yang tidak sempat dilaksanakan sebelum PKP.

Tindakan : Semua guru


IX. PENUTUP

26. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

27. Tarikh mesyuarat akan datang adalah mengikut keperluan dan merujuk kepada
takwim.

28. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh,

…………………....................
(RENUGA A/P SANGARAN)
KETUA PANITIA PJPK
SJK (TAMIL ) LADANG DUBLIN BAHAGIAN 5,
09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
E-mail : KBD5056@moe.gov.edu.my
1GOVUC/KBD5056.edu
KOD SEKOLAH : KBD5056 Tel : 019-4588644(GB)
_____________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 01 Julai 2020

’KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH’

Bil Nama Guru Tandatangan


1. Pn.M.Jeevithaa A/P Muthiah
2. Pn. Renuga A/P Sangaran
3. Pn. Yoggesswary A/P Balan

Tuan/puan/Cik :

MESYUARAT PANITIA PJPK BIL. 2/2020

Salam sejahtera. Berhubung dengan perkara di atas, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat berikut :
Tarikh : 02 Julai 2020 ( Khamis )
Masa : 9.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Agenda :
I. Ucapan Pengerusi
II. Pengesahan minit mesyuarat
III. Perkara-perkara berbangkit
IV. Semakan RPT (PKP)
V. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
VI. Kaedah Pembelajaran murid Pasca PKP dan Lembaran Kerja
VII. Pematuhan SOP
VIII. Hal-hal lain
IX. Ucapan penangguhan

2. Guru-guru diminta hadir ke mesyuarat seperti ketetapan di atas. Kehadiran dan kerjasama
Tuan/Puan/Cik amat dihargai.

Sekian.Terima Kasih.

’KBB SMART 2016 – 2020 ’


’KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH ’
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________
SENARAI KEHADIRAN GURU

Tarikh : 02.07.2020 ( Khamis )

Masa : 9:00am

Tempat : Bilik Mesyuarat

Bil Nama Guru Tandatangan

1. Sangaran A/L Genesan

2. Pn.M.Jeevithaa A/P Muthiah

3. Pn. Renuga A/P Sangaran

4. Pn. Yoggesswary A/P Balan

You might also like