You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH

KECEMERLANGAN PELAJAR
QUE ANN CATATAN
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,
PERASMI Yang Dihormati,

Pn Mas Ayu Bt Sapahat


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Permas Jaya 4,

Diiringi oleh dif-dif jemputan

Masuk ke dewan…
NYANYIAN 3 Lagu Johor & Lagu Sekolah
BUAH LAGU (tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya

rendah Dahan terikat tali

perkasa Sepuluh jari kami

menadah Mohon berkat Yang

Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai
oleh
Yang dihormati, Ustaz Anuar.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
SALUTASI Yang Dihormati,
Pn Mas Ayu Bt Sapahat
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Permas Jaya 4.

Yang berusaha,
Pn Evelyn Lee
Guru Besar SK Permas Jaya 4,
Pn Safiah Bt Johari
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Hjh Hameelah bt Hj Adnan,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Nurul Azrin Bt Abu Zaini


Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati,
Encik Sapuan Bin Wagino,
Naib Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Permas Jaya 4

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4 AJK-


AJK PIBG
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


UCAPAN ALU- Hadirin sekalian,
ALUAN MC Dari Dewan SK Permas Jaya 4, mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke
“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR BAGI TAHUN 2014”.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan
kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik dan
kokurikulum. Justeru, adalah menjadi harapan kami
warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi
dalam diri setiap pelajar.
UCAPAN ALU-
ALUAN GURU Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
BESAR PN Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
EVELYN
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan
dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, Puan Evelyn Lee, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4 untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.


UCAPAN Hadirin sekalian,
PERASMIAN
YDP PUAN MAS Kalau tuan pikat kenari
AYU
Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan
perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Dihormati,
Puan Mas Ayu Bt Sapahat, Yang DiPertuan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014.
Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis


menjemput Yang berusaha,
Pn Evelyn Lee,
Guru Besar Permas Jaya 4

Untuk menyampaikan cenderamata kepada


perasmi,
Yang Dihormati,
Puan Mas Ayu Bt Sapahat, Yang DiPertuan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Permas Jaya 4. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.


PENYAMPAIAN Melati kuntum rotan berhias,
ANUGERAH
Tumbuh melata di tepi kali 1. Anugerah
KECEMERLANG
Cemerlang
AN
Anugerah cemerlang 2014 Akademik
PRA SEKOLAH
Pra Sekolah
DAN Murid cemerlang kita hargai 2. Anugerah
ANUGERAH
Cemerlang Sahsiah
PUSAT
Pra Sekolah.
SUMBER NILAM
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 3. Anugerah
2013 SK Permas Jaya 4 pada hari ini akan kita mulakan Cemerlang
dengan Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah dan Kokurikulum Pra
Anugerah NILAM. Untuk itu, majlis sukacitanya Sekolah.
menjemput, 4. Anugerah
Penyampai :Yang Dihormati peningkatan terbaik
En Sapuan Bin Wagino 5 tahun
Naib Yang Di Pertua SK 5. Anugerah
Permas Jaya 4 peningkatan terbaik
6 tahun.
Diiringi oleh : Pn Nurul Azrin Bt Abu Zaini, GPK
Kokurikulum SKPJ 4
(baca senarai nama)
ANUGERAH Hadirin sekalian,
KEDUDUKAN Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
KELAS Anugerah Kedudukan Kelas Mengikut Tahun, untuk
itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai : Yang Berusaha,
Puan Evelyn Lee,
Guru Besar
SK Permas Jaya 4

Diiringi oleh : Pn Hjh Hameelah Bt Hj Adnan , GPK


HEM SKPJ4

ANUGERAH Hadirin sekalian,


MATA Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
PELAJARAN Anugerah Mata pelajaran Terbaik Tahap 1, untuk itu
TERBAIK majlis menjemput dan mempersilakan, Penyampai :
TAHAP 1 Puan Safiah Bt Johari,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Permas Jaya 4

Diiringi oleh: Puan Nurul Azrin bt Abu Zaini,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Permas Jaya 4

REHAT Majlis akan berehat sebentar.


ANUGERAH Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
MATA Anugerah Augerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap
PELAJARAN 2. untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
TERBAIK
TAHAP 2 Penyampai :
Puan Hajah Hameelah Bt Hj Adnan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Permas Jaya 4

Diiringi oleh : En Sapuan Bin Wagino


Naib Yang Di Pertua
SK Permas Jaya 4
ANUGERAH Hadirin Sekalian,
KECEMERLANG Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
AN Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan.
KOKURIKULUM untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
DAN SUKAN

Penyampai : Puan Nurul Azrin bt Abu Zaini,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Permas Jaya 4

Diiringi oleh: Puan Hajah Hameelah Bt Hj Adnan,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Permas Jaya 4

ANUGERAH Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian


PENGHARGAAN Anugerah Penghargaan Kategori Kehadiran Penuh
KATEGORI Setiap Kelas, Ketua Murid, Penolong Ketua Murid,
KEHADIRAN Tokoh Kokurikulum Dan Sukan Lelaki, Tokoh
PENUH SETIAP Kokurikulum Dan Sukan Perempuan, Tokoh Murid
KELAS, KETUA Lelaki Dan Tokoh Murid Perempuan.
MURID, Penyampai : Yang Dihormati
PENOLONG Puan Mas Ayu Bt Sapahat,
KETUA MURID, Yang DiPertua PIBG
TOKOH SK Permas Jaya 4
KOKURIKULUM
DAN SUKAN Diiringi oleh: Puan Safiah Bt Johari,
LELAKI, TOKOH Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
KOKURIKULUM Permas Jaya 4
DAN SUKAN
PEREMPUAN,
TOKOH MURID (baca senarai nama)
LELAKI DAN
TOKOH MURID
PEREMPUAN.
REHAT Majlis akan berehat sebentar.
ANUGERAH Hadirin sekalian,
KHAS MATA Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
PELAJARAN Anugerah Khas Mata pelajaran Terbaik Tahap 2,
TERBAIK untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
TAHAP 2 Penyampai : Yang Dihormati,
Puan Safiah Bt Johari,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Permas Jaya 4

Diiringi oleh:

PEYAMPAIAN Hadirin sekalian,


ANUGERAH Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
PELAJAR Anugerah Kecemerlangan Pelajar (Kedudukan Di
(KEDUDUKAN Dalam Kelas) Mengikut Tahun, untuk itu majlis
DI DALAM menjemput dan mempersilakan,
KELAS)– Penyampai : Yang Berusaha,
MENGIKUT Puan Evelyn Lee,
TAHUN Guru Besar
SK Permas Jaya 4

Diiringi oleh:

(baca senarai nama


ANUGERAH Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah
TOKOH MURID Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan
TOKOH MURID diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
TOKOH Tokoh Murid Cemerlang. Untuk itu, majlis
HARAPAN menjemput dan mempersilakan,
TOKOH Penyampai : Yang Dihormati,
KOKURIKULUM Puan Mas Ayu Bt Sapahat,
TOKOH HAL Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa
EHWAL MURID dan Guru
SK Permas Jaya 4

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)


JAMUAN & Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,
BERSURAI maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali
majlis mengundur diri. Saya Mohd Zaki dan Ruziathul
Amira menyusun jari sepuluh memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Permas Jaya 4 ,


rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari
Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014.Sesungguhnya
kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan
mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami


berdua

Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai

Edit by : Cikgu Amira

You might also like