Professional Documents
Culture Documents
Cakap Ajuk Cakap Pindah
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.
2. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
Contoh:
“ Tutup pintu bilik itu, “ kata Helmi kepada adiknya.
3. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
4. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
5. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
Contoh:
Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu.
Contoh:
1. Kata Yusri,”saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi”
2. “Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhati-hati,”kata Mak Cik
Zainab kepada anaknya.
3. “Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,”kata hazimah dengan
perasaan marah.
4. “Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?”tanya Kumar kepada John.
5. “Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal?” tanya Cikgu Mokhtar kepada Cikgu
Ramli.
6. “Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,”pinta Yuhaini kepada anaknya.
7. “Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,”beritahu Muhaimin kepada
pelanggan tetapnya.
8. “Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,”ajak Muazzim kepada kawan-kawannya.
9. “Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,”kata Maisarah kepada
Marsilla.
1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu.
2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat bahawa
anaknya tidak berhati-hati.
3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya.
4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya.
5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada Cikgu
Ramli.
6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia meminta
anaknya menolongnya mencuci kereta itu.
7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang musim panas
dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.
8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka bermain
bola sepak.
9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat angin
kuat pada malam semalam.
Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak kelmarin.Nas berkata
bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya semula kepada Aini tentang pertanyaannya
itu.Aini menjelaskan bahawa dia melihat banyak penunggang motosikal yang
ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang menahan mereka.Aini menjelaskan
bahawa mereka ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perlumbaan haram.Nas
berkata bahawa mereka tidak saying akan nyawa sendiri.Aini menyatakan
harapannya,dengan tindakan itu mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak
melakukan perbuatan itu lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain
mengharapkan mereka itu akan melakukan perkara yang lebih
berfaedah pada masa depan.
i. Dengan perasaan ingin tahu,Fatimah bertanya kepada Meor tentang bahan yang
sedang dibacanya.
ii. Dengan tegas,Meor menjelaskan kepada Fatimah,berita hangat tentang
keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini.
iii. Fatimah memberitahui Meor bahawa dia juga telah
membacanya.Namun,Fatimah menyatakan bahawa dia belum mengetahui
punca-punca berlakunya kejadian tersebut.
iv. Berdasarkan berita terkini,dia berpendapat bahawa pengusaha kantin sekolah
yang mengabaikan kebersihan adalah antara faktornya.
v. Fatimah bersetuju dengan pendapat Meor.Menurut Fatimah,mereka sepatutnya
mengutamakan kebersihan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
vi. Meor bersetuju dengan pendapat Fatimah lantas memuji Fatimah yang dianggap
sebagai seorang yang bijak.
MENUKAR CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah
kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai
dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka"
menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru
hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan
sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak",
"dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya
boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla"
bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat"
untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan
tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan
bahasa yang gramatis.
Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir
bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi
menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya
besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir
memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir.
Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.
Jawapan:
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu
sahaja," beritahu Hazmi,